CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

About Me

My Photo
rashidaramli
*¨`*•. (¯`v´¯) (¯`v´¯) .•*¨`*•✿ ♥ . . ♥ ✿ •*¨`*•.¸(¯`vاﷲِ ℯ¸.•*´¨`*•.اﷲِ¸ℒℴνℯ•♪ღ♪ اﷲِ Ambil waktu untuk berfikir,itu adalah sumber kekuatan.Ambillah waktu untuk beriman,itu adalah rahsia dari masa muda yg abadi.Ambillah waktu untuk berdoa,itu adalah sumber ketenangan.Ambillah waktu untuk belajar,itu adalah sumber kebijaksanaan.Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai,itu adalah hak istimewaan ...yang diberi Allah.Ambillah waktu untuk bersahabat,itu adalah jln menuju kebahagiaan,Ambillah waktu untuk bertaqwa,itu adalah muzik yang menggegarkan hati.Ambillah waktu untuk memberi,itu dapat membuat hidup terasa beerti,ambillah waktu untuk bekerja,itu adalah nilai keberhasilan.Ambillah waktu untuk beramal,itu adalah kunci menuju SYURGA.... *¨`*•. (¯`v´¯) (¯`v´¯) .•*¨`*•✿ ♥ . . ♥ ✿ •*¨`*•.¸(¯`vاﷲِ ℯ¸.•*´¨`*•.اﷲِ¸ℒℴνℯ•♪ღ♪
View my complete profile

Monday, May 30, 2011

hidup mesti diteruskan walaupun realiti kehidupan memeritkan

as salam..Alhamdulillah. hari ini aku masih diberi nafas untuk bernyawa di atas muka bumi..sayangnya Allah pd kita nyawa dan udara diberi percuma tanpa bayaran..hari ni terase plak nk tulis blog..dh lama xtulis..asyik copy paste orang punye je..best gak ada blog..blh share something yg berguna untuk orang lain..

emm..hidup mesti diteruskan walaupun realiti kehidupan memeritkan..aku dah hampir kecewa untuk hidup bila bencana dan ujian datang bertubi-tubi..bertanya dgn ALLAH dlm keadaan marah "YA ALLAH kenapa aku diuji begini..kenapa YA ALLAH..aku dah xsanggup untuk hadapi semua ni..rupa2nya ujian dan bencana ini buat hidup aku lebih bermakna..ALLAH bagi ujian ni sbb dia sygkan aku..DIA tak nak aku jauh terpesong dr jalanNYA..kenapa aku menangis dan menangis dengan cinta manusia yang x pernah ada kejujurannya..yang xpernah kekal..yang selalu memungkiri..yang pandai berjanji..kenapa aku tidak menangis kerana cinta ALLAH..cinta yang kekal abadi..bodohnya aku waktu itu..alhamdulillah sekarang ni aku bangkit dari kekecewaan dan kegagalan sbb kasih sayang ALLAH..ALLAH xpernah tipu..ALLAH xpernah memungkiri jika DIA berjanji..
andai suatu hari nanti aku jatuh cinta biarlah orang yang aku cintai itu sama-sama mengingatiMU YA ALLAH..aku dan dia mahu masuk syurga bersama-sama..aku xnak salah seorang dari kami terpisah..biarlah cinta ini diredhai olehMU..

"hidup ini mesti diteruskan walaupun realiti kehidupan memeritkan".aku bersyukur di atas apa yang KAU beri..nikmat dan ujian yang pasti ada hikmah disebaliknya..
"Bersyukurlah, ALLAh akan sentiasa bersama hambanya yang bersyukur"

"Hati dan perasaan adalah sesuatu yang berharga....maybe luka hari ni merupakan pedoman untuk masa depan...wan to play safe??dekatkan diri dengan ALLAh, Cintai ALLAh sepenuhnya, dengan izinya....Cinta sejati akan datang kepada kita.."

nota saya:aku mengangkat tangan mengucap syukur dengan ujian ini..moga ada hikmah disebalik apa yang Engkau rencanakan.. 

nothing from chad story

 saje je ni aku ambik crita ni dr blog bdk ni..semoga dpr jadikan pengajaran dan iktibar


salam...huhu...pukul 3 pagi...mata masih blum mengantuk memikirkan hari esok yg masih tak pasti.....

kebetulan hari ini, berjumpa semula dgn sahabat baik yg aku knl masa matrix sampai la ke uum, Leftenan Muda Yushazry....masih sama, like old days, kami bercerita tentang perkembangan hidup masing2...

tapi malam ini kami berkongsi satu cerita yg sama...mencari kepastian untuk satu persoalan....apakah yg dicari dalam sebuah percintaan???

kasih sayang???
hati seorang lelaki
atau
material semata-mata???

hampir satu dekad sahabatku ini menyulam kasih dengan bekas kekasihnya....mula menjalin cinta semenjak di tingkatan 2 di sekolah menengah sehinggalah tahun lalu...10 tahun yg bahagia tanpa sebarang krisis....

Bermula masalah apabila dia terpaksa menjalani latihan di dalam hutan selama 1 bulan tanpa dapat menghubungi sesiapa...sekembalinya dari latihan, 2 minggu kemudiannya menjadi masa yg paling panjang dalam hidup, perbalahan, ingkit mengungkit berlaku antara pasangan kekasih ini sehingga.....akhirnya...."can we just be a friend???"

Masih lagi berhubung dan bergaduh tetapi akhirnya.... si gadis telah membuat keputusan untuk bertunang dengan rakan sekerjanya di tempat kerja...yg baru dikenali selama 2 bulan.....mempunyai jawatan yg agak besar di dalam syarikat yg sama, berkereta besar, kacak dan pelbagai kelebihan lain berbanding kawan aku tu....senangnya perempuan tu berubah hati...

aku knl mamt ni...bukan seorang player...even di uum walaupun ramai gurl yg minat dia tapi he still honest with his GF....dan dengan bangganya membawa si gadis ke makan malam pentauliahan, dikenalkan sebgai bakal isteri dia nnt....

sebelum latihan, rupanya dia dh melamar gadis tu untuk dijadikan isteri tapi 1 bulan tanpa nya di sisi si gadis berubah hati.....

hehe...sama seperi aku...kami hanya graduan yg baru menjejak kn kaki ke alam pekerjaan, hanya mampu menjadikan kenderaan beroda dua itu sebagai kenderaan, hidup ala kadar dalam cuba survival di bandar raya Kuala Lumpur ini untuk mencari tapak, permulaan hidup....kami bukan pemilik kenderaan berbumbung, bergaji besar, mampu mengadakan benda yang tiada dengan senang hati tanpa mengira apa yg berlaku pada masa hadapan...kami sedar siapa kami...

10 tahun...nothing...tak menjamin apa2 dalam sebuah perhubungan....kebaikan 10 tahun dipadamkan dengan masalah yg timbul selama 1 bulan....atau itu semua alasan???

walaupun hampir setahun berlalu, kawan aku ni still lagi mengingati apa yg berlaku...khabarnya ex Gf nya kini tidak bahagia...dulu bekerja di Kuala Lumpur tetapi kini telah pulang ke Perak....dan hampir putus tunang di sebabkan tunangnya bermain kayu tiga, kembali kepda kekasih lama beliau...

kasihan or ketawa????he said he feel sorry for his Ex GF...but until now he cannot understand what she want...

kasih sayang???
hati seorang lelaki
atau material semata-mata???


nota saya:biar ape pun yg terjadi mencintai ALLAH itu adalah lebih baik dan kekal abadi

Sunday, May 29, 2011

petua menjadi cemerlang menurut AL QURAN


Anda inginkan petua-petua untuk menjadi pelajar cemerlang walau di mana sahaja anda berada?
Apa kata kita renungkan kembali beberapa petua atau tips kejayaan yang telah Allah SWT titipkan di permulaan surah Al-Mu'minun, surah yang ke-23 di dalam lembaran Al-Quran.
01.
Keyakinan, kepercayaan and keimanan kepada Allah SWT 
"Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman." [23:1]
Iman dan kejayaan disebut oleh Allah SWT dalam ayat yang sama. Maka imanlah faktor utama kejayaan. Dan keyakinan yang tinggi inilah yang akan melahirkan sikap positif yang bakal disebutkan dibawah.
02.
Fokus, bersungguh-sungguh, sepenuh hati
"iaitu orang-orang yang khusyuk dalam solatnya." [23:2]
Lakukan satu-satu perkara dalam satu-satu masa. Jangan mencapah dan melayang fikiran ke sana ke mari. Lakukan dengan sepenuh hati, bukan sambil lewa.
03.
Prioriti. Mengutamakan apa yang utama.
"dan orang-orang yang menjauhkan diri dari lagha (perbuatan dan perkataan yang tidak berguna)." [23:3]
Kebiasaannya dalam menghadapi musim peperiksaan yang penuh tekanan, kita cenderung untuk berehat dan menenangkan minda dengan hiburan, menonton drama, bersembang di Facebook dan seumpanya sehinggakan selalu sahaja melebihi daripada masa rehat yang telah kita peruntukkan. 
Sebaik-baiknya kita mengoptimumkan penggunaan masa untuk belajar, dan mengisi masa rehat kita dengan perkara-perkara yang berfaedah seperti membasuh, melipat atau menggosok baju, bersenam untuk melancarkan perjalanan darah di dalam badan dan bermacam-macam lagi yang anda sendiri lebih sedia maklum.
Namun, sebaik-baiknya kita gunakan masa rehat itu untuk mengambil wudu', melakukan solat sunat dan membaca Al-Quran. InsyaAllah apabila kita lebih rapat dengan Allah SWT, jiwa kita akan lebih tenang dan ia akan banyak membantu dalam usaha kita mengulangkaji pelajaran.
Kita dikehendaki menghindarkan diri dari perbuatan mengumpat pensyarah/guru kerana perkara-perkara sebegini tidak mendatangkan faedah kepada masa depan anda, tidak menambahkan markah untuk kertas peperiksaan yang bakal/telah diduduki, malah boleh mendatangkan dosa dan kemurkaan Allah SWT.
04.
Prihatin sesama kita
"dan orang-orang yang menunaikan zakat." [23:4]
Walaupun sedang berada di saat-saat genting, janganlah kita bersikap terlalu mementingkan diri, dan mengabaikan kawan-kawan yang lebih susah di sekeliling kita. Kongsilah apa yang termampu, samada ilmu, kertas-kertas soalan tahun lepas dan lain-lain. Sharing is caring.
05.
Jaga hubungan antara lelaki dan perempuan
"dan orang-orang yang menjaga kehormatannya. kecuali terhadap isteri-isteri mereka, atau hamba yang mereka miliki, maka mereka (isteri dan hamba) dalam hal ini tiada tercela. Sesiapa yang mencari dibalik itu, mereka itulah orang-orang yang melampaui batas." [23:5,6,7]
Janganlah kita menggunakan alasan belajar untuk melanggari batas-batas pergaulan antara lelaki dan perempuan ajnabi, misalnya dengan studi berdua-duan, kemudian pulang ke rumah berpimpin tangan, atau asal tertekan je mesti nak bergayut atau berchatting dengan kawan lelaki/perempuan anda.
Padahal Allah SWT kan sentiasa ada, sentiasa melindungi dan sentiasa menolong jika kita mencari dan meminta pada-Nya.
06.
Jujur, amanah
" dan orang-orang yang memelihara amanah-amanah dan janjinya."[23:8]
Bukankah kita telah berjanji dengan pihak penaja dan ibu bapa kita untuk belajar bersungguh-sungguh? Lebih penting lagi, bukankah kita telah berjanji dengan Allah SWT untuk memanfaatkan peluang kehidupan sebagai seorang pelajar yang telah dipinjamkan-Nya kepada kita sebagai medan untuk kita mengutip ilmu, pengalaman dan pahala buat bekalan di akhirat sana?
Elakkan menipu ketika peperiksaan. Andai penjaga peperiksaan meminta kita berhenti menulis kerana masa sudah tamat, jangan pula kita terus menulis. Sebaliknya sebutlah "Bismillahi tawakkaltu 'ala Allahi wala haula wala quwwata illa billahil 'azim."
07.
Tepati waktu
"dan orang-orang yang memelihara solatnya." [23:9]
Konsep yang boleh diambil dalam konteks kehidupan seorang pelajar Muslim ialah supaya sentiasa belajar dengan berdisiplin, menepati masa, tidak berlengah-lengah, menjaga kualiti dan produktiviti harian kita. Jika sebelum ini kita diingatkan supaya berhenti menulis apabila tamat masa peperiksaan, kita juga perlu memulakan perjuanganan kita dalam pelajaran dan peperiksaan seawal yang mungkin. Memelihara solat lima kali sehari setiap hari juga mengajar kita untuk tidak berputus asa atau berpatang arang di pertengahan jalan.
Namun janganlah kita hanya mengaplikasikan konsep-konsep ini untuk akademik semata-mata. Penekanan utama dalam ayat tersebut supaya kita menjaga hubungan kita dengan Allah SWT kerana kita akan kembali mengadap-Nya dengan amal-amal kita, bukan dengan berapa gulung ijazah yang berjaya kita perolehi. Belajar dan ijazah hanyalah alat untuk kita mencapai keredhaan Allah SWT dan merebut peluang mewarisi syurga-Nya.
" Mereka itulah orang-orang yang akan mewarisi. Iaitu yang akan mewarisi Syurga Firdaus. Mereka kekal didalamnya." [23:10,11]
" ....Maka di antara manusia ada yang berdoa: 'Ya Tuhan kami, berilah kami (kebaikan) di dunia.' Dan tiadalah baginya bahagian di akhirat."[2:200]
"Dan di antara mereka ada orang yang berdoa: Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari seksa neraka." [2:201]
"Mereka itulah orang-orang yang mendapat bahagian dari apa yang mereka usahakan dan Allah sangat cepat perhitungannya." [2:202]

Saturday, May 28, 2011

ulasan buku di mana DIA di hatiku?

Antara yang menarik:

  • Orang Baik Mati Cepat?
  • ALLAH Maha Mendengar
  • Rintih Hati Mencari Ilahi
  • Singkaplah Rahsia Malam
  • Serasikan Tadbir dan Takdir
  • Kutiplah Ilmu ALLAH
  • Bicara Kalbu di Saat Keliru
  • Biarlah Wajah Tidak Cantik
  • Dunia di Tangan Akhirat di Hati
  • Jangan Lupakan 'Siti Khadijah' Kita
Kita perlukan ALLAH lebih daripada kita perlukan udara.Kalau hidup tanpa ALLAH,apalah guna kita hidup.Hati akan mati,hidup hilang erti.TanpaNYA,kita akan hilang arah dan diri sentiasa gelisah.Jiwa akan sentiasa kosong sekalipun punya nama,rupa dan harta yang melimpah ruah.Orang yang cintakan ALLAH akan tenang dengan mengingatiNYA.Orang yang takutkan ALLAH pasti bergetar hati apabila mendengar ayat-ayatNYA.Andai cinta dan takut ALLAH ada di hati,kita seolah-olah memiliki segala-galanya.Itulah kekayaan,ketenangan dan kebahagiaan yang hakiki dan abadi.
DI MANA DIA DI HATIKU adalah suara kalbu yang mengungkapkan segala rintih pedih,ratap harap serta suka duka seorang hamba yang sentiasa mengharap redhaNYA.Sesungguhnya ALLAH itu dekat,pintu keampunanNYA lebih luas daripada pintu kemurkaanNYA.Semoga pengisian buku ini dibaca seiring rasa muhasabah diri..di mana letaknya kita di sisi ILAHI?

nota saya: bila baca buku ni terasa kita dekat dgn ALLAH..terasa diri ini kekurangan amal dan iman..semoga dengan bacaan buku-buku ilmiah kita makin dekat padaNYA..insyaallah

Friday, May 27, 2011

Promo Hari Belia Negara (Bahasa Malaysia) 4 (BM).mpg

pengumpulan 1 juta belia..apa matlamat dan kesan kepada belia???..jom tgk aktiviti yang diadakan..dapatkah pihak penganjur mencapai 1 juta belia..

orang baik mati cepat by gentarasa (Pahrol Mohd Juoi)

Salam sahabat-sahabat pengunjung. Ku tulis kisah ini sebagai memori tarbiah yang berkekalan. Tentang pemergian seorang sahabat. Ku adun ilusi dan realiti namun tapak dan dasarnya tetap yang hakiki. Bulan puasa ini aku agak terkejar-kejar waktu. Selalunya, tempoh Ramadan adalah tempoh istirahat aktiviti luaran. Tetapi Ramadan tahun ini berbeza. Hingga saat ini kehendak dakwah dan tarbiah terus membuak-buak. Tidak ada pilihan meliankan memikul kedua-duanya. Selepas Subuh tadi saya tuliskan kisah ini…Orang baik mati cepat!
Semacam satu musim. Begitu kekadang dirasakan. Sekarang “musim kematian”. Sejak kebelakangan ini ramai sahabat dan kenalan rapat yang meninggal dunia. Secara tiba-tiba pula. Insya-Allah, mereka yang pergi itu yang baik-baik akhlaknya. Sewaktu menziarahi jenazah seorang sahabat yang meninggal 2 minggu lalu secara tiba-tiba timbul pertanyaan di hati, kenapa orang baik mati cepat? Walaupun aneh kedengarannya, tetapi soalan itu menerjah juga tanpa dapat ditahan-tahan.
“Kenapa orang baik mati cepat?” tiba-tiba soalan yang sama dilontarkan oleh seorang sahabat lain yang sama-sama menziarahi Allahyarham. Saya terkejut. Rupa-rupanya ada juga orang lain yang sama rasa dengan saya. Cuma dia “berani” meluahkannya, saya pula hanya memendamkan.
“Kenapa? Orang jahat mati lambat?” balas saya.
Dia tersenyum.
“Dalam pengalaman saya ramai orang baik mati cepat. Lihat sahabat kita ini baru mencecah 40 tahun sudah dijemput pulang.”
Saya termenung mencari makna dan kata-kata. Terkesima. Ah, saya yang “lebih tua” ini belum mati.. Mungkin saya tidak sebaik dia. Begitu gerutu dalam hati.
“Tak ada pengalaman melihat orang jahat mati cepat?” saya menjoloknya pula.
Dia menggeleng-gelengkan kepala.
“Saya pun tak tahu apa penjelasan yang tepat,” akui saya terus terang.
“Tetapi ada hadis mengatakan akhir zaman ilmu diangkat dengan kematian para ulama,” saya menambah lagi. Ya, saya pernah mendengar tentang itu.
“Oh, jadi ada kebenarannya orang baik mati cepat…”
“Tak juga,” balas saya selamba.
“Kenapa?”
“Tak kan orang yang baik terdiri daripada para ulama sahaja. Bukan ulama pun ada juga yang baik.”
“Ya, tak ya juga.”
“Kau pernah lihat atau dengar orang jahat mati lambat?” tanya saya mengulangi soalan terdahulu.
“Susah kita nak tentukan seseorang tu baik atau jahat…”
“Tetapi Allahyarham sahabat kita ini orang baik bukan?”
“Insya-Allah. Amin,” jawabnya perlahan namun penuh kepastian bercampur harapan.
“Saya rasa mungkin ada sebab yang lain,” kata saya memulakan semula perbualan. Kami berdua-dua benar-benar kesedihan. Perbualan ini sekurang-kurangnya dapat meredakan sedikit kesedihan itu. Sahabat yang baru meninggal itu bukan calang-calang orang, jasanya dalam dakwah dan pendidikan Islam telah diakui ramai. Jasanya jauh lebih “panjang” berbanding usianya.
“Imam Safie meninggal dunia ketika berumur 51 atau 52 tahun. Imam Nawawi lebih muda daripada itu,” tambah sahabat saya tanpa memberi respons tentang “:mungkin ada sebab lain” yang saya katakan sebelumnya.
“Mungkin ada sebab lain kenapa kita rasakan orang baik mati cepat, orang jahat mati lambat,” saya cuba sekali lagi memancing perhatiannya.
“Apa yang kau rasakan? Ada sebab lain?”
Saya pula yang tersenyum. Dia juga sahabat akrab saya. Entahlah antara kami siapa yang akan meninggalkan siapa? Ya, siapa agaknya akan dijemput oleh kematian terlebih dahulu. Tidak tahu bila, tetapi saat itu pasti tiba. Orang yang berbual tentang kematian pun akan mati juga.
“Saya rasa orang baik mati dirasakan mati cepat kerana orang yang masih hidup belum puas menikmati kebaikannya!” letus saya setelah berdiam agak lama.
“Manusia selamanya tidak akan puas dengan kebaikan. Kebaikan itu fitrah semua manusia,” kata sahabat saya menambah.
“Saya teringat satu peribahasa Cina yang mengatakan untuk mengenal kebaikan seribu tahun belum cukup…”
“Maksudnya?”
“Kebaikan itu sentiasa didambakan oleh hati manusia. Bila menikmatinya, manusia ingin menikmatinya lagi, dan lagi… Kalau boleh biarlah sampai seribu tahun.”
Sahabat saya termenung. Merenung. Perjalanan pulang daripada ziarah kematian itu dirasakan terlalu panjang.
“Kau tahu peribahasa itu masih ada sambungannya?”
“Sambungannya ini akan menjelaskan kenapa orang jahat dirasakan mati terlalu lambat,” tambah saya tanpa memberi sambungan yang dipintanya. Biar “suspen” sedikit.
“Sambungannya begini… tetapi untuk mengenal kejahatan satu hari sudah terlalu lama!”
“Sekarang aku tahu kenapa orang jahat mati lambat, ops… dirasakan mati lambat,” katanya membetulkan ayat bagi menerangkan maksudnya yang sebenar.
“Mengapa?” tanya saya memberi laluan kepadanya untuk menjelaskan.
“Manusia benci dan jemu kepada kejahatan. Satu hati dalam “merasakan” kejahatan dirasakan sudah terlalu lama. Ya, sebab itulah orang jahat selalunya mati lambat. Bukan usia mereka yang panjang, tetapi kejahatan mereka itu yang menjemukan dan meresahkan orang yang masih hidup.
“Ah, sekarang giliran dia… Giliran kita bila agaknya?”
Saya melencongkan sedikit arah perbualan kerana ada kisah yang menerjah ruang ingatan. Kisah benar beberapa bulan yang lalu ketika saya menziarahi seorang ulama yang baru pulih daripada strok.
“Enta tahu berapa orang yang menziarahi ana sewaktu ana terlantar dulu yang telah mati?” tanya ulama yang sangat saya segani itu.
“Sewaktu tu ana terbaring tidak dapat bergerak dan bercakap. Tapi ana masih kenal orang-orang yang datang ziarah ana. Ramai anak murid yang ziarah dan mendoakan ana. Sewaktu tu harapan ana untuk pulih hanya 50-50. Dalam ramai-ramai anak murid tu ada yang menangis sambil berdoa minta kepada Allah untuk menyembuhkan ana…”
“Alhamdulillah, makbul doa mereka tu. Sekarang ustaz dah sembuh,” ujar saya.
“Alhamdulillah dan innalillah.”
Kenapa innalillah, gumam saya dalam hati?
“Alhamdulilllah sebab Allah sembuhkan ana. Innalillah sebab ada di antara yang mendoakan ana itu telah meninggal dunia,” jawab ulama itu seperti dapat meneka pertanyaan hati saya.
“Ajaib benar kematian ini. Orang sakit yang dirasakan akan mati hidup, orang sihat yang mendoakannya pula yang mati. Bukan seorang, tetapi ana kira sepanjang tempoh enam bulan ana terlantar hingga kini sudah 8 orang yang menziarahi ana dahulu telah meninggal dunia!”
“Apa yang kau menungkan?”
Tiba-tiba kawan saya memutuskan lamunan panjang saya. Dia memandu perlahan sahaja. Mungkin dia juga sedang melayan lamunannya.
“Saya tertanya-tanya bila pula agaknya giliran kita?”
“Apakah datang dengan tiba-tiba atau sudah dijangka?”
“Itu tidak penting. Yang penting apakah kita diambil semasa dalam ketaatan atau kejahatan?”
“Alhamdulillah, sahabat kita meninggal semasa melaksanakan aktiviti kebaikan.”
“Kau tahu, saya ada cerita tentang kematian yang sangat menakjubkan. Malah menimbulkan cemburu di hati,” tambah saya.
“Cerita benar?”
“Baru berlaku dua bulan yang lepas…”
Saya mula bercerita tentang seorang lelaki abang kepada kawan isteri saya yang telah meninggal dunia dua bulan lalu. Allahyarham meninggal sewaktu mengerjakan solat Asar berjemaah di dalam masjid.
“Alhamdulilah masih ada kematian yang semacam itu pada zaman ini,” ulas sahabat saya selepas mendengar cerita saya.
“Cara mati kita ditentukan oleh cara hidup kita,” pintas saya perlahan.
“Macam pernah dengar sahaja ungkapan tu.”
“Itu kata-kata Imam Ghazali,” kata saya mengingatkan.
“Saya agak terlupa akan maksudnya.”
“Kau tahu mengapa agaknya Allahyarham meninggal dalam keadaan yang sebaik itu?”tanya saya. Saya pun bercerita lagi. Menurut kawan isteri saya itu abangnya memang orang yang istiqamah solat berjemaah di masjid setiap waktu. Kerja kampung seperti ambil upah menebas, membersihkan kebun di samping berniaga secara kecil-kecilan membolehkan Allahyarham mengatur jadual hidupnya sendiri. Ya, hanya orang yang sering ke masjid yang “terpilih” mati di sana. Dan orang yang konsisten solat sahaja yang besar kemungkinan mati dalam keadaan bersolat. Siapa yang hidup secara baik akan mati baik. Insya-Allah.
“Soal mati lambat atau cepat sekarang tidak penting lagi. Tetapi apakah kita mati dalam keadaan baik atau sebaliknya, itu lebih utama.”
“Ada yang lebih utama daripada itu… yakni menentukan cara hidup yang baik! Sebab cara hidup yang baik akan menentukan cara mati yang baik, ” saya mengingatkan.
“Bolehkah kita mati dalam keadaan lidah dan hati kita mengingati Allah?”
Kali ini dia pula yang mengalih arah perbualan.
“Bergantung pada keadaan kita semasa hidup. Jika kita selalu berzikir dan mengingati Allah semasa hidup, insya-Allah semasa hampir kematian, Allah jugalah yang akan sentiasa di hati dan di bibir kita.”
“Saya teringat satu analogi yang pernah diberikan oleh sekumpulan pendakwah ketika masih di kampus dulu. Kata mereka, jika lori berisi pasir berlanggar, yang akan terkeluar dan berselerak ialah pasir. Sebaliknya jika lori sampah, sampahlah yang akan bertabur dan tersembur ke luar.”
“Maksudnya?”
Kali ini saya pula yang menagih penjelasan daripadanya.
“Samalah seperti manusia. Manusia yang lidah, hati dan dirinya sentiasa penuh dengan zikirullah, maka kalimah zikir itulah yang akan terluncur keluar bila tiba saat kematiannya. Sebaliknya jika perkara-perkara kotor yang ada dalam dirinya, maka perkara itulah yang akan tersembur keluar di saat kematiannya. Tak kanlah lori sampah akan mengeluarkan pasir apabila berlanggar?”
“Cantik dan tepat sekali analogi itu.”
“Kita berhenti makan sedikit, ok?” ajak sahabat saya sambil membelok ke tepi jalan. Sebuah warung sederhana di tepi desa itu menjadi persinggahan kami. Memang agak lapar juga rasanya. Sejak awal pagi (sewaktu mendengar berita kematian) hingga jam 5 petang waktu itu kami tidak menjamah apa-apa. Hampir terlupa makan dek rasa terkejut tentang kematian yang itu.
Ketika mengambil lauk di warung itu, hati saya jadi sayu tiba-tiba. Bergenang air mata tanpa disedari apabila melihat masakan tempe goreng pedas kering bersama tahu, ikan bilis dan kentang hiris – masakan Jawa! Itulah masakan yang sering dihadiahkan oleh Allahyarham sahabat saya kepada keluarga saya sewaktu kami tinggal berjiran beberapa tahun yang lalu. Dia akan berkata, “ini kiriman ibu saya, mari kita kongsi bersama.” Dan perasaan saya sekali lagi “mengalahkan” logik akal saya. Perasaan saya terlalu sayu bila hati saya terus dan tetap berkata, “memang orang baik, mati cepat!”Salam sahabat-sahabat pengunjung. Ku tulis kisah ini sebagai memori tarbiah yang berkekalan. Tentang pemergian seorang sahabat. Ku adun ilusi dan realiti namun tapak dan dasarnya tetap yang hakiki. Bulan puasa ini aku agak terkejar-kejar waktu. Selalunya, tempoh Ramadan adalah tempoh istirahat aktiviti luaran. Tetapi Ramadan tahun ini berbeza. Hingga saat ini kehendak dakwah dan tarbiah terus membuak-buak. Tidak ada pilihan meliankan memikul kedua-duanya. Selepas Subuh tadi saya tuliskan kisah ini…Orang baik mati cepat!
Semacam satu musim. Begitu kekadang dirasakan. Sekarang “musim kematian”. Sejak kebelakangan ini ramai sahabat dan kenalan rapat yang meninggal dunia. Secara tiba-tiba pula. Insya-Allah, mereka yang pergi itu yang baik-baik akhlaknya. Sewaktu menziarahi jenazah seorang sahabat yang meninggal 2 minggu lalu secara tiba-tiba timbul pertanyaan di hati, kenapa orang baik mati cepat? Walaupun aneh kedengarannya, tetapi soalan itu menerjah juga tanpa dapat ditahan-tahan.
“Kenapa orang baik mati cepat?” tiba-tiba soalan yang sama dilontarkan oleh seorang sahabat lain yang sama-sama menziarahi Allahyarham. Saya terkejut. Rupa-rupanya ada juga orang lain yang sama rasa dengan saya. Cuma dia “berani” meluahkannya, saya pula hanya memendamkan.
“Kenapa? Orang jahat mati lambat?” balas saya.
Dia tersenyum.
“Dalam pengalaman saya ramai orang baik mati cepat. Lihat sahabat kita ini baru mencecah 40 tahun sudah dijemput pulang.”
Saya termenung mencari makna dan kata-kata. Terkesima. Ah, saya yang “lebih tua” ini belum mati.. Mungkin saya tidak sebaik dia. Begitu gerutu dalam hati.
“Tak ada pengalaman melihat orang jahat mati cepat?” saya menjoloknya pula.
Dia menggeleng-gelengkan kepala.
“Saya pun tak tahu apa penjelasan yang tepat,” akui saya terus terang.
“Tetapi ada hadis mengatakan akhir zaman ilmu diangkat dengan kematian para ulama,” saya menambah lagi. Ya, saya pernah mendengar tentang itu.
“Oh, jadi ada kebenarannya orang baik mati cepat…”
“Tak juga,” balas saya selamba.
“Kenapa?”
“Tak kan orang yang baik terdiri daripada para ulama sahaja. Bukan ulama pun ada juga yang baik.”
“Ya, tak ya juga.”
“Kau pernah lihat atau dengar orang jahat mati lambat?” tanya saya mengulangi soalan terdahulu.
“Susah kita nak tentukan seseorang tu baik atau jahat…”
“Tetapi Allahyarham sahabat kita ini orang baik bukan?”
“Insya-Allah. Amin,” jawabnya perlahan namun penuh kepastian bercampur harapan.
“Saya rasa mungkin ada sebab yang lain,” kata saya memulakan semula perbualan. Kami berdua-dua benar-benar kesedihan. Perbualan ini sekurang-kurangnya dapat meredakan sedikit kesedihan itu. Sahabat yang baru meninggal itu bukan calang-calang orang, jasanya dalam dakwah dan pendidikan Islam telah diakui ramai. Jasanya jauh lebih “panjang” berbanding usianya.
“Imam Safie meninggal dunia ketika berumur 51 atau 52 tahun. Imam Nawawi lebih muda daripada itu,” tambah sahabat saya tanpa memberi respons tentang “:mungkin ada sebab lain” yang saya katakan sebelumnya.
“Mungkin ada sebab lain kenapa kita rasakan orang baik mati cepat, orang jahat mati lambat,” saya cuba sekali lagi memancing perhatiannya.
“Apa yang kau rasakan? Ada sebab lain?”
Saya pula yang tersenyum. Dia juga sahabat akrab saya. Entahlah antara kami siapa yang akan meninggalkan siapa? Ya, siapa agaknya akan dijemput oleh kematian terlebih dahulu. Tidak tahu bila, tetapi saat itu pasti tiba. Orang yang berbual tentang kematian pun akan mati juga.
“Saya rasa orang baik mati dirasakan mati cepat kerana orang yang masih hidup belum puas menikmati kebaikannya!” letus saya setelah berdiam agak lama.
“Manusia selamanya tidak akan puas dengan kebaikan. Kebaikan itu fitrah semua manusia,” kata sahabat saya menambah.
“Saya teringat satu peribahasa Cina yang mengatakan untuk mengenal kebaikan seribu tahun belum cukup…”
“Maksudnya?”
“Kebaikan itu sentiasa didambakan oleh hati manusia. Bila menikmatinya, manusia ingin menikmatinya lagi, dan lagi… Kalau boleh biarlah sampai seribu tahun.”
Sahabat saya termenung. Merenung. Perjalanan pulang daripada ziarah kematian itu dirasakan terlalu panjang.
“Kau tahu peribahasa itu masih ada sambungannya?”
“Sambungannya ini akan menjelaskan kenapa orang jahat dirasakan mati terlalu lambat,” tambah saya tanpa memberi sambungan yang dipintanya. Biar “suspen” sedikit.
“Sambungannya begini… tetapi untuk mengenal kejahatan satu hari sudah terlalu lama!”
“Sekarang aku tahu kenapa orang jahat mati lambat, ops… dirasakan mati lambat,” katanya membetulkan ayat bagi menerangkan maksudnya yang sebenar.
“Mengapa?” tanya saya memberi laluan kepadanya untuk menjelaskan.
“Manusia benci dan jemu kepada kejahatan. Satu hati dalam “merasakan” kejahatan dirasakan sudah terlalu lama. Ya, sebab itulah orang jahat selalunya mati lambat. Bukan usia mereka yang panjang, tetapi kejahatan mereka itu yang menjemukan dan meresahkan orang yang masih hidup.
“Ah, sekarang giliran dia… Giliran kita bila agaknya?”
Saya melencongkan sedikit arah perbualan kerana ada kisah yang menerjah ruang ingatan. Kisah benar beberapa bulan yang lalu ketika saya menziarahi seorang ulama yang baru pulih daripada strok.
“Enta tahu berapa orang yang menziarahi ana sewaktu ana terlantar dulu yang telah mati?” tanya ulama yang sangat saya segani itu.
“Sewaktu tu ana terbaring tidak dapat bergerak dan bercakap. Tapi ana masih kenal orang-orang yang datang ziarah ana. Ramai anak murid yang ziarah dan mendoakan ana. Sewaktu tu harapan ana untuk pulih hanya 50-50. Dalam ramai-ramai anak murid tu ada yang menangis sambil berdoa minta kepada Allah untuk menyembuhkan ana…”
“Alhamdulillah, makbul doa mereka tu. Sekarang ustaz dah sembuh,” ujar saya.
“Alhamdulillah dan innalillah.”
Kenapa innalillah, gumam saya dalam hati?
“Alhamdulilllah sebab Allah sembuhkan ana. Innalillah sebab ada di antara yang mendoakan ana itu telah meninggal dunia,” jawab ulama itu seperti dapat meneka pertanyaan hati saya.
“Ajaib benar kematian ini. Orang sakit yang dirasakan akan mati hidup, orang sihat yang mendoakannya pula yang mati. Bukan seorang, tetapi ana kira sepanjang tempoh enam bulan ana terlantar hingga kini sudah 8 orang yang menziarahi ana dahulu telah meninggal dunia!”
“Apa yang kau menungkan?”
Tiba-tiba kawan saya memutuskan lamunan panjang saya. Dia memandu perlahan sahaja. Mungkin dia juga sedang melayan lamunannya.
“Saya tertanya-tanya bila pula agaknya giliran kita?”
“Apakah datang dengan tiba-tiba atau sudah dijangka?”
“Itu tidak penting. Yang penting apakah kita diambil semasa dalam ketaatan atau kejahatan?”
“Alhamdulillah, sahabat kita meninggal semasa melaksanakan aktiviti kebaikan.”
“Kau tahu, saya ada cerita tentang kematian yang sangat menakjubkan. Malah menimbulkan cemburu di hati,” tambah saya.
“Cerita benar?”
“Baru berlaku dua bulan yang lepas…”
Saya mula bercerita tentang seorang lelaki abang kepada kawan isteri saya yang telah meninggal dunia dua bulan lalu. Allahyarham meninggal sewaktu mengerjakan solat Asar berjemaah di dalam masjid.
“Alhamdulilah masih ada kematian yang semacam itu pada zaman ini,” ulas sahabat saya selepas mendengar cerita saya.
“Cara mati kita ditentukan oleh cara hidup kita,” pintas saya perlahan.
“Macam pernah dengar sahaja ungkapan tu.”
“Itu kata-kata Imam Ghazali,” kata saya mengingatkan.
“Saya agak terlupa akan maksudnya.”
“Kau tahu mengapa agaknya Allahyarham meninggal dalam keadaan yang sebaik itu?”tanya saya. Saya pun bercerita lagi. Menurut kawan isteri saya itu abangnya memang orang yang istiqamah solat berjemaah di masjid setiap waktu. Kerja kampung seperti ambil upah menebas, membersihkan kebun di samping berniaga secara kecil-kecilan membolehkan Allahyarham mengatur jadual hidupnya sendiri. Ya, hanya orang yang sering ke masjid yang “terpilih” mati di sana. Dan orang yang konsisten solat sahaja yang besar kemungkinan mati dalam keadaan bersolat. Siapa yang hidup secara baik akan mati baik. Insya-Allah.
“Soal mati lambat atau cepat sekarang tidak penting lagi. Tetapi apakah kita mati dalam keadaan baik atau sebaliknya, itu lebih utama.”
“Ada yang lebih utama daripada itu… yakni menentukan cara hidup yang baik! Sebab cara hidup yang baik akan menentukan cara mati yang baik, ” saya mengingatkan.
“Bolehkah kita mati dalam keadaan lidah dan hati kita mengingati Allah?”
Kali ini dia pula yang mengalih arah perbualan.
“Bergantung pada keadaan kita semasa hidup. Jika kita selalu berzikir dan mengingati Allah semasa hidup, insya-Allah semasa hampir kematian, Allah jugalah yang akan sentiasa di hati dan di bibir kita.”
“Saya teringat satu analogi yang pernah diberikan oleh sekumpulan pendakwah ketika masih di kampus dulu. Kata mereka, jika lori berisi pasir berlanggar, yang akan terkeluar dan berselerak ialah pasir. Sebaliknya jika lori sampah, sampahlah yang akan bertabur dan tersembur ke luar.”
“Maksudnya?”
Kali ini saya pula yang menagih penjelasan daripadanya.
“Samalah seperti manusia. Manusia yang lidah, hati dan dirinya sentiasa penuh dengan zikirullah, maka kalimah zikir itulah yang akan terluncur keluar bila tiba saat kematiannya. Sebaliknya jika perkara-perkara kotor yang ada dalam dirinya, maka perkara itulah yang akan tersembur keluar di saat kematiannya. Tak kanlah lori sampah akan mengeluarkan pasir apabila berlanggar?”
“Cantik dan tepat sekali analogi itu.”
“Kita berhenti makan sedikit, ok?” ajak sahabat saya sambil membelok ke tepi jalan. Sebuah warung sederhana di tepi desa itu menjadi persinggahan kami. Memang agak lapar juga rasanya. Sejak awal pagi (sewaktu mendengar berita kematian) hingga jam 5 petang waktu itu kami tidak menjamah apa-apa. Hampir terlupa makan dek rasa terkejut tentang kematian yang itu.
Ketika mengambil lauk di warung itu, hati saya jadi sayu tiba-tiba. Bergenang air mata tanpa disedari apabila melihat masakan tempe goreng pedas kering bersama tahu, ikan bilis dan kentang hiris – masakan Jawa! Itulah masakan yang sering dihadiahkan oleh Allahyarham sahabat saya kepada keluarga saya sewaktu kami tinggal berjiran beberapa tahun yang lalu. Dia akan berkata, “ini kiriman ibu saya, mari kita kongsi bersama.” Dan perasaan saya sekali lagi “mengalahkan” logik akal saya. Perasaan saya terlalu sayu bila hati saya terus dan tetap berkata, “memang orang baik, mati cepat!”

nota saya: YA ALLAH.. semoga aku mati dalam kebaikan bukan dalam kejahatan..ALHAMDULILLAH KAU beri aku petunjuk sebelum aku  mati..

Thursday, May 26, 2011

kejahatan bukan kebetulan

wahai diri..ketika rasa bersalah singgah di dalam hati pada kali pertama kau berdosa,ketahuilah itu adalah 'peringatan' yang ALLAH bekalkan secara tabii untuk menjaga fitrah insani.itu petanda yang hatimu masih hidup.Penyesalan itu kan syarat taubat?.Maka susulilah dengan syarat kedua dan ketiga (jika dosa itu dengan Allah).jika dosa itu dengan manusia,tambahlah lagi dengan syarat keempat,memohon dengan kadar segera.tidak mengapa jika kau terlanjur berdosa lagi selepas itu.bertambahlah kembali.hatimu akan hidup lagi.selagi ada rasa bersalah,selagi itulah ada saranan untuk kembali kepada ALLAH.jangan putus asa oleh taubat yang patah,kerana kasih sayang Allahakan menumbuhkan taubat kali kedua,ketiga dan seterusnya. 
wahai diri..biarlah dirimu jatuh bangun, merangkak tegak,dalam taubat demi taubat yang tidak menjadi berbanding larian dosa yang maju dan laju tanpa henti-henti..lebih baik terbentur, daripada patah.lebih baik hatimu selalu terdera oleh rasa berdosa sepanjang hayat, daripada tertipu oleh nikmatnya yang menyebabkan seksa selamanya di akhirat.
wahai diri..ingatlah..sekalipun kau terhijab daripada mengecapi nikmat ketaatan,tapi jangan sampai kau tertipu oleh nikmat kejahatan.berhati-hatilah menjaga hati.tidak mengapa kau selalu menangis kerana dosa tetapi jangan sampai kau tersenyum kerananya!ingatlah selalu,kejahatan yang menyebabkan kau menangis, lebih baik daripada kebaikan yang menimbulkan rasa takbur.
dan sepanjang sejarah,sentiasa ada teladan..teladan kebaikan yang malar sepanjang zaman..

nota saya: kejahatan yang menyebabkan engkau menangis lebih baik daripada kebaikan yang engkau takbur

Wednesday, May 25, 2011

wasiat iman

AKU TIDAK SOLAT TAPI AKU TETAP BERJAYA DALAM HIDUP.. ITULAH ISTIDRAJ.. KAMU TAHU APA ITU ISTIDRAJ? Kita tahu bahawa ilmu itu cahaya, dan tidak akan memasuki hati-hati yang gelap, tetapi kita lihat, kawan kita yang berjudi, yang minum arak, boleh berjaya pula, sedangkan kita terkial-kial walaupun sudah berusaha. Kita tahu bahawa, siapa yang berbuat baik, taat kepada ALLAH akan dipermudahkan jalan kehidupannya, tetapi kita lihat, kawan kita ini tidak solat, tetapi bisnesnya menjadi, kita pula hidup dengan penuh cabaran dan dugaan. Kita juga tahu bahawa, ISLAM ini agama yang benar, tetapi kita sering melihat orang-orang yang bukan ISLAM itu lebih berjaya, dan umat ISLAM tertindas dalam kehidupan sempit lagi derita. Orang bertanya kepada saya. Kenapa begitu? Sekarang ini, yang manakah benar? Adakah kita faham selama ini tidak benar? Maka saya hendak bertanya kepada anda. Adakah anda tahu apa itu ISTIDRAJ? Istidraj ini adalah satu kalimah, yang sering menunjuk kepada keadaan seseorang itu yang terus dilimpahkan rezeki dan kejayaan yang melimpah ruah dalam kehidupannya, walaupun dia bukan hamba ALLAH yang taat, malah seorang pembuat maksiat yang tegar. Kenapa mereka ini dinamakan manusia yang mendapat istidraj? Apakakah maksud istidraj? Istidraj adalah, apabila ALLAH memberikan kejayaan, harta kekayaan, rezeki yang melimpah ruah untuk manusia itu menjadi LEBIH JAUH dariNya. Biasanya, manusia yang mendapat istidraj ini adalah mereka yang tidak berusaha menjalankan ISLAM dalam kehidupan, juga tidak berusaha mengenali ALLAH SWT. Contoh manusia yang mendapat istidraj ini banyak. Kita lihat contoh yang mudah. Qarun. Apakah anda kenal kepada Qarun? Dia ini adalah seorang manusiayang teramat kaya. Diriwayatkan bahawa, kotak yang mengisi kunci kepada gedung-gedung perbendaharaannya tidak mampu diangkat oleh orang-orang yang kuat. Hal ini hendak menyatakan betapa kayanya dia. Kisah Qarun terdapat di dalam Al-Quran. Hartanya melimpah ruah. Segala perniagaannya menjadi. Segala pelaburannya mengembang. Hartanya makin hari makin bertambah, sedang yang bertambah semalam tidak pula luak digunakan. Tetapi bila Nabi Musa cuba mengingatkannya berkenaan semua kekayaannya itu datang daripada ALLAH, maka Qarun dengan angkuh menjawab, “ Tidak, semua ini adalah hasil dari ilmuku” Lihat. Lihat apa kata Qarun. Tidak, semua ini adalah hasil dari… ILMUKU. Dia nyata semakin jauh dari ALLAH, walaupun kekayaannya menjadi, rezekinya melimpah ruah dan sebagainya. Dia saban waktu memperlekehkan pengikut-pengikut nabi Musa yang terdiri dari orang miskin dan hamba. Apakah pengakhiran Qarun? Dia akhirnya ditenggelamkan ALLAH ke dalam bumi dengan seluruh hartanya. Kisah ini terdapat di dalam Al-Quran. Nah… Apakah itu yang kita mahu? Sebab itulah, saya hendak mengajak saudara-saudari berfikir, apakah yang akan timbul di dalam hati kalian apabila kalian ini jenis yang melazimi dosa-dosa, melakukan maksiat, kemudian kalian berjaya di dalam peperiksaan atau perniagaan. Apakah yang agaknya akan timbul dalam jiwa kalian? Saya yakin, 99% akan merasa begini, “ Tengok, aku tak solat pun berjaya. Siapa kata solat tu bawa kejayaan?” Apakah yang akan terjadi kepada anda ketika itu? Anda berjaya, tetapi anda semakin jauh dari ALLAH. Itulah istidraj. Maka jangan gusar bila tidak berjaya. Cuba lagi. Hubungan keimanan anda dengan ALLAH itulah yang pertama sekali perlu anda perhatikan. Jika anda berjaya membina hubungan keimanan yang baik, insyaALLAH, datanglah badai apa sekalipun, anda akan mampu melaluinya. Sebenarnya ALLAH suka menguji hamba-hambaNya yang beriman. Terdapat satu kisah yang saya suka baca ketika saya masih kecil. Terdapat dua orang nelayan. Seorang penyembah berhala, dan seorang lagi muslim yang taat kepada ALLAH. Ketika menebar jala, yang menyembah berhala menyebut nama berhalanya, manakala yang muslim membaca bismillah. Bila jala diangkat, yang menyembah berhala mendapat banyak ikan, manakala yang muslim, hampir sahaja tiada ikan untuknya pada hari itu. Malaikat yang melihat keadaan itu bertanya kepada ALLAH. “ Ya ALLAH, apakah yang telah berlaku? HambaMu yang menyekutukanMu, KAU berikan dia rezeki yang banyak, sedangkan hambaMu yang menyebut namaMu, KAU tidak memberikan DIA apa-apa” ALLAH menjawab, “ Yang menyekutukanKu, tempatnya memang sudah pasti NERAKA. Maka apalah sangat rezeki yang pasti akan hancur itu jika Kuberikan kepadaNya? Tetapi HambaKu yang beriman itu, AKU hendak mengganjarkanNya syurga, maka AKU suka mengujinya untuk melihat kebenaran imanNya” Nah, jangan anda kecewa bila diuji, tidak berjaya di dalam peperiksaan walau sudah studi, gagal dalam perniagaan walau kemas menyusun strategi. Itu semua adalah sebahagian dari ujian ALLAH. ALLAH menguji hanya untuk mereka yang dikasihi. Bukankah ALLAH SWT ada berfirman, “ Apakah kamu mengira KAMI akan membiarkan kamu berkata kami beriman sedangkan kamu belum diuji?…” Jika gagal terhadap satu-satu perkara, itu perkara itu. Anda masih belum gagal dalam kehidupan. Teruskan usaha, selagi nyawa masih ada. InsyaALLAH ALLAH akan memberikan sesuatu yang bermakna kepada anda. Bersangka baiklah kita kepada PENCIPTA kita. Maka sebenarnya, bila hidup kita digegarkan dengan masalah, hendaklah kita rasa bersyukur. Tandanya, ALLAH masih lagi dekat dengan kita. Ujian adalah tanda kasih sayang dan perhatianNya kepada kita. Mustahil anda suka senang sebentar di dunia, di akhirat yang kekal abadi nanti anda merana. Anda mahukan istidraj? Saya yakin tidak.. Anda tenang sekarang? Anda wajib untuk tidak berasa tenang jika anda berbuat dosa, dan anda berjaya. Sebab itulah, muhasabah diri itu penting. Untuk kita sentiasa memeriksa bagaimanakah hubungan kita dengan ALLAH SWT. Aku berdosa, tetapi aku berjaya…. Berhati-hatilah kita agar jangan sampai lafaz itu, atau lafaz-lafaz yang membawa maksud serupa itu terkeluar dari mulut kita kerana khuatir IMAN kita akan gugur. Marilah kita sama-sama memelihara IMAN kita (Hifdzil Iman). Mari kita sama-sama duduk, dan bermuhasabah semula. Kita wajib BERSANGKA BAIK dengan ALLAH..


nota saya: baru saya tahu setiap ujian dan dugaan yang Allah beri untuk saya sebab Allah sayangkan saya..KAU lambatkan permintaan ku sebab KAU nk uji aku..aku redha YA ALLAH














SAHABAT MAYA SHIDA

slideshow

My Journey Slideshow: Rashida’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to 2 cities Putrajaya and Bangi was created by TripAdvisor. See another Malaysia slideshow. Create a free slideshow with music from your travel photos.

muka buku shida

kisah aku

get this widget here

kata-kata hikmah

Carilah hikmah dalam setiap ketentuan tuhan,supaya timbul rasa kesabaran dan kesyukuran...stiap yang payah itu pasti ada kesenangan,stiap kesabaran itu pasti ada ganjaran...jika sesuatu itu di takdirkan untuk kita,tiada siapa boleh beri halangan,namun jika sesuatu itu bukan di takdirkan untuk kita,pasti xkan kita dapat walaupun sudah dalam genggaman....berharap lah pada ALLAH kerana DIA MAHA KEKAL....

firman ALLAH

Katakanlah (wahai Muhammad):Wahai hamba-hambaku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat),janganlah kamu berputus asa dengan rahmat Allah,kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa. Sesungguhnya Dialah jua yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani (Al-Zumar;53)

twitter

SEHARI SEPOTONG AYAT

.