CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

About Me

My Photo
rashidaramli
*¨`*•. (¯`v´¯) (¯`v´¯) .•*¨`*•✿ ♥ . . ♥ ✿ •*¨`*•.¸(¯`vاﷲِ ℯ¸.•*´¨`*•.اﷲِ¸ℒℴνℯ•♪ღ♪ اﷲِ Ambil waktu untuk berfikir,itu adalah sumber kekuatan.Ambillah waktu untuk beriman,itu adalah rahsia dari masa muda yg abadi.Ambillah waktu untuk berdoa,itu adalah sumber ketenangan.Ambillah waktu untuk belajar,itu adalah sumber kebijaksanaan.Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai,itu adalah hak istimewaan ...yang diberi Allah.Ambillah waktu untuk bersahabat,itu adalah jln menuju kebahagiaan,Ambillah waktu untuk bertaqwa,itu adalah muzik yang menggegarkan hati.Ambillah waktu untuk memberi,itu dapat membuat hidup terasa beerti,ambillah waktu untuk bekerja,itu adalah nilai keberhasilan.Ambillah waktu untuk beramal,itu adalah kunci menuju SYURGA.... *¨`*•. (¯`v´¯) (¯`v´¯) .•*¨`*•✿ ♥ . . ♥ ✿ •*¨`*•.¸(¯`vاﷲِ ℯ¸.•*´¨`*•.اﷲِ¸ℒℴνℯ•♪ღ♪
View my complete profile

Thursday, November 24, 2011

Hati yang tersentuh




Entah kenapa hari ini tiba-tiba terasa mahu bercakap soal hati. Orang kata cerita hati adalah subjektif. mungkin. tapi perkara yang subjektif itulah yang orang suka kan? Ini juga kisah mengenai dugaan hati. Manusia memang selalu kalah dengan dugaan, tidak kira besar atau kecilnya bentuk dugaan itu . ehh...dugaan juga perkara yang subjektif kan?..patutlah saya pun suka..hehe.
Manusia cepat lupa bila segala-galanya ada di depan mata. cepat lupa diri.cepat lupa asal-usul. bila lupa asal-usul, lupa diri mula lah terjadi macam-macam, perangai pun pelik-pelik, hati yang dulu kuat juga mula goyang.
Kalau dulu, susah-senang dihadapi bersama, tidak kiralah betapa berat pun dugaan dan betapa hebatnya rintangan , kerana hati masih kuat, perasaan masih kukuh, semuanya sanggup diharungi. Tapi bila saja nama dijulang, wang-ringgit dalam genggaman, hati mula goyah.
kalau dulu ada dua keping hati bersatu mesra kini tidak lagi, hati yang satu lagi itu ditinggal dan tidak dipedulikan, bila nama sudah dijulang, dia lupa dan dia tinggalkan sekeping hati itu, sebab dia sudah mula melihat ada berkeping-keping lagi hati yang mudah untuk dicapai. hati yang lebih gebu untuk digenggam dan lebih lembut untuk dijamah.
Itulah manusia yang lupa diri. hati manusia yang mudah goyang, kalah pada godaan wang ringgit dan nama yang dijulang.Mungkin kerana dia lupa, sekeping hati yang merah kerana cintanya itu pernah mengharungi pahit-getir bersama kini sedang berdarah dan menangis juga kerana cintanya yang goyah.
Kepada hati yang melukai itu, ingatlah kisah gembira bersama hati gebu itu tidak selamanya berwarna-warni indah seperti pelangi, satu hari akan pudar juga warna ceria itu. Kepada hati yang dilukai itu, berhentilah dan jangan biarkan hati itu terus menangis, esok-lusa, cepat atau lambat, pasti ada hati baru yang lagi ranum mahu datang mengisi dan mengubati.
* Ceroten diatas BUKAN lah coretan saya tetapi seorang insan bernama Mida di blognya - http://didamumin.blogspot.com/

Sebenarnya saya agak tersentuh dengan entry kak Mida ni. dan banyak lagi entry-entry lain yang saya baca kebelakangan ni. sekarang ni lebih kepada mood nak baca entri orang dari nak buat entry sendiri. nak tinggalkan komen macam malu plak. hehe.

Monday, November 21, 2011

doa pendekat jodoh




Berdoalah secara berterusan, dengan rasa merendah diri, waktu selepas tahajud...

dikala permata Allah bertaburan turun bumi, orang lain lena diulit mimpi...


“Ya Allah, Tuhan yang Maha Memiliki Rahsia, Tuhan yang Maha memegang kasih sayang seluruh jiwa kami, Tuhan yang Maha Penentu, Tuhan yang Maha Menyatukan jiwa-jiwa kami, ya Allah, aku merupakan hamba yang lemah, hamba yang tidak mampu mengawal diriku daripada fitrah seorang manusia yang memerlukan teman, memerlukan kekasih, memerlukan suami/isteri, memerlukan keluarga.

Ya Allah aku tidak mampu menahan diriku daripada terjeremus ke dalam kemaksiatan. Ya Allah, jika masanya telah tiba, jika apa yang aku mohon ini merupakan sesuatu yang terbaik disisiMu ya Allah, terbaik buat agamaku ya Allah, terbaik buat diriku, keluarga dan seluruh mukminin dan mukminat ya Allah, maka aku memohon kepadaMu ya Allah agar aku ditemukan dengan jodoh yang terbaik di sisiMu ya Allah. Setiap yang terbaik di sisiMu ya Allah, pasti terbaik buat diriku ya Allah.

Namun ya Allah, jika masanya untuk dipertemukan dengan jodohku belum tiba ya Allah, maka ya Allah, aku memohon kepadaMu agar Kau tunjukkan jalan-jalan untuk aku memiliki jodohku ya Allah. Aku memohon agar Kau tunjukkan aku tuntutun-tuntutanMu yang perlu aku lakukan untuk memiliki jodohku ya Allah. Ya Allah, Tuhan yang Maha Memakbulkan doa, Tuhan yang Maha Penentu jodoh, ya Allah jauhilah aku daripada kemaksiatan, jauhilah aku daripada perkara-perkara yang tidak dapat memberikan manafaat, jauhilah aku dariapda perkara-perkara yang Engkau murkai dan perkara-perkara yang menyesatkan diriku ya Allah.

Amin...

Friday, November 18, 2011

terima kasih sahabat

pesan seorang sahabat:shid,jangan pk kehidupan kita akan gagal selama-lamanya selepas kita tak dapat apa yang kita nak..sebab manusia hanya merancang,Tuhan selebihnya yang akan menentukan n kita kena hadapi walau kita tak nak..ingatla shid ..setiap manusia wajib gagal, kalau tak merasa gagal kita takkan boleh bangkit untuk buat yang terbaik.kalau aku boleh terima n hadapi hidup yang tak pernah aku nak,mu pun mesti blh????semua tu ada hikmah shid..jangan dok ungkit n ingt hidup yang kita tak miliki dulu, jadikan semua itu untuk belajar n berubah..terima kasih u sahabat sekolah dulu ismasusi ismail atas nasihat ini..aku ingt sampai bila2..huhuhuhu..'(

Wednesday, November 16, 2011

SAYA MALU NAK JADI BAIK

"Aku dah tak suci lagi. Aku banyak dosa. Terlanjur dah dengan berapa orang lelaki dah. Zina tu dulu perkara biasa bagi aku sebab aku couple bukan dengan seorang lelaki je. Tapi sekarang aku menyesal. Aku rasa aku teruk sangat! Aku nak jadi lebih baik tapi aku malu. Aku selamanya tak akan jadi baik. Dosa-dosa lalu terus menghantui hidup aku. Aku rasa diri ini jijik dan teramat kotor,"
"Aku ini nak kata budak jahat, tak adalah jahat sangat cuma nakal tu adalah sikit-sikit. Itu mungkin kerana terikut perangai kawan-kawan. Mengusik dan menyakat orang kerja biasa. Tapi sebenarnya jauh di sudut hati aku, aku nak jadi lebih baik tapi aku malu. Nanti apa yang kawan-kawan aku kata. Aku dah pernah sekali ajak mereka solat berjemaah dan pergi dengar ceramah tapi aku dipandang pelik. Aku rasa susah sangat. Aku terhimpit,"
"Aku solat cukup lima waktu sehari. Puasa pun Alhamdulillah. Nak kata bab tutup aurat, aku lepaslah agaknya. Tapi aku rasa aku ini tak cukup baik. Bila aku tengok kawan-kawan yang berubah, bila aku tengok kawan-kawan yang pakai tudung labuh dan berbaju kurung, aku rasa aku ini tak baik. Aku nak berubah tapi aku malu. Aku rasa susah. Aku rasa tak sanggup nak tinggalkan dunia cardigan, jeans, shawl dan pashmina,"
Iman Itu Masih Ada.
Tatkala hati terkesan dengan perbuatan dosa yang dilakukan, itu bukti tandanya iman masih ada. Penyesalan itu salah satu daripada peringkat taubat.
Fitrah manusia suka akan kebaikan. Sebenarnya melakukan kebaikan lebih mudah daripada melakukan maksiat. Tak percaya?
Mana lebih senang. Pergi konsert atau pergi masjid? Kalau pergi konsert, perlu keluarkan duit untuk membeli tiket dan bersesak-sesak dengan orang ramai. Faedah? Belum tentu. Kalau pergi masjid, langkahan kaki pun sudah dikira. Tidak perlu keluarkan modal. Malah makindicintai Allah. Asal niat betul.
Mana lebih senang. Bersedekah atau mencuri? Kalau bersedekah, hanya keluarkan duit. Zahirnya berkurang sedangkan hakikatnya semakin meningkat saham di sana. Kalau mencuri, hati gelisah dan tidak tenteram. Hidup dalam ketakutan. Tidak bahagia.
Selagi dunia tidak kiamat, selagi itu peluang masih ada. Kenapa harus memandang dosa yang lalu sedangkan kita masih punya waktu?
Pandangan manusia. Cuba jadi tegas! Manusia kalau kita buat baik, ada orang tidak suka. Kalau kita buat jahat apatah lagi, mesti ramai juga yang tidak suka. Jadi, buat hanya apa yang Allah suka walaupun manusia tidak suka. Pegang prinsip itu! Kerana kita bukan hamba manusia, kita hamba Dia! Ini bukan marah tetapi tegas dan semangat!.
Create the Future
Kita selamanya tidak akan pernah tahu apa yang bakal terjadi pada masa hadapan. Tetapi kita boleh mengubahnya mulai hari sekarang. Apa yang kita buat hari ini, itulah yang bakal terjadi pada hari esok. Yang penting, tanya pada diri, jika ingin melakukan kebaikan, di manakah usaha? Begitu juga dengan soal rezeki dan jodoh. Qada muallaq iaitu ketentuan Allah yang tercatat di lauhul mahfuz dan kita boleh mengubahnya. Tetapi itu semua bergantung kepada sejauh mana usaha dan doa.
Mari saya datangkan satu analogi. Katakan Ahmad seorang pelajar yang bermasalah, malas belajar dan menghisap rokok. Tiba suatu ketika, terdetik penyesalan di hatinya. Dan ketahuilah, saat itu, dia punya dua peluang. Peluang ke arah kebaikan atau sebaliknya. Terhimpit antara dua lorong.
Lorong pertama, memilih untuk rajin belajar dan meninggalkan tabiat menghisap rokok. Lorongkedua, masih tetap dengan perangai dan tabiat lama. Apakah mungkin jika dia masih berada di lorong kedua, pada masa hadapan nanti dia bakal menjadi seorang graduan universiti yang punya sahsiah mulia dan cemerlang? Sudah tentu tidak! Tetapi sebaliknya yang berlaku jika lorong pertama yang menjadi pilihan.
Ini yang saya maksudkan. Bukan mahu menjadi ahli nujum. Cuma mengajak untuk bersama membina masa hadapan. Mencipta jalan cerita sendiri. Kita umpama pelakon di pentas dunia. Kita punya kuasa untuk mengarah jalan drama sendiri. Dan yang pasti hanya ada dua pilihan yang terbentang. Satu lorong yang dipilih, akan membawa kepada lorong yang lain. Jika lorong kebaikan dan perubahan yang dipilih, pasti kesudahannya juga begitu. Begitu juga sebaliknya. Inilah sunnatullah.
Buat Dirimu...
Sayangku nisa', usah biarkan keterlanjuranmu menjadi sejarah hitam yang terus mencalit debu kehitaman walau hingga ketika ini. Itu semua sejarah dahulu dan ketahuilah hari ini juga bakal menjadi sejarah. Tetapi bezanya sejarah dahulu itu menjadi suatu pengajaran yang besar buat diri. Dan sejarah yang bakal ditelusuri ini, ketahuilah, dirimu masih punya waktu. Usah persiakannya!
Juga buat diri yang rindu akan kebaikan. Apakah saat Allah mendatangkan penyesalan di hatimu, engkau mahu melepaskan peluang ini? Apakah pada saat Allah membuka jalan taubat buatmu, engkau memilih untuk semakin menjauh daripada-Nya walaupun tanpa kerelaan hanya kerana malu dengan manusia sekeliling? Atau merasa diri itu terlalu kotor dan tidak layak untuk diampunkan? Ketahuilah Dia Maha Pengampun. Usah pedulikan pandangan mereka dan mereka itu, tetapi dongaklah ke atas, dan ketahuilah Dia menunggumu untuk sujud kepada-Nya! Bersama air mata taubat seorang hamba!
Buat nisa', walau dirimu merasa tiada yang menyayangi, ketahuilah aku di sini amat menyayangimu sekalipun kita tiada pernah mengenali. Tetapi walau sebesar mana kasihku kepadamu, masih pasti belum mampu menandingi kasih-Nya terhadapmu. Apakah saat ini masih mahu berpaling?
Motivasi daripada Kisah.
Saya memahami, berbicara itu mudah tetapi mahu melakukan itu tidak semudah bicara dan tulisan. Kerana itu perlu kepada kisah-kisah yang dapat menguatkan hati. Yang bisa meneguhkan keazaman dalam diri untuk menjadi lebih baik.
Pasti dan sudah tentu pernah mendengar kisah seorang pelacur perempuan. Yang kiranya dipandang manusia begitu kotor dan jijik pada masa kini sehingga melahirkan anak di luar perkahwinan yang sah. Walaupun mereka itu kini telah menyesal dan ingin berubah tetapi tetap dipandang serong. Tiada sokongan dan semangat yang ditiup tika mereka lemah. Kerana terusan dihantui dosa-dosa lalu.
Dengarkan kisah ini yang ingin saya putar kembali. Kembali kepada kisah pelacur perempuan. Yang berzina. Tetapi dimasukkan ke dalam syurga oleh Allah hanya kerana memberi minum kepada seekor anjing. Tidakkah rahmat Allah itu luas? Kerana itu berhenti menghukum manusia. Walau kotor pada pandangan manusia, kita tiada pernah mengetahui apakah pandangan-Nya.
Lihat diri sendiri dan nilai. Diri sendiri juga belum tentu baik. Diri sendiri juga belum tentu dipandang-Nya. Walaupun kita melakukan kerja dakwah, walaupun diri itu sentiasa memberi tazkirah, walaupun diri itu aktif dalam program keagamaan. Saya suka untuk kembali mengingatkan kepada niat. Lagi sekali, lihat dan nilai. Itu semua tidak bermakna jika hati terdetik riak dan melakukan kerana ingin dipandang hebat oleh manusia. Kerana ingin supaya manusia memandang tinggi. Kerana ingin manusia memandang diri itu bagus, baik, soleh dan solehah. Tika itu, tanya diri sendiri, di mana niatmu yang kau katakan kerana Allah?
Lagi saya bawakan kisah yang cukup sering didengari. Kisah pembunuh yang telah membunuh 99 orang.Lihat usaha dan kehendaknya yang ingin bertaubat. Pembunuhannya mencukupi 100 orang apabila membunuh seorang alim yang mengatakan bahawa dia telah tiada harapan.
Namun, tidak pernah cuba untuk berputus asa. Mengikut nasihat seorang alim yang lain yang mengatakan bahawa perlu penghijrahan ke satu perkampungan yang suasananya bisa membantunya bertaubat. Namun,di pertengahan jalan, dia meninggalkan dunia tanpa sempat bertaubat. Tetapi dalam keadaan sedang usaha bertaubat. Dan dia dimasukkan ke dalam syurga.
Kesimpulan.
Kita tidak akan pernah bisa mengubah masa lalu, tetapi kita masih bisa bertindak mulai sekarang untuk mencipta sejarah baru.
Andai tiada berhenti memikirkan pandangan manusia, langkah kita tiada ke mana. Mereka tiada untung tetapi kita tetap rugi.
Sentiasa bersangka baik dengan Allah. Apabila jalan hidup kita begitu dan begini,yakinlah itu yang terbaik. Apabila kita melakukan dosa, Dia ada memberi keampunan. Saat kita lemah dan terhimpit, Dia ada meniupkan semangat dan kekuatan. Allah ada menyebut bahawa Dia bersama sangkaan hamba-Nya. Andai kita yakin dosa-dosa kita akan diampunkan, Dia dengan rahmat dan sifat Maha Pengampun-Nya akan mengampunkan dosa hamba-hamba-Nya yang benar-benar ikhlas dan bersungguh.
PS:TUHAN..TERIMALAH TAUBATKU..DOSAKU MENGGUNUNG TINGGI NAMUN RAHMATMU MELANGIT LUAS..

Tuesday, November 15, 2011

Bliz syurga lebih menyayangimu



disebalik dugaan

 
Musibah seringkali ditakrifkan sebagai ujian, bencana, atau balasan 
daripada Allah SWT. 
Pelbagai bentuk musibah berlaku seperti kehilangan 
orang yang disayangi, kemusnahan harta benda, keruntuhan rumahtangga, kegagalan dalam perencanaan atau sebagainya.
Impak daripada musibah ini boleh merubah situasi seseorang 
bergantung kepada tahap penerimaan mereka. 

Sekiranya diterima secara positif, maka musibah dapat memberi
kesan yang baik.
Akan tetapi sekiranya individu yang ditimpa musibah 
mengambil peristiwa itu secara negatif maka ia boleh jadi membawa kehancuran yang merugikan. 
Oleh itu, kita seharusnya mendalami situasi musibah itu
supaya ia dapat membawa kesejahteraan.
 
Apakah yang harus kita lakukan apabila ditimpa masalah atau musibah ? 
Apakah dengan merasa sedih, keluh kesah dan membinasakan diri sendiri dapat menyelesaikan sesuatu perkara. 
Jawapannya adalah dengan kembali kepada Allah.
Ketahuilah dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang.
 
Firman Allah SWT :
 
“Tiada sesuatu musibah yang menimpa seseorang kecuali dengan izinNya.. Dan barangsiapa yg beriman kepada Allah nescaya Allah akan memberi petunjuk kepada hatinya…”( At-Taghabun:11).
 
Kita seharusnya redha dengan apa yang berlaku kerana 
ia merupakan qada dan qadar daripada Allah. 
Seharusnya seseorang yang beriman tidak boleh 
mengatakan Allah itu tidak adil semata-mata kerana 
musibah yang menimpa dirinya begitu pedih untuk ditanggung.
Kita tidak berhak untuk memilih dugaan atau musibah 
itu sesuai dengan kehendak kita.
Ini kerana Allah Maha Mengetahui atas tiap-tiap sesuatu.

Allah berfirman di dalam  
surah Al-Baqarah ayat 216 yg bermaksud:.
 
“…Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi(pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.”.
 
Apabila Allah menimpakan musibah kepada  kita, 
itu sebenarnya tanda Allah kasih kepada kita.
Ia juga merupakan suatu ujian penilaian keimanan diri, 
sejauh mana kita benar-benar beriman atau keimanan kita begitu nipis sehingga hanya dengan sedikit dugaan, 
hati kita berubah.
 
Cuba renungkan firman Allah ini:
 
“Dan, sungguh akan kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar.” (Al-Baqarah:155).
 
Setiap manusia mempunyai titik tolak dalam kehidupannya. 
Maka apabila ditimpa musibah eloklah kita iktikadkan dalam hati, 
bahawa inilah titik permulaan dalam hidup kita. 
Barangkali musibah yang melanda merupakan suatu isyarat 
daripada Allah untuk kita bermuhasabah diri bagi
membuat perubahan.
Ringkasnya
apa yang telah berlaku itu mempunyai hikmah yang harus di nilai.
 
 
Jangan lupa mengadu kepada Allah sekiranya hidup seringkali
ditimpa kegelisahan dan kesempitan. 
Maka ucaplah  
Hasbunallah Wanikmal Wakil 
yang bermaksud :,
Cukuplah Allah menjadi penolong kami dan 
Allah adalah sebaik-baik pelindung.
 
“Sesungguhnya orang-orang yang bersabarlah sahaja yang akan disempurnakan pahala mereka dengan tidak terkira.”.
 (Az-Zumar:10).
 
Firman Allah dalam 
surah Al-Mukmin ayat 60 
yg bermaksud:
 
“Berdoalah kamu kepadaKu, nescaya akan aku perkenankan bagimu”.
 
 
 
Sebagai kesimpulannya,
tiada masalah tanpa penyelesaiannya.
Kita harus mengkaji dan meneliti, sebagaimana setiap penyakit
mempunyai penawarnya. 
Anggaplah musibah itu sebagai tiket untuk mendekati Allah 
dan sebagai jalan menuju bahagia. 
Ingatlah janji Allah di dalam 

surah Al-Insyirah 
bahawa sesudah kesulitan ada kemudahan.....

demam..kifarah dosa-dosa kecil

hampir seminggu dok demam n batuk2..rasa lenguh-lenguh badan..selsema lagi.tahun ni beraya dalam keadaan tidak sihat.tapi still ada selera makan.nikmatnya makan daging korban.balik je putrajaya demam bertambah teruk..fuhhh..tulah makan tak berpantang.asyik minum ais je kan..batuk x hilang-hilang.nak pegi klinik pun rasa malas..malas ke takut doktor..opppssss..heheehe..sebelum balik kg cuti raya hari tu dah pegi klinik siap kena ambik darah lagi tu yang malas nak pegi klinik..asyik kena cucuk jarum je.akibat terlampau kuat sangat batuk doc kata dalam tekak dah bengkak-bengkak dan merah-merah..peerrrggghhh bahaya.takut pun ada.
hari ni demam n selsema dah okey..alhamdulillah..tapi batuk tu ada lagi saki baki..maklumlah ais x tinggal..malam mula la batuk.tekak asyik dok terasa gatal-gatal nak batuk..bila demam dah okey migrain pulak datang bertandang..migrain datang berteman dengan sakit gigi..memang ALLAH betul-betul nak uji kesabaran hamba DIA.Saya tahu ALLAH nak hapus dosa-dosa kecil saya melalui kesakitan..ALHAMDULILLAH YA ALLAH..aku bersyukur dengan nikmat sihat yang KAU berikan selama ini..sakit sekali sekala untuk menghapus dosa-dosa hambaMu..

Monday, November 14, 2011

DeHearty-Permata Yang Dicari-Versi (Syurga Cinta).wmv



PADA ALLAH TEMPAT AKU MENGADU

Saat aku jatuh tersungkur..pada ALLAH aku bersujud..

Saat aku dalam kesedihan..pada ALLAH aku mengadu..
Saat aku dalam kegagalan..pada ALLAH aku memohon petunjuk..
Saat aku putus asa untuk meneruskan kehidupan..pada ALLAH aku memohon pertolongan..
Saat aku di dalam kesakitan..pada ALLAH aku memohon kesembuhan..
Saat aku jauh dari rahmat ALLAH..pada ALLAH aku pinta segalanya..
tiada yang lain selain dariMU YA ALLAH..

apabila usia semakin bertambah

“ Di dalam gerak tangis kita mulai membuka mata. Di dalam bedungan ibu kita menggerakkan badan melepaskan ikatan bedung. Lepas dari asuhan ibu, kita merangkak, kita angsur tegak dan kita jatuh, lalu kita tegak lagi dan jatuh lagi. Kemudian tegak terus untuk pergi berjuang ke medan permainan, lalu ke medan hidup, lalu ke perjuangan dalam batin kita sendiri, menegakkan yang baik dan melawan yang buruk. Selama hidup kita kerjakan sedemekian, menjalankan titah perintah Tuhan Yang Maha Esa. Berapa pun yang dapat kita kerjakan, harus kita syukuri. Setiap hari atau masa kita hitunglah laba dan rugi. Sampai kelak datang panggilan. Panggilan yang tidak dapat ditakkhirkan walau satu saat dan tidak dapat pula ditaqdimkan walau satu saat. Panggilan yang tidak dapat dielakkan oleh setiap yang bernyawa. Maka terbukalah pintu kubur. Maknanya pindahlah kita dari hidup fana kepada hidup baqa’, dari hidup dunia kepada hidup akhirat. Demekianlah kita menempuh hidup: lahir, berjuang dan akhirnya mati. “
(Prof. Dr. Hamka, Falsafah Hidup)

Begitulah khulasah yang disimpulkan oleh Pak Hamka di dalam buku beliau yang bertajuk Falsafah Hidup. Bermula dari kelahiran seorang manusia sehingga matinya seorang manusia. Namun apakah pengisian hidup dalam diri seorang manusia? Semakin usia bertambah, apakah semakin bertambah iman dan amal?


Meniti usia dewasa menjadikan seseorang itu semakin memahami rentak kehidupannya. Semakin matang umur dan pemikiran, semakin itu kita faham soal tanggung jawab dan peranan. Akhirnya setiap detik kehidupan kita jadi lebih bermakna. Kehdupan laksana tenunan yang bersambung menjadi kata. Sekalian makhluk di muka bumi ini seakan-akan tidak kelihatan di dalam tenunan itu kerana ia sangat kecil. Maka tenunan hayat kita lihat ini adalah hujung daripada pangkal kata yang telah lalu, yang bersambung, tiada putus, sejak dari awal yang tidak diketahui bilakah sampai kepada akhir yang belum diketahui.

Inilah kehidupan. Yang pasti selepas destinasi ini kita akan berhenti pula di satu stesen yang bernama kematian. Persoalannya, adakah perjalanan kita di destinasi kehidupan bakal sarat membawa timbunan amal yang disaluti ikhlas kepada Tuhan? Cukup terbelakah agama selama mana hidup di dunia? Sempurnakah sudah bimbingan yang diberikan kepada keluarga dan ummat seluruhnya?

Hakikatnya amatlah berat menggalas tugas nabi dan Rasul terdahulu sehinggakan menitis airmata mengenang diri yang masih tidak bersungguh-sungguh melaksanakan amanah dan tanggung jawab yang bakal di tanya oleh yang Maha Kuasa. Hatta amanah kelimuan di madrasah universiti masih belum melayakkan diri memegang skrol keilmuan yang sebenarnya semakin berat untuk dijinjing.

Semoga muhasabah diri di hari lahir ini akan dijadikan sumber kekuatan untuk meneruskan kehidupan yang hidup. Terima kasih buat ma yang tabah melahirkan diri. Terima kasih buat  abah yang mengazankan di telinga.
Terima kasih Tuhan kerana memberikan aku peluang untuk aku memperbaiki diri sebelum bertemu MU nanti!
 Tiada hadiah yang paling berharga yang ku harapkan dari Mu Ya Allah sempena Hari Lahirku selain Iman & Taqwa, serta beroleh Husnul Khotimah, Amin.

Wednesday, November 9, 2011

Saat Lafaz Sakinah.mp4



SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA

assalamualaikum wbt..

saya rasa masih tidak terlewat untuk mengucapkan selamat hari raya aidiladha buat semua blogger-blogger saya..Alhamdulillah pada hari raya yang ketiga kita boleh menghayati apa itu pengorbanan..macam-macam maksud dan terjemahan mengenai pengorbanan..Sempena aidiladha marilah kita sama-sama menghayati pengorbanan nabi Ibrahim yang mahu korbankan anaknya nabi Ismail demi menurut perintah ALLAH SWT..

       




Tuesday, November 1, 2011

kegembiraan hari ini disebabkan kesedihan semalam

Alhamdulillah semakin hari saya semakin bersemangat untuk meneruskan kehidupan..kegembiraan mula terpancar di wajah saya..aku bersyukur YA ALLAH..baru kini ku tahu manisnya hidup selepas aku tabah dan sabar dalam menghadapi ujian dariMU..betapa agungnya kebesaranMU YA ALLAH..tentang jodoh aku hanya berserah pada ALLAH.ada jugak orang nk aku jadi calon isteri tapi aku ni terpaksa memilih plak.bukan ape aku dah mula serik dengan pengalaman aku dulu.ramai yang buat "match maker" untuk aku tapi aku sedang memilih yang mana sesuai..kalau boleh biarlah dia dapat bimbing aku dunia akhirat..biar dia sayang aku sepenuhnya.aku nak sangat bercinta selepas kahwin..tentu best kan.aku berdoa pada ALLAH moga2 aku dapat calon yg terbaik.pengalaman dulu mengajar aku erti kehidupan..aku percaya dgn kata-kata ini



Memang Allah sengaja menemukan kita
dengan orang yang salah supaya kita dapat
menjadi penilai yang baik

Memang Allah sengaja menemukan kita
dengan orang yang salah supaya kita sedar
bahawa kita hanyalah makhluk yang sentiasa
mengharapkan pertolongan Allah

Memang Allah sengaja menemukan kita
dengan orang yang salah supaya kita dapat
kasih sayang yang terbaik
khas untuk diri kita

Memang Allah sengaja menemukan kita
dengan orang yang salah supaya kita sedar
bahawa Allah Maha Pemurah dan Penyayang
kerana mengingatkan kita bahawa dia
bukanlah pilihan yang HEBAT untuk kita
dan kehidupan kita pada masa hadapan

Memang Allah sengaja menemukan kita
dengan orang yang salah supaya kita dapat
mengutip pengalaman yang tak semua orang
berpeluang untuk mengalaminya

Memang Allah sengaja menemukan kita
dengan orang yang salah supaya kita menjadi
manusia yang hebat jiwanya

Memang Allah sengaja menemukan kita
dengan orang yang salah supaya kita lebih
faham bahawa cinta yang terbaik
hanya ada bersama Allah

Memang Allah sengaja menemukan kita
dengan orang yang salah supaya kita lebih
mengenali kehidupan yang tak selamanya kekal

"Wahai sahabat yang kecewa, menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya. Percayalah, sesungguhnya Allah malu untuk menolak permintaan hamba-Nya yang menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan hanya kepada-Nya.Kembali kepada cinta-Nya adalah lebih baik daripada jatuh ke lembah hina. Moga Allah mengampunkan segala keterlanjuran kita. Amin"



aku hanya mampu berdoa dan berusaha menjadi yang terbaik buat diri sendiri.aku sedang berusaha untuk mencari tapak untuk membina jambatan perkahwinan..jambatan saya mungkin panjang kerana masih mencari calon yang sesuai.dan ALLAH masih rahsiakan siapa "calon imam" saya..saya hanya perlu sabar untuk semua ini..jodoh ajal maut di tangan ALLAH.



SAHABAT MAYA SHIDA

slideshow

My Journey Slideshow: Rashida’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to 2 cities Putrajaya and Bangi was created by TripAdvisor. See another Malaysia slideshow. Create a free slideshow with music from your travel photos.

muka buku shida

kisah aku

get this widget here

kata-kata hikmah

Carilah hikmah dalam setiap ketentuan tuhan,supaya timbul rasa kesabaran dan kesyukuran...stiap yang payah itu pasti ada kesenangan,stiap kesabaran itu pasti ada ganjaran...jika sesuatu itu di takdirkan untuk kita,tiada siapa boleh beri halangan,namun jika sesuatu itu bukan di takdirkan untuk kita,pasti xkan kita dapat walaupun sudah dalam genggaman....berharap lah pada ALLAH kerana DIA MAHA KEKAL....

firman ALLAH

Katakanlah (wahai Muhammad):Wahai hamba-hambaku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat),janganlah kamu berputus asa dengan rahmat Allah,kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa. Sesungguhnya Dialah jua yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani (Al-Zumar;53)

twitter

SEHARI SEPOTONG AYAT

.