CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

About Me

My Photo
rashidaramli
*¨`*•. (¯`v´¯) (¯`v´¯) .•*¨`*•✿ ♥ . . ♥ ✿ •*¨`*•.¸(¯`vاﷲِ ℯ¸.•*´¨`*•.اﷲِ¸ℒℴνℯ•♪ღ♪ اﷲِ Ambil waktu untuk berfikir,itu adalah sumber kekuatan.Ambillah waktu untuk beriman,itu adalah rahsia dari masa muda yg abadi.Ambillah waktu untuk berdoa,itu adalah sumber ketenangan.Ambillah waktu untuk belajar,itu adalah sumber kebijaksanaan.Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai,itu adalah hak istimewaan ...yang diberi Allah.Ambillah waktu untuk bersahabat,itu adalah jln menuju kebahagiaan,Ambillah waktu untuk bertaqwa,itu adalah muzik yang menggegarkan hati.Ambillah waktu untuk memberi,itu dapat membuat hidup terasa beerti,ambillah waktu untuk bekerja,itu adalah nilai keberhasilan.Ambillah waktu untuk beramal,itu adalah kunci menuju SYURGA.... *¨`*•. (¯`v´¯) (¯`v´¯) .•*¨`*•✿ ♥ . . ♥ ✿ •*¨`*•.¸(¯`vاﷲِ ℯ¸.•*´¨`*•.اﷲِ¸ℒℴνℯ•♪ღ♪
View my complete profile

Saturday, November 3, 2012

Jauhnya Diriku DariMu Ya Allah

sedang ku duduk seorang diri aku pun mula berfikir tentang diri ku yang sudah lama tidak memandang sejadah menghadap kiblat. Saat ku bersendiri, fikiran ku mula melayang... Pelbagai persoalan ku ajukan, bertanya pada diri.
"Aku seorang muslim bagaimana keadaan ku sekarang ini??"
"Tinggal solat padahal solat itu tiang agama"
"Apakah bezanya aku dengan mereka yahudi dan nasrani"
Aku mula memikirkan setelah lama ku tidak sujud padaNYA,  adakah aku masih diterima olehNya? Adakah DIA masih mendengar rintihan dan doaku? Adakah DIA masih kisah akan diri ku?
Mula pada itu tersedar bahawanya aku ini terasa amat jauh denganNYA. Pada mulanya mata ini ingin mengeluarkan air tetapi dalam sedar diri ini berada di rumah sewa yang mempunyai ramai teman serumah. Timbul rasa segan pada rakan serumah. Aku tidak mahu apa-apa sangkaan kurang baik daripada rakan-rakan rumah. Ku tahan gelodak rasa sebak di dada.
Di dalam kepala masih lagi memikirkan tentang diri yang terasa sangat jauh dari empunya langit dan bumi. Bagi menghilangkan keserabutan fikiran, sengaja aku memilih untuk beredar dari rakan serumah ku. Aku masuk ke dalam bilik tidur ku dan mula membuka laptop. Jari jemari ku menekan keyboard lattop Ku cuba mendengar koleksi muzik yang tersimpan. Sengaja ku memilih lagu yang sesuai dengan jiwaku saat itu. Sedang lagu-lagu itu saling berganti tiba pada lagu yang berjudul Insyallah yang dinyanyikan oleh Maher Zain.
Every time
You feel like you cannot go on
You feel so lost and that you're so alone
All you see is night
And darkness all around
You feel so helpless you can't see which way to go
Don't despair
And never lose hope
'Cause Allah is always by your side
Chorus:
Insha Allah
Insha Allah
Insha Allah
You'll find your way
Every time
You commit one more mistake
You feel you can't repent and that it's way too late
You're so confused
Wrong decisions you have made
Haunt your mind and your heart is full shame
But don't despair
And never lose hope
Coz Allah is always by your side
Chorus
Turn to Allah
He's never far away
Put your trust in Him
Raise your hands and pray
Ya Allah
Guide my steps, don't let me go astray
You're the only one who can show me the way
Show me the way
Show me the way
Show me the way

Baru saat ini ku teliti lirik lagu tersebut. Tanpa ku sedar, air mata ku menitis sayu. Tidak lagi dapat ku tahan air mata ini. Menitik-nitik air mata itu bagaikan bayi menangis kelaparan. Timbul rasa menyesal yang teramat sangat dalam diri. Begitu cepat aku berputus asa pada rahmat Allah. Betapa rupanya aku semakin jauh dari Allah SWT.
Aku masih tidak berganjak dari katil, terasa menyesal dan malunya pada tuhanku. Fikiran ku cuba mengingat kembali salah satu ayat Al-quran yang pernah dibicarakan di dalam kuliah agama yang pernah aku hadir dahulu tentang putus asa pada rahmat Allah.
"Katakanlah wahai hamba-hamba-Ku yang melampaui batas, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Dialah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."
(Surah az-Zumar ayat 53)
Saat itu, persoalan yang tadinya mengesak fikiranku semula. Adakah aku diterima oleh Allah? Adakah taubatku akan diterimaNya sedangkan aku lalai dan tidak terkira dosa yang telah kau buat sehingga hari ini? Kali ini jemari ku cuba mencari jawapan. Aku melayari internet  lalu ku cuba memahami jawapan yang ku jumpa...
"Tidakkah mereka mengetahui, bahwasanya Allah menerima taubat dari hamba-hambaNya dan menerima zakat, dan bahwasanya Allah Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang? "
(Surah at-Taubat ayat 104)
Allah berfirman lagi;
"Kemudian, sesungguhnya Tuhanmu (mengampuni) bagi orang-orang yang mengerjakan kesalahan karena kebodohannya, kemudian mereka bertaubat setelah itu, dan memperbaiki ( dirinya) sesungguhnya Tuhanmu sesudah itu Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."
(Surah An-Nahl ayat 119)
Kemudian firmanNya lagi;
"Sesungguhnya jikalau mereka ketika menganiaya dirinya datang kepadamu, lalu memohon ampun kepada Allah, dan Rasulpun memohon ampun untuk mereka, tentulah mereka mendapati Allah Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang."
(Surah An_nisa ayat 64)
"Maka barangsiapa yang bertaubat sesudah melakukan kejahatan itu dan memperbaiki diri, maka sesungguhnya Allah menerima taubatnya."
(Surah Al-Maidah ayat 39)
"Subhanallah... Maha Suci Engkau Ya Allah."
Aku bersyukur betapa Allah sentiasa menerima hamba-hambaNya. Namun, aku tidak akan jadikan Kesempurnaan Allah itu untuk aku menangguhkan kebaikan yang Allah berikan padaku ini. Saat ini Allah jentikkan hatiku dengan hidayahNya agar aku tidak lagi menjauhiNya. 
Aku nekad. Allah memberikan aku jalan pulang tanpa ku menyedarinya. Kebaikan ini akan ku gunakan sebaiknya. Semoga Allah berikanku kekuatan untuk mendekati jalan-jalan keredhaanNya. Semoga langkah ini sentiasa istiqamah mengharap mardhatillah yang Esa. Sungguh Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang pada hambaNya. Hanya aku sahaja yang kurang menyedarinya.

"Ya Allah, pimpinlah diriku agar sentiasa di dalam hidayahMu" 

Wednesday, March 7, 2012

manusia mudah lupa

'Hari ini, perjalanan hidupku bergerak seperti biasa ,bangun , solat subuh, bersiap dan bergerak ke tempat kerja. Lewat malam baru sampai ke rumah. Penat dan terus tidur.
Ya, itulah kehidupanku sehari-hari.  Hujung minggu, disi dengan kerja sambilan pula, berniaga membantu rakanku di gerainya. Cita-citaku tinggi, hendak menggapai harta yang banyak,  supaya hidupku senang di kemudian hari. Bukannya sekarang hidupku susah, entah , memang itu lumrah sikap seorang manusia, sentiasa tamak dan tidak pernah puas. Rutin harianku ini bergerak dari sehari ke sehari, seminggu hingga minggu yang lain, bulan ke bulan yang lain, hingga menginjak ke beberapa tahun.
Inilah dia kisah hidup seorang manusia, saya percaya,  jalan ceritanya tidak sama, pasti berbeza, tetapi rutin kehidupan yang tidak pernah berubah dari hari ke hari, pasti sama bagi sebahagian daripada kita. Jadi apa yang membezakan kita dari yang lain?
Persoalan itu yang akan cuba dirungkai dengan melihat konsep disebalik  satu perkataan iaitu 'nikmat'. Ya, nikmat, itulah perkataannya. Pernah tidak kita terfikir, bahawa segala yang berlaku dalam kehidupan kita adalah satu nikmat?  Pernah tidak kita duduk dan merenung berapa banyak nikmat yang Allah swt telah berikan kepada kita ?
Musibah satu nikmat jugakah ? Untuk menjawab persoalan ini,perlu ada satu refleksi pada diri kita sendiri , iaitu, adakah kita mengetahui apa yang terbaik untuk kehidupan kita? Ya, mungkin kita menganggap suatu musibah sebagai suatu bala, bencana, tetapi, mungkin itu sebenarnya suatu rahmat yang  Allah swt hendak berikan kepada kita.
Suatu contoh, sakit yang datang pada seseorang yang tidak pernah solat, lalu, baru pada ketika itu, dia mula mengingati yang maha esa, dan  berubah dari jauh, leka kepada menjadi  taat kepada Allah swt setelah sembuhnya. Maka, awalnya dianggap satu musibah berubah menjadi  satu kebaikan yang tidak terperi nilainya.
Oleh itu, setiap detik yang kita lalui,tidak kira baik atau buruk,  perlulah lahir rasa bersyukur dengan sentiasa merendah diri dan berusaha sebaik mungkin untuk taat  pada yang Maha Esa.  Jangan berputus asa dengan rahmat yang Allah swt berikan dan jangan sesekali menganggap sesuatu keburukan atau kecacatan itu sebagai sesuatu yang tidak sempurna. Pasti dan yakinlah bahawa setiap perkara itu ada hikmah dan kelebihannya yang kita sebagai manusia biasa memang tidak pernah akan mampu untuk berfikir akan  kebaikannya.
Sentiasalah memerhati mereka yang berada di bawah kita, maka pasti akan lahir rasa syukur. Kalau tiada makan hari ini, ramai lagi di luar sana, berhari-hari tiada makan dan minum,rasa  demam, pening kepala, ramai lagi yang menderita sakit yang teruk dan berterusan sakitnya.
Jika kita memerhati dan mengkaji nikmat ini kesemuanya, pasti tidak mampu untuk kita berfikir, kerana terlalu banyak nikmat yang Allah swt berikan dalam kehidupan kita sehari-hari. Akhirnya, jalan yang terbaik adalah kembali  berserah pada Allah swt, atas segala apa yang berlaku dalam hidup kita, moga-moga kita sentiasa dipimpin oleh Allah swt dalam meniti arus kehidupan di dunia yang sementara ini.


5 Adab supaya doa dimakbulkan Allah

Berdasarkan rujukan al-Quran dan hadis, antara lain adab berdoa itu ialah:
Pertama: Suci daripada hadas besar dan kecil;
Kedua: Menghadap ke arah kiblat dan dimulai dengan bacaan Surah al-Fatihah, pujian kepada Allah serta selawat kepada Nabi Muhamad SAW;
Ketiga: Berdoa dengan ikhlas, suara perlahan, merendah diri, mengaku kesalahan dosa yang lalu dan yakin Allah akan mengabulkan doa sama ada cepat atau lambat;
Keempat: Berdoa terus menerus sama ada ketika senang atau susah tanpa putus asa;
Kelima: Tidak melampaui batas ketika berdoa iaitu berdoa untuk meminta kebinasaan, mengakibatkan keburukan atau menginginkan kejahatan sehingga boleh memutuskan silaturahim, kerosakan harta benda dan kezaliman sesama umat Islam.

Wednesday, February 29, 2012

Ujian Bukan Sekadar Menguji

Selalu orang cakap hidup bagaikan roda. Tak selalunya kita di atas. Mungkin esok lusa kita di bawah. Tapi adakah itu alasan untuk kita terus mengalah?
Cuba fikirkan kembali ketika kita masih muda, mungkin semasa kita kanak-kanak? Bukankah hidup ini mudah dan seronok bagi kita? Semuanya adalah mungkin, boleh saja dilakukan jika ada kemahuan.
Tapi dalam kita membesar, perkara-perkara yang dahulunya mudah belaka telah menjadi susah lagi menyusahkan. Kenapa ya?

Mungkinkah kita telah dewasa dan mengetahui bahawa betapa susahnya untuk merealisasikan sesebuah perkara?

Ujian untuk Menguji.
Ujian dan dugaan yang menimpa, bukanlah sesuatu yang dapat kita ketahui sebelumnya ianya berlaku.
Allah taala menguji hambaNya dengan ujian yang hambaNya boleh terima. Maka sabar dan senyumlah. Lain orang lain ujiannya.

Allah taala takkan menguji hambaNya jika hambaNya itu tidak mampu. Maka jika kita terpilih untuk melalui ujian itu tempuhlah dengan penuh redha dan tawaduk.


"Sangat mengagumkan kepada seorang mukmin, sebab segala keadaannya untuk ia sangat baik, dan tidak mungkin terjadi demikian kecuali bagi seorang mukmin: jika mendapat nikmat ia bersyukur, maka syukur itu sangat baik baginya dan bila menderita kesusahan ia bersabar, maka sabar itu lebih baik baginya." (Hadis riwayat Muslim)
Setiap perkara yang berlaku, baik buruk mahupun baik, ada hikmahnya. Andai kita gagal dalam ujian ini, mungkin ada hikmahnya. Allah ada perancangan yang lebih baik untuk kita, lebih baik daripada perancangan manusia untuk diri sendiri.
Namun, kita hidup dengan manusia. Terarah dengan jangkaan, harapan dan sangkaan manusia. Sedar atau tidak, kita terpaksa memenuhi semua tuntutan itu. Sehingga kita mungkin lupa yang kehendak Allah jauh melangkau segalanya.
Sesungguhnya, jalan menuju syurga itu adalah dengan kesabaran. Sebab itu, Nabi telah bersabda : "Manusia yang paling berat ujiannya adalah para nabi, kemudian yang terbaik sesudah mereka, kemudian yang terbaik sesudah mereka. Seseorang diuji sesuai kadar agamanya. Jika agamanya kuat, ujiannya berat. Jika agamanya lemah, dia diuji sekadar agamanya. Ujian terus mendera hamba sampai membiarkannya berjalan di muka bumi tanpa menyandang sedikit pun dosa."
Ya Allah, bila membacanya entah mengapa hati rasa berbunga-bunga. Para sahabat sahabiah dulu, mereka sangat risau bila diri diuji. Mungkin ada yang mahu diuji dan ada yang takut bila diuji.
Namun dengan segenggam kepercayaan bahawa Allah tidak akan menguji hamba-Nya sesuatu yang hamba-Nya tidak mampu pikul. Dan ya, kehidupan sememangnya mengajar erti redha, sabar, tawakal, berharap pergantungan sepenuhnya kepada Allah dan bermacam-macam lagi.

Banyak saja cara Allah nak didik kita. Nak tarbiyyah kita. Semoga Allah akan terus mendidik kita ketika iman masih menebal. Mudahan perasaan cinta kita kepada sang Khaliq akan semakin bertambah.

Monday, February 27, 2012

Ramlah Ram ft Sleeq- Sesaat Kau Datang ~lirik~


macam kena dgn jiwa je..lirik yg menarik..layannnnn

Surat Dari Perindu Ilahi

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani,
Masa saya mula menulis . Hati saya tenang, jiwa saya selesa. Berbanding dengan jiwa saya sebelum ini. Jiwa saya yang meracau-racau, yang hari-hari meminta pada matahari supaya terus membakar diri saya supaya hilang dari muka bumi ini, yang berjalan-jalan tanpa arah di bandaraya Kuala Lumpur dan memanjat tangga-tangga bangunan lama untuk ke rooftop yang saya anggap merupakan tempat paling indah di dunia.
Dulu, saya suka pada warna kelabu, kerana saya mahukan suram pada kelabu itu. Saya sukakan langit yang mendung, kerana saya tahu jiwa saya mendung, dan saya suka pada sesuatu yang lusuh , kerana saya mahu satu dunia tahu betapa lusuh dan buruknya diri dan jiwa saya.
Tapi itulah realitinya. Itulah saya yang hilang , Yang sengaja mahu menjauhkan diri pada Tuhan yang satu, yang jatuh dan mahu terus jatuh.
Tak bersyukur kan??

Namun apa yang pasti, saya kini, menangis pada Ilahi dan tersenyum pada mentari.
Kerana apa yang saya cari selama ini, yang tak pernah saya jumpa di tepi-tepi jalan atau di lorong-lorong kecil akhirnya saya ketemu. Saya ketemu.
Dengan nama Tuhan pemilik seluruh alam, tiada apa yang pernah membuatkan saya tidur sebegini nyenyak, dengan mimpi bermain di taman indah bersama sang kancil melainkan setelah saya kembali kepada Tuhan yang maha penyayang, Allah s.w.t.
Alhamdulillah, Allah itu maha pemurah, diberinya saya berlimpah-limpah keindahan selepas saya redha hati bersujud sepenuh padanya. Dan menangis melihat kecantikan semua ciptaannya.
Saya kini sepenuhnya berserah diri pada Allah yang maha-esa.
"Aku bersumpah bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan Nabi Muhammad s.a.w itu pesuruh Allah"
Ameen

Wednesday, February 8, 2012

BENARKAH TUHAN TIDAK ADIL???

Seseorang mengeluh kepada ustaz,:"Dimanakah keadilan Tuhan? telah lama aku meminta dan memohon kepadaNYA namun DIA tidak pernah kabulkan permintaanku. Aku solat,puasa,bersedekah,berbuat baik dengan ibubapa dan semua orang,pendek kata semua hal-hal yang baik telah aku lakukan, padahal temanku yang ibadahnya kacau bilau,bicaranya kasar dan menyinggung perasaan orang tapi apa yang dimintanya Tuhan makbulkan dengan cepat. OH..TUHAN TIDAK ADIL!!!"

Ustaz itu pun bertanya kepada orang itu,: "Pernah engkau didatangi pengemis?
Orang itu pun menjawab,"Sudah tentu..."

Ustaz itu pun menerangkan kepadanya" Bayangkan pengemis itu datang dengan penampilan buruk,berbau busuk dan nyanyianya pulak memekakkan telinga. Apa yang engkau akan lakukan?

Orang itu pun menjawab," Akan aku segerakan berinya wang agar pengemis itu cepat-cepat berlalu dariku."

Ustaz itu pun bertanya lagi, "Jika pengemis itu wangi,penampilannya baik dan menyanyi dengan suara yang merdu, apa yang engkau akan lakukan?

Lelaki itu pun berkata," Sudah tentu aku akan mendengar nyanyiannya sampai habis lagu yang dia nyanyikan itu dan akan aku minta dia mengulangi nyanyiannya lagi,"....sambil tertawa orang itu.

Ustaz itu pun senyum lalu berkata:

Jika begitu....sudah tentu Tuhan juga akan bersikap begitu kepada kita hambaNya.
Jika ada manusia yang berakhlak buruk dan dibenciNYA berdoa dan memohon kepadaNYA, mungkin DIA firmankan kepada para malaikat..:"Cepat berikan apa yang dia minta, AKU muak dengan permintaanya."

Tetapi jika hamba yang soleh dan solehah yang baik-baik dalam semua hal menadah tangan, mungkin sahaja Tuhan berfirman kepada para malaikatNYA,: "TUNGGU...TUNDA DULU APA YANG DIMINTANYA, AKU MENYUKAI DOA-DOANYA, AKU MENYUKAI ESAK TANGISNYA, AKU TIDAK INGIN DIA MENJAUH DARI-KU SETELAH MENDAPAT APA YANG DI PINTANYA. AKU INGIN MENDENGAR TANGISNYA KERANA AKU MENCINTAINYA."

P/S....: Oleh itu sahabatku, SENTIASALAH kita BERSANGKA BAIK DENGAN ALLAH dalam SETIAP PERKARA.

Monday, January 30, 2012

Mengapa Tuhan?????

YA ALLAH..mengapa aku jatuh dan jatuh lg..gagal dan gagal lagi..sukar untuk bangun mengemudi kehidupan setelah jatuh tersungkur..cuba merangkak tapi jatuh kembali..apa dosaku YA RABB..begitulah status saya di FB baru-baru ini..ketika saya menulis status itu air mata berjuraian mengalir dipipi ini..tapi Alhamdulillah sahabat2 FB saya memberi komen yang positif menyuruh saya bersabar dengan ujian dariNYA.ada jugak yang mesej dalam FB saya bertanya tentang masalah saya.saya hanya mampu membalas biasa-biasa sahaja.

sehingga hari ini detik ini saat ini..saya cukup hebat diuji oleh Allah.tak putus-putus ujian datang kepada saya.saya masih sabar sebab janji ALLAH itu pasti sentiasa bersama orang-orang yang sabar.tapi kekadang saya tewas dalam kesabaran..itulah manusia cukup lemah apabila diuji.pada ALLAH saya memohon kekuatan agar saya terus kuat dalam menghadapi ujian ini..saya hampir-hampir putus asa dengan hidup dan sering mempersoal mengapa TUhan???mengapa aku diuji..mengapa tidak orang lain..Tuhan aku tidak meminta untuk menjadi kaya raya sebab aku takut aku akan lupa kepadaMU.aku hanya meminta sedikit kesenangan daripadaMu..cukuplah diberi pekerjaan yang tetap..YA ALLAH..apakah dosaku sehingga KAU ambil semua nikmat yang KAU berikan padaku selama ini..KAU ambil orang yang aku sayang..KAU ambil sumber rezekiku..KAU ambil kebahagiaan dalam hidupku..mengapa TUHAN????MENGAPA????aku bukan tidak berdoa kepadaMU YA RABB..seusai solat aku menadah tangan memanjat doa padaMU..aku bangun di sepertiga malam untuk bersujud kepadaMU sedang orang lain sedang nyenyak diuilt mimpi..setiap pagi aku mencuri masa waktu bekerja untuk aku bertemuMu dalam Dhuhaku..tapi mengapa tuhan KAU tidak memberi apa yang aku pinta..

itulah persoalan yang selalu bermain dalam fikiran bilamana hati tidak tenang..namun semua itu terjawab apabila saya sedar hidup saya ini hanyalah untuk diuji.kita hidup memang untuk diuji.ada orang diuji dengan kemiskinan ada orang diuji dengan kekayaan ada orang diuji dengan derita penyakit..ALhamdulillah YA ALLAH..aku menjadi insan terpilih untuk diuji tahap keimanan..aku bersyukur dalam dunia yang hampir ke penghujungnya aku menjadi insan terpilih untuk menerima hidayahMU..semoga KAu kekalkan hidayah ini setelah kau beri hidayah.semoga KAU bukakan pintu hati keluarga saya sahabat-sahabat saya jiran-jiran saya serta seluruh umat di dunia untuk menerima hidayahMU..manisnya hidayahMU YA ALLAH..

satu  hari saya tengok mak saya cukup hebat diuji.saya tengok dia cukup kuat..tiada airmata yang mengalir dipipinya sedangkan saya menangis teresak-esak menceritakan masalah saya..dia menceritakan masalah yang dihadapi tapi satu titik pun airmata tidak jatuh..begitu kuat mak saya ni..cukup kagum.rupa-rupanya mak saya lagi hebat diuji.dengan mempunyai 6 orang anak mak saya mempunyai 6 masalah dengan macam-macam ragam anaknya..mak saya cukup tabah..mak saya kuat takkan saya tak sekuat dia untuk hadapi ujian ini.saya insaf..merenung seketika kehidupan ini..

Allah takkan bebankan hambanya dengan ujian yang cukup berat..saya sedar nikmat yang DIA beri pun dah banyak..nikmat sihat nikmat anggota tubuh yang sempurna serta nikmat untuk bernafas dan masih diberi peluang untuk bertaubat..walaupun takde keje tapi saya masih dapat menikmati makanan yang DIA beri..ALHAMDULILLAH..sedangkan ulat dalam batu pun dapat hidup inikan pula kita manusia diberi cukup sifat dan kesihatan yang baik...baru kini saya sedar tiada siapa yang dapat mengubah hidup saya kecuali diri saya sendiri..apa yang ALLAH takdirkan untuk adalah yang terbaik untuk kita.

AMPUNKAN AKU YA RABB..sering mempersoal apa yang KAU takdirkan..moga aku diberi kekuatan untuk menghadapi ujian daripadaMu..tiada lain tempat aku memohon pertolongan selain daripadaMU YA ALLAH..padaMU tempat aku mengadu.padaMU tempat aku bersujud..

semoga suatu hari nanti ada senyuman disebalik kepahitan kehidupan ini..semoga ALLAH memberkati kehidupaan kita semua..BARAKALLAH..

Thursday, January 12, 2012

Peraturan bumi - Ustaz Azhar (TH Filem)



ujian demi ujian

❤.¸ღHarus ada rasa bersyukur..Di setiap kali ujian menjelma..Itu jelasnya membuktikan ..Allah mengasihimu setiap masa..Diuji tahap keimanan.. Sedangkan ramai terbiar dilalaikan..Hanya yang terpilih sahaja..Antara berjuta mendapat rahmatNya..Allah rindu mendengarkan Rintihanmu berpanjangan.. Bersyukurlah dan tabahlah menghadapi segala takdir ..Terimalah dengan hati yang terbuka..Walau terseksa ada hikmahnya..❤~



Wednesday, January 11, 2012

Muhasabah Diri - Kenapa Hati Menjadi Keras



Tuesday, January 10, 2012

tahun baru usia pun makin meningkat

Terima kasih Ya Allah untuk usia yang telah Engkau berikan. Terima kasih juga untuk setiap rezeki yang Engkau kurniakan. Terima kasih untuk setiap cubaan yang Engkau turunkan.Terima kasih untuk bakat dan ilham yang Engkau anugerahkan. Sesungguhnya terlalu banyak yang telah Engkau berikan kepadaku…dan terlalu sedikit pengabdianku terhadapMu.
Engkau tetap menerima walau terkadang aku alpa, aku lupa, aku tersilap dan khilaf menafsir makna setiap kurniaan dan dugaan. Namun begitu besar kasihMu…Engkau tetap melindungi aku walaupun terkadang aku kalut merungut ketika saat-saat lemahku datang.Aku tidak pernah menafikan hakMu sebagai Khaliq walaupun terkadang aku terbuai dengan kesedihan dan kesakitan yang amat pedih.
Ampunkan aku Ya Allah pabila aku merintih nasibku di hadapanMu. Kalau bukan kepadaMu, kepada siapa lagi harus ku mengadu? Aku tidak pernah menyesali kewujudanku ini Ya Allah…namun aku hanyalah hambaMu yg dhaif dan lemah. Adakalanya aku kurang kesabaran. Ada masanya aku goyah keimanan. Ada masanya aku hampir terikut bisikan syaitan. Namun dengan limpahan kasih sayangMu, Engkau menarikku kembali jauh daripada kesesatan.
Dalam usia begini…aku ingin menjadi lebih dekat padaMu Ya Rahman. Dalam usia yang makin jauh ini…aku ingin lebih merinduiMu Ya Rahiim. Dalam usia meniti senja ini…aku ingin sekali menyambut panggilan KaabahMu Ya Al Malik.Dalam usia ubanan ini yang ku inginkan hanyalah ketenangan, kekusyukan beribadah, segala kesederhanaan dan kerendahan hati tanpa berhenti menghulur kasih pada yang sudi.
Ya Muhaimin…pimpinlah tangan hambaMu ini…pimpinlah hati hambaMu ini…pimpinlah langkah hambaMu ini akan sentiasa berpijak di atas jalan kebenaran. Ya Al Quddus… sebagai hambaMu yang hina dina, aku takkan mungkin mencapai sempurna, tapi kasihanilah aku… bimbinglah aku sentiasa agar aku mampu meniti titian siratulmustakimMu dengan tenang dan mudah tanpa cela.
Ya Al Hakiim…berikanlah ilham kepadaku agar aku mampu terus berkarya Agar aku terus mampu memberikan sedikit ikhtibar dan dakwah dengan caraku. Hulurkan kepadaku bijaksana agar aku mampu terus memacu kalam keinsanan sehingga tiba masanya Engkau menjemputku pergi.
Terima kasih Ya Allah atas segala takdir yang telah Engkau tentukan untukku. Engkaulah Ya Maha Besar… peliharalah aku  ini agar terus berpegang teguh pada taliMu.
Terimalah permohonan hambaMu yang sedang bermusafir di bumiMu ini Ya Al Mudzill.
Amin Ya Rabbul Alamin.


Sunday, January 8, 2012

BERDAMAILAH DENGAN TAKDIR…

Rasulullah mengajar kita supaya berdoa dengan doa ini:”Ya Allah janganlah Engkau serahkan diriku kepada diriku sendiri walaupun sekelip mata.”
Mengapa? kerana diri kita lemah, ilmu cuma ‘sekerat’, kudrat kita terhad. Mana mungkin kita dapat mengharungi kehidupan yang begitu mencabar ini hanya bersandarkan kekuatan diri. Justeru, dalam doa itu Rasulullah saw berpesan  agar serah dan pasrahkanlah hati serta diri kepada Allah.
Kita tidak mengetahui apa yang terbaik untuk diri kita sendiri. Kita hanya penerima, kita bukan Pemberi. Yang memberi ialah Allah, dan Allah menegaskan apa yang diberikanNya untuk kita adalah baik belaka. Namun akal kita tidak akan mampu mengetahui rahsia di sebalik yang pahit, pedih dan sakit. Mahunya yang manis-manis sahaja. Apatah lagi nafsu… ia akan memberontak apabila terjadi sesuatu yang berlawanan dengan kehendak tabienya.
Apabila berlaku sesuatu yang berlawanan dengan kehendak diri, berlakulah stres, marah dan sedih. Itu biasa. Hal itu sentiasa berlaku dalam kehidupan. Yang luar biasanya, apabila kita memilih untuk ‘berkelahi’ dengan takdir. Kita tidak menerima warna-warni kehidupan seadanya. Kita tidak berdamai dengan takdir sebaliknya memilih untuk memberontak, mempersoalkan dan melawannya. Persoalan kenapa? Mengapa? Sering menghantui jiwa.
Bayangkan kita sedang berjalan di tepi pantai sewaktu matahari mula terbenam. Warna di kaki langit menjadi jingga, oren dan kuning keemasan. Kita melihat dan menikmatinya sahaja. Kita tidak berkata, “sewajarnya ditambah warna kuning, dikurangkan warna jingga.”
Tidak! Kita tidak akan berkata begitu. Sebaliknya kita memilih untuk ‘bersahabat’ dengan alam dan menikmati lukisan alam seadanya. Hasilnya? Kita tenang. Kita nikmati alam seperti seadanya… akur kepada Pencipta senja.
Ironinya, sikap kita tidak begitu apabila berdepan dengan ‘lukisan takdir’ pada kanvas kehidupan kita. Sedangkan lukisan alam dan lukisan takdir itu sama-sama datangnya daripada Allah. Mengapa kita memilih untuk berkrisis dengan ketentuan Allah dan tidak mahu menerima semua itu seadanya?
Berusahalah dengan segala upaya yang dikurniakan Allah. Tidak salah, malah kita dituntut untuk mencorakkan kehidupan sendiri dengan panduan serta kekuatan yang dibekalkan oleh Allah jua. Namun, setelah berusaha dan bersusah payah semaksimumnya, letakkan segalanya di pinggiran. Jangan sekali-kali bersandarkan kepada diri, namun bertawakkal, bersangka baik dan berdoalah kepada Allah. Apapun nantinya hasilnya, katakan pada diri, “aku harap yang baik, Allah akan memberi yang baik.”
Jika yang diharapkan berlaku, syukur. Namun sekiranya berlaku sesuatu yang tidak dijangka dan tidak disangka… sabarlah. Belum tentu itu satu keburukan. Seringkali keberkatan, kebaikan dan kejayaan dibungkus oleh takdir dengan kepahitan, kerugian dan kegagalan. Seringkali kita gagal melihat hakikat ini ketika ia sedang berlaku… namun apabila sedikit masa berlalu barulah kita sedar, rupa-rupanya Allah takdirkan kita berundur ke belakang untuk mengambil lajak bagi melonjak lebih tinggi dan lebih jauh ke hadapan.
Inilah hakikat hidup yang dipilih Allah untuk kita. Kita akan terus berbaik sangka kepada Allah… DIA akan mengubat, melapang dan memberi kemenangan di sebalik setiap takdirNya. Ya, kita tidak akan tahu segalanya, kerana ilmu sekelumit cuma. Namun apabila Allah yang Maha Penyayang telah memilih itu kita maka yakinlah Kasih SayangNya sentiasa mendahului kemurkaanNya. Yang pahit itu akan menjadi ubat. Yang pedih itu akan menjadi penawar.
Jika itulah suara hati kita, mana mungkin kita gelisah, resah dan stres keterlaluan? Yakinlah, kita hamba Allah… Allah tidak akan mengecewakan kita!



Tuesday, January 3, 2012

Ustaz Azhar Idrus & Zizan Raja Lawak - Jadi Menantu UAI (1/1/2012)



Monday, January 2, 2012

Shahir feat. Sham Kamikaze - Aku Yang Berdosa (Lagu Baru 2012)



Azam patut seimbang usaha cari reda Ilahi

KITA sekali lagi diberi peluang melangkah kaki ke tahun baru Masihi 2012. Sama ada sedar atau tidak, kedatangan tahun baru menandakan usia meningkat dan kita kian menghampiri saat kematian. 

Sudah menjadi tradisi, apabila tiba tahun baru, kita menyambutnya dengan semangat baru, diari baru dan segalanya baru. Sebenarnya dalam Islam tiada istilah tahun baru atau lama kerana kita sentiasa dituntut taat kepada Allah setiap masa, dari awal tahun hingga akhir tahun, daripada umur baligh hingga ke liang lahad.

Firman Allah SWT dalam Surah al-Hijr, ayat: 99 yang bermaksud “...dan sembahlah Tuhanmu sehingga tiba kepada kamu kematian...”. Tidak menjadi kesalahan apabila budaya menyambut tahun baru ini kita selarikan dengan kehendak dan tuntutan syarak. Justeru, kita sepatutnya lebih mengutamakan kebaikan, menjauhi kejahatan, amanah, bertanggungjawab, berdisiplin dan jujur dalam gerak kerja.
Kita wajar sentiasa bermuhasabah setiap masa agar menepati saranan dituntut Allah SWT supaya menjadi hamba yang taat kerana ini asas yang perlu dibina dalam mencari tujuan hidup sebenar iaitu beribadat kepada Allah SWT bukan mencari keseronokan duniawi semata-mata. Firman Allah SWT dalam surah azd-Dzariyaat, ayat 56 yang bermaksud: “dan tidak Aku jadikan jin dan manusia kecuali supaya mereka mengabdikan diri kepada-Ku.” 

Setahun berlalu pasti melakarkan catatan penting yang boleh dijadikan iktibar. Jika tahun lalu, banyak kepincangan dalam hidup kita secara disengajakan atau tidak, maka tahun ini kita berazam tidak mengulangi kepincangan sama. 

Jika tahun lalu kita menempa kejayaan, maka tahun ini biar kita mencipta kejayaan lebih baik kerana seseorang Muslim sentiasa mengarahkan diri ke arah lebih baik, seperti kata Saidina Umar: “Celakalah bagi Muslim yang hari ini lebih buruk daripada semalam dan esok lebih buruk daripada hari ini.” 

Sesuatu yang lumrah, tahun baru sering dikaitkan dengan soalan, apakah azam dan cita-cita tahun baru? Golongan artis pasti memasang azam lebih cemerlang dalam lagunya dan menghasilkan filem atau album lebih meletup. 
Ahli perniagaan pula bercita-cita mengembangkan perniagaan agar mendapat keuntungan berlipat ganda, manakala ahli sukan menggandakan lagi usaha menempa nama negara di mata dunia. 

Amat jarang kita dengar, orang menyuarakan cita-cita menjadi hamba Allah lebih bertakwa, lebih pemurah, lebih patuh atau taat kepada hukum Allah dan lebih menghayati ajaran Islam secara syumul. 

Tidak salah menanam azam tetapi biar seimbang dalam usaha mencari kecemerlangan dunia dan akhirat. Selain itu, usaha bersungguh-sungguh perlu disusuli supaya azam menjadi realiti. Firman Allah SWT dalam Surah ali-Imran, ayat 159 yang bermaksud: “Maka apabila engkau berazam, bertawakallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah mengasihi orang yang bertawakal kepada-Nya.” 

Perkara lain yang perlu diberi perhatian serius ialah pengisian sambutan tahun baru. Kita bimbang dan sedih apabila melihat sambutan tahun baru sering dicemari dengan upacara penuh unsur maksiat yang jelas menyalahi hukum dan menyimpang daripada adat dan budaya Melayu. 

Ada pihak menganjurkan sambutan dengan acara nyanyian yang melalaikan, minum arak dan pergaulan bebas. 

Penganjuran seumpama ini membuka satu lagi ruang bagi mengundang kemurkaan Allah SWT. Maka sudah muda-mudi yang dahagakan hiburan akan terpikat dengan program ini. Maka terlena dan hanyutlah mereka sehingga ada yang tenggelam dalam maksiat. 

Sepatutnya tahun baru disambut penuh rasa syukur kepada Allah dengan berdoa atau menganjurkan majlis ilmu yang boleh membina minda untuk lebih mendekatkan diri kepada Allah SWT. Marilah kita jadikan tahun baru ini titik tolak untuk memperelokkan akhlak dengan mencontohi peribadi Rasulullah SAW 
Diharapkan juga tahun baru ini menjadi tahun kegembiraan. Dalam mengimpikan hasrat ini, usaha dan tekad perlu selari kerana kejayaan tidak datang bergolek. Begitu juga dengan kebaikan, tanpa azam dan pegangan kukuh pada nilai murni, ia tidak akan dapat dicapai. 

Penulis ialah guru Pendidikan Islam di Sekolah Kebangsaan Satak, Raub, Pahang 

SAHABAT MAYA SHIDA

slideshow

My Journey Slideshow: Rashida’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to 2 cities Putrajaya and Bangi was created by TripAdvisor. See another Malaysia slideshow. Create a free slideshow with music from your travel photos.

muka buku shida

kisah aku

get this widget here

kata-kata hikmah

Carilah hikmah dalam setiap ketentuan tuhan,supaya timbul rasa kesabaran dan kesyukuran...stiap yang payah itu pasti ada kesenangan,stiap kesabaran itu pasti ada ganjaran...jika sesuatu itu di takdirkan untuk kita,tiada siapa boleh beri halangan,namun jika sesuatu itu bukan di takdirkan untuk kita,pasti xkan kita dapat walaupun sudah dalam genggaman....berharap lah pada ALLAH kerana DIA MAHA KEKAL....

firman ALLAH

Katakanlah (wahai Muhammad):Wahai hamba-hambaku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat),janganlah kamu berputus asa dengan rahmat Allah,kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa. Sesungguhnya Dialah jua yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani (Al-Zumar;53)

twitter

SEHARI SEPOTONG AYAT

.