CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

About Me

My Photo
rashidaramli
*¨`*•. (¯`v´¯) (¯`v´¯) .•*¨`*•✿ ♥ . . ♥ ✿ •*¨`*•.¸(¯`vاﷲِ ℯ¸.•*´¨`*•.اﷲِ¸ℒℴνℯ•♪ღ♪ اﷲِ Ambil waktu untuk berfikir,itu adalah sumber kekuatan.Ambillah waktu untuk beriman,itu adalah rahsia dari masa muda yg abadi.Ambillah waktu untuk berdoa,itu adalah sumber ketenangan.Ambillah waktu untuk belajar,itu adalah sumber kebijaksanaan.Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai,itu adalah hak istimewaan ...yang diberi Allah.Ambillah waktu untuk bersahabat,itu adalah jln menuju kebahagiaan,Ambillah waktu untuk bertaqwa,itu adalah muzik yang menggegarkan hati.Ambillah waktu untuk memberi,itu dapat membuat hidup terasa beerti,ambillah waktu untuk bekerja,itu adalah nilai keberhasilan.Ambillah waktu untuk beramal,itu adalah kunci menuju SYURGA.... *¨`*•. (¯`v´¯) (¯`v´¯) .•*¨`*•✿ ♥ . . ♥ ✿ •*¨`*•.¸(¯`vاﷲِ ℯ¸.•*´¨`*•.اﷲِ¸ℒℴνℯ•♪ღ♪
View my complete profile

Monday, March 28, 2011

kekuatan hati

untuk sahabat..yang aku rindui..yang aku sayang
semalam...saya ber"chatting" dgn sahabat lama saya..satu kampung dgn dia..dia telah berkahwin dan mempunyai seorang anak..sedihnya dia kehilangan suami disaat anaknya baru mengenali dunia..dan setelah setahun kehilangan suami saya bertanyakan khabarnya..dia menceritakan serba sedikit kisah hidup dia sekarang tanpa suami disisi..dia terlalu sayangkan suaminya dan sekarang masih teringat arwah masih berada disisi menemani dia tidur..tapi saya tahu kwan saya ni seorang yang kuat untuk hadapi ujian ni..saya beritahu dia sabar dengan ujian ALLAh..dia tanya saya balik "kenapa Allah uji aku begini da?..saya cube terangkan kepada dia..Allah uji manusia dengan macam-macam..ada Allah uji dengan penderitaan..derita sakit sepanjang hayat..Allah uji dengan kemiskinan dan kekayaan..dia mengerti ujian Allah itu ada hikmahnya..
airmata ini tiba-tiba mengalir dengan laju bila dia menceritakan anaknya yang dahagakan kasih sayang seorang ayah..menumpang kasih dengan ayah orang lain..tengok dari jauh bila ada anak org lain memanggil "papa"..tapi anak sahabat saya kehilangan papa sejak kecil..berfikir sejenak Alhamdulillah saya masih ada abah untuk bermanja..dia juga beritahu dari mana kekuatan itu datang dia dapat hadapi semua ini..Allah takkan menguji hamba dia jika hambanya tidak dapat menanggung semua itu..betapa kuatnya semangat sahabat saya..saya harap saya pun sekuat dia..walaupun saya tak pernah alami seperti yang dia alami sekarang tapi saya faham perasaan dia kehilangan suami disaat cinta masih berputik..cinta di zaman sekolah hanya kekal ke jinjang pelamin..sabarlah sahabatku..arwah menunggu mu dan anakmu di sana..jagalah bukti cinta dia kepadamu sebaik mungkin..aku sentiasa mendoakan kamu bahagia..kuatkan iman dan semangat dengan sabar dan tabah..setiap ujian dan dugaan pasti ada hikmanya..
kembali mencintai Allah..cinta yang kekal abadi..(pesanan untuk saya juga)

Monday, March 21, 2011

sharul wedding and hafiz wedding

sorg lagi my kazen menamatkan status bujang..lm dh ni..br nk upload..



zikir penenang hati

CINTA ALLAH

"Demi cinta Allah yang ku kejar, kuatkan hatiku untuk bertahan, berikan ku kecerdasan akal untuk sentiasa berfikir tentang kuasaMu, hulurkan pertolonganMu di saat-saat aku hampir tewas, sinarkan nur hidayahMu untuk aku terus di jalanMu. Ya Allah! Aku memohon keampunan kepadaMu."

Friday, March 18, 2011

erti hikmah

Kadang kadang Allah sembunyikan matahari,
Dia datangkan petir dan kilat,
Kita menangis dan tertanya-tanya,
Ke mana hilangnya sinar,
Rupa-rupanya,
Allah nak hadiahkan kita pelangi.

Thursday, March 17, 2011

syukur

alhamdulillah..hari ini Allah masih memberi nafas untuk saya menikmati keindahan dunia yang sementara ini..macam biasa saya pergi keje dan balik keje..begitulah kehidupan setiap hari sebelum menutup mata..hari ini saya telah belajar nikmat syukur..
hari ini saya datang keje mcm biasa..saya terserempak dengan sorang budak perempuan bekerja di jabatan imigresen agaknya atau jabatan audit negara..bila saya tengok dia saya mengucap syukur pd ALLAH kerana mengurniakan saya manusia dengan cukup sifat..sedangkan hamba Allah ini kekurangan sifat namun di sisi Allah manusia tetap sama..yang berbeza hanyalah hati masing-masing..hampir menitis air mata saya dgn kekurangan dia,dia gigih datang bekerja..terfikir mereka yang cukup sifat yang malas untuk bekerja dan suka meminta-minta.. disini saya belajar nikmat syukur..kerana dianugerahkan dengan kesempurnaan..saya tidak tahu sama ada hati saya ini cukup sempurna atau tidak disisi Allah.walaupun saya dianugerahkan kesempurnaan sifat..
YA ALLAH aku bersyukur di atas nikmat yg Engkau kurniakan.

Wednesday, March 16, 2011

mencari ketenangan hati

saya terbaca dalam sebuah blog mengenai mencari ketenangan hati..manusia sering diuji.begitu juga dgn saya.setiap ujian yang datang pasti ada hikmahnya..dgn kata-kata inilah saya pujuk hati saya..Alhamdulillah saya rasa tenang..untuk mencari ketenangan hati kita perlu bnyakkan berzikir..zikir yang melibatkan lidah,hati dan perlakuan..apabila lidah berzikir dan hati akan merasa apa yg kita zikirkan..seterusnya perlakuan dgn sifat2 suci iaitu jauh dr sifat hasad dengki,dendam,khianat dan sbgnya..
Ampunkanlah hambamu ini ya Allah jika kami kekadang leka untuk mengingatiMu ya Allah..Allah tidak menzalimi hambaNYA..tetapi kita sendiri yg menzalimi diri kita sendiri..sebab itulah kdg2 doa kita tidak dimakbulkan.sebab kita jarang menginatiNYA..subhanallah..sibuk kah kita sehingga lupa akan Allah yang Berkuasa di atas dunia ini..
dulu saya tercari2 bagaimana untuk mendapat ketenangan hati..Alhamdulillah sekarang sy sudah menemuniya..YA Allah begitu sayangnya Engkau kpd hambaMU ini..walau bnyk melakukan dosa tetapi KAU masih menerima taubatku...ibadahku serta amalanku..YA ALLAh aku rindu padaMU..rindu pada keampunanMU..dulu aku menangis kerana mengejar cinta manusia dan sekarang ini aku menangis untuk memohon pengampunan dariMU..YA ALLAH aku menangis kerana terlalu cintakanMU..
ujian dan musibah dariMU buat aku sedar hanya Engkau yang mengetahui segala isi hatiku ini YA ALLAH..
YA ALLAH..walaupun ujian ini berat untuk aku pikul namun aku bersyukur kerana masih ada insan yg menerima ujian yg sangat berat dariMU..penderitaan yang ditanggungnya buat aku rasa bersyukur dgn ujian dan musibah aku yg x seberapa ini..
YA ALLAH..kuharap kutemui ketenangan hati yakni kebahagiaan yg hakiki..hnya padaMu aku memohon..

myMetro | Bergegas balik ke Jepun

myMetro | Bergegas balik ke Jepun

YA ALLAH..dunia semakin menghampiri hr kiamat..sudah bersediakah kita untuk menghadapi hari kiamat yg entah bila akan berlaku..tetapi dunia sudah menunjukkan tanda-tanda pengakhirannya kehidupan dunia..cukupkah amalan kita untuk menghadapi kehidupan yang kekal abadi?..YA ALLAH..aku x layak masuk syurgamu namun aku juga tak sanggup menghadapi api nerakamu..sesungguhNYA amalanku ibadatku hanya untukMU..

myMetro | Al-Quran ubat jiwa keresahan

myMetro | Al-Quran ubat jiwa keresahan

Tuesday, March 15, 2011

wahai diri...

Wahai diri... ketika rasa bersalah singgah di dalam hati pada kali pertama kau berdosa, ketahuilah itu adalah 'peringatan' yang Allah bekalkan secara tabii untuk menjaga fitrah insani. Itu petanda yang hatimu masih hidup. Penyesalan itukan syarat taubat? Maka susulilah dengan syarat kedua dan ketiga (jika dosa itu dengan Allah). Jika dosa itu dengan manusia, tambahlah lagi dengan syarat yang keempat. Tidak mengapa jika kau terlanjur lagi berdosa selepas itu. Bertaubatlah kembali. Hatimu akan hidup lagi. Selagi ada rasa bersalah, selagi itulah ada sarana untuk kembali kepada Allah. Jangan putus asa oleh taubat yang patah, kerana kasih-sayang Allah akan menumbuhkan taubat kali kedua, ketiga dan seterusnya.
Wahai diri, biarlah dirimu jatuh bangun, merangkak tegak, dalam taubat demi taubat yang tidak 'menjadi' berbanding larian dosa yang maju dan laju tanpa henti-henti. Lebih baik terbentur, daripada patah. Lebih baik hatimu selalu terdera oleh rasa berdosa sepanjang hayat, daripada tertipu oleh 'nikmatnya' yang menyebabkan siksa selamanya di akhirat.
Wahai diri, ingatlah... sekalipun kau terhijab daripada mengecapi nikmat ketaatan, tapi jangan sampai kau tertipu oleh nikmat kejahatan. Berhati-hatilah menjaga hati. Tidak mengapa kau selalu menangis kerana dosa... tetapi jangan sampai kau tersenyum kerananya! Ingatlah selalu, kejahatan yang menyebabkan kau menangis, lebih baik daripada kebaikan yang menimbulkan rasa takbur!

keredhaan Allah

Carilah keredhaan Allah, bukan keredhaan manusia.Bumi yang kita pijak ini milik Allah, kenalah kita berjaga-jaga dengan pandangan Allah.Yakinlah, sungguhpun manusia suka atau tak suka, ia tetap tak menjejaskan kita kalau Allah suka dan sayangkan kita.Kita hidup untuk mengabdikan diri kepada Allah, bukan untuk manusia.

Mengapa Aku Diuji?

Mengapa Aku Diuji?

Kejahatan Itu Bukan Satu Kebetulan | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Kejahatan Itu Bukan Satu Kebetulan | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Zikir Munajat - part 01/06

SAHABAT MAYA SHIDA

slideshow

My Journey Slideshow: Rashida’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to 2 cities Putrajaya and Bangi was created by TripAdvisor. See another Malaysia slideshow. Create a free slideshow with music from your travel photos.

muka buku shida

kisah aku

get this widget here

kata-kata hikmah

Carilah hikmah dalam setiap ketentuan tuhan,supaya timbul rasa kesabaran dan kesyukuran...stiap yang payah itu pasti ada kesenangan,stiap kesabaran itu pasti ada ganjaran...jika sesuatu itu di takdirkan untuk kita,tiada siapa boleh beri halangan,namun jika sesuatu itu bukan di takdirkan untuk kita,pasti xkan kita dapat walaupun sudah dalam genggaman....berharap lah pada ALLAH kerana DIA MAHA KEKAL....

firman ALLAH

Katakanlah (wahai Muhammad):Wahai hamba-hambaku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat),janganlah kamu berputus asa dengan rahmat Allah,kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa. Sesungguhnya Dialah jua yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani (Al-Zumar;53)

twitter

SEHARI SEPOTONG AYAT

.