CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

About Me

My Photo
rashidaramli
*¨`*•. (¯`v´¯) (¯`v´¯) .•*¨`*•✿ ♥ . . ♥ ✿ •*¨`*•.¸(¯`vاﷲِ ℯ¸.•*´¨`*•.اﷲِ¸ℒℴνℯ•♪ღ♪ اﷲِ Ambil waktu untuk berfikir,itu adalah sumber kekuatan.Ambillah waktu untuk beriman,itu adalah rahsia dari masa muda yg abadi.Ambillah waktu untuk berdoa,itu adalah sumber ketenangan.Ambillah waktu untuk belajar,itu adalah sumber kebijaksanaan.Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai,itu adalah hak istimewaan ...yang diberi Allah.Ambillah waktu untuk bersahabat,itu adalah jln menuju kebahagiaan,Ambillah waktu untuk bertaqwa,itu adalah muzik yang menggegarkan hati.Ambillah waktu untuk memberi,itu dapat membuat hidup terasa beerti,ambillah waktu untuk bekerja,itu adalah nilai keberhasilan.Ambillah waktu untuk beramal,itu adalah kunci menuju SYURGA.... *¨`*•. (¯`v´¯) (¯`v´¯) .•*¨`*•✿ ♥ . . ♥ ✿ •*¨`*•.¸(¯`vاﷲِ ℯ¸.•*´¨`*•.اﷲِ¸ℒℴνℯ•♪ღ♪
View my complete profile

Friday, October 1, 2010

dia kesayangan saya

ma dan abah kesayangan saya..
pengorbanan mereka tidak ternilai dan tidak terbalas dengan wang ringgit.mereka membesarkan saya sehingga menjadi insan yang berguna.
ma boleh dikatakan seorang yang sporting dan suka berleter.tetapi leteran itu penuh makna dan nasihat yang berguna.ma diibaratkan sebagai seorang sahabat dan boleh meluahkan perasaan tentang apa sahaja sama ada masalah pelajaran,peribadi termasuk masalah cinta.hehehe..menasihati sebagai seorang rakan.
abah pula seorang yang boleh dikatakan garang tapi penuh dengan lawak jenaka.kata-kata sinis dan sindiran yang penuh makna.boleh dikatakan sporting jugak..
tak dapat aku bayangkan andai mereka berdua tiada di dunia betapa sunyi nya hidup tanpa leteran dan bebelan mereka yang selama ini sakit telinga mendengar.
andai sekarang mereka membebel pasal lewat solat dan jika mereka tiada siapa yang akan marah2 supaya segera mengerjakan solat.selagi mereka masih ada akan ku hargai setiap detik bersama.

Tuesday, September 28, 2010

tazkirah

Dosa merosakkan hati

Banyak melakukan dosa membuatkan hati seseorang itu rosak kerana bercampur antara baik dan buruk. Maka jadilah hati seperti yang disabdakan oleh Nabi Muhammad S.A.W. yang bermaksud:- "(Hati yang) tidak lagi menganggap baik perkara yang baik dan tidak menganggap buruk perkara yang buruk, melainkan apa yang disukai oleh hawa nafsunya". 
    Orang yang banyak melakukan dosa semakin renggang hubungannya dengan Allah dan orang mukmin lain. Ini kerana apabila seseorang itu patuh kepada perintah Allah, ia dekat kepadaNya. Orang yang sentiasa melakukan dosa selalu memandang perbuatan dosa itu sebagai perkara kecil. Dalam hal ini, Ibnu Masud berkata:- "Sesungguhnya seorang mukmin itu melihat dosanya seperti sebuah bukit yang dibimbangi akan menimpanya. Manakala, seorang yang selalu melakukan dosa akan memandang dosa itu seperti seekor lalat yang hinggap di atas hidungnya". Dosa yang dilakukan itu akan membawa kehinaan, manakala ketaatan pula dapat melahirkan kemuliaan kepada pelakunya. Dalam hal ini Allah berfirman yang maksudnya: "Sesiapa inginkan kemuliaan, maka sesungguhnya segala kemuliaan itu kepunyaan Allah jua". Orang yang melakukan dosa berasa sempit dadanya, manakala mereka yang taat lapang dadanya. 
    Allah berfirman yang bermaksud: "Maka sesiapa yang Allah hendak beri hidayat nescaya Allah memberi kelapangan dadanya untuk menerima (ajaran) Islam. Sesiapa yang Allah hendak menyesatkan nescaya Allah sempitkan dadanya dan dalam kesukaran seolah-olah ia memanjat langit (kerana tidak cukup oksigen)". Dosa boleh menggelapkan hati sebagaimana amalan kebajikan itu boleh menyinarinya. Ibnu Abbas berkata:- "Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya". 
    Dosa boleh menghalang seseorang itu daripada mendapat cahaya ilmu. Satu ketika, Imam Malik terpegun melihat Imam Syafie (masih remaja ketika itu) kerana kepandaian dan kecerdikannya, lantas beliau berkata: "Sesungguhnya aku melihat Allah mencampakkan ke dalam hati kamu cahaya, maka jangan kamu padamkan cahaya iu dengan kegelapan maksiat". Dosa boleh menyebabkan seseorang itu malas untuk membuat ketaatan. Seseorang pernah berkata kepada Ibnu Masud: "Kami tidak mampu untuk bangun malam (untuk beribadat)". Jawab Ibnu Masud: "Dosa kamu menjauhkan kamu (daripada ibadat di waktu malam)". Oleh yang demikian, hampirilah kebajikan yang akan memberi cahaya kepada hati dan jauhilah kejahatan yang boleh menggelapkan hati seterusnya menghalang cahaya ilmu.



kegagalan

Kegagalan sering ditakuti oleh semua orang di muka bumi ini. Bagi mereka kegagalan adalah sesuatu yang paling pahit dan sekiranya ia berlaku pada mereka, tidak mungkin mereka mampu bangkit lagi malahan akan tersungkur seumur hidup.

Gagal dalam bercinta, gagal dalam kehidupan, gagal dalam pelajaran, gagal dalam perniagaan merupakan kegagalan yang biasa kita dengar sepanjang hari ini. Hampir semua orang menghadapi kegagalan ini. Malahan gagal juga menyebabkan seseorang itu sangat takut terhadap dirinya sendiri. Seolah-olah menyesatkan diri dalam kegelapan kegagalan tersebut.

dan aku juga pernah gagal.bermula dengan kegagalan dalam pelajaran..masa UPSR boleh dikatakan ok.PMR dan SPM hampeh..untuk kali pertamanya  saya gagal..sebab gagal terpengaruh dengan kawan2 yang suke bergumbira.

saya betul2 bersemangat untuk belajar di tingkatan enam.walaupun payah tetap berusaha.dan saya berjaya mendapat result yang boleh dikatakan ok la..tapi sayang saya x berjaya menjejakkan kaki ke manara gading.sekali lagi saya gagal..gagal untuk memenuhi hasrat orang tua  untuk melihat aku berjaya.alhamdulillah untuk second intake saya berjaya ke Uitm.

namun kegagalan sentiasa menemani saya..saya gagal lagi untuk berdepan dengan kursus yang diambil..hampi-hampir buat keputusan untuk berhenti.my parents support saya teruskan jg sampai habis.kegagalan sentiasa ada sehingga lah saya dapat menggenggam segulung ijazah.bangga rasa nya dapat mengharungi selama 4 tahun lebih...hehehehe

saya gagal lagi..gagal untuk mendapatkan kerja yang tetap..sampai sekarang saya masih kecewa dengan hidup ini..gagal untuk berjaya dalam hidup..

tapi saya tidak berputus asa dengan kegagalan tersebut..berusaha dan berusaha sambil menadah tangan memohon doa kepadaNYA..

 





my family

abang long with new baby..

kisah hidup

assalamualaikum semua..

di pagi yang hening aku memanjat syukur kepada Allah SWT kerana diberi peluang untuk bernafas di bumi yang penuh keberkatan ini..

sudah lama aku mengimpikan sebuah blog yang dibuat oleh ku sendiri..baru hari ini impian aku ini dapat direalisasikan..

blog warna warni hidupku ini dibuat bertujuan untuk berkongsi dengan kawan-kawan tentang kehidupan sama ada yang telah lepas atau yang akan datang..

SAHABAT MAYA SHIDA

slideshow

My Journey Slideshow: Rashida’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to 2 cities Putrajaya and Bangi was created by TripAdvisor. See another Malaysia slideshow. Create a free slideshow with music from your travel photos.

muka buku shida

kisah aku

get this widget here

kata-kata hikmah

Carilah hikmah dalam setiap ketentuan tuhan,supaya timbul rasa kesabaran dan kesyukuran...stiap yang payah itu pasti ada kesenangan,stiap kesabaran itu pasti ada ganjaran...jika sesuatu itu di takdirkan untuk kita,tiada siapa boleh beri halangan,namun jika sesuatu itu bukan di takdirkan untuk kita,pasti xkan kita dapat walaupun sudah dalam genggaman....berharap lah pada ALLAH kerana DIA MAHA KEKAL....

firman ALLAH

Katakanlah (wahai Muhammad):Wahai hamba-hambaku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat),janganlah kamu berputus asa dengan rahmat Allah,kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa. Sesungguhnya Dialah jua yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani (Al-Zumar;53)

twitter

SEHARI SEPOTONG AYAT

.