CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

About Me

My Photo
rashidaramli
*¨`*•. (¯`v´¯) (¯`v´¯) .•*¨`*•✿ ♥ . . ♥ ✿ •*¨`*•.¸(¯`vاﷲِ ℯ¸.•*´¨`*•.اﷲِ¸ℒℴνℯ•♪ღ♪ اﷲِ Ambil waktu untuk berfikir,itu adalah sumber kekuatan.Ambillah waktu untuk beriman,itu adalah rahsia dari masa muda yg abadi.Ambillah waktu untuk berdoa,itu adalah sumber ketenangan.Ambillah waktu untuk belajar,itu adalah sumber kebijaksanaan.Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai,itu adalah hak istimewaan ...yang diberi Allah.Ambillah waktu untuk bersahabat,itu adalah jln menuju kebahagiaan,Ambillah waktu untuk bertaqwa,itu adalah muzik yang menggegarkan hati.Ambillah waktu untuk memberi,itu dapat membuat hidup terasa beerti,ambillah waktu untuk bekerja,itu adalah nilai keberhasilan.Ambillah waktu untuk beramal,itu adalah kunci menuju SYURGA.... *¨`*•. (¯`v´¯) (¯`v´¯) .•*¨`*•✿ ♥ . . ♥ ✿ •*¨`*•.¸(¯`vاﷲِ ℯ¸.•*´¨`*•.اﷲِ¸ℒℴνℯ•♪ღ♪
View my complete profile

Monday, June 3, 2013

Manusia tak sempurna

Assalamualaikum...


pejam celik pejam celik rupanya kita sudah berada di pertengahan tahun..dan tinggal beberapa hari lagi kita akan menyambut bulan Ramadhan..Allah..cepatnya masa berlalu.
hari ni mood nak tulis tentang manusia yang tak sempurna..orang tengah baca yassin kat ofis saya plak tengah fikir ayat nak tulis..
ye..manusia tak ada yang sempurna..ada kekurangan dan ada kelebihan..jadi tak perlu lah kita menyalahkan dan membuka aib orang lain jika dia melakukan kesilapan..tegurlah secara hikmah..saya suka menasihati diri saya sendiri agar bersabar dengan kerenah manusia.mungkin itu satu petunjuk bahawa kita tidak seperti dia..yang buruk kita tegur yang baik kita ambil sbg contoh..





Friday, May 10, 2013

Mungkin itu Teguran dari ALLAH..

Alhamdulillah..saya bersyukur masih lagi diberi nafas dan kesihatan yg baik untuk meneruskan kehidupan ini..

Subhanallah Maha Suci Allah..yg mencipta siang dan malam..siang nya untuk kita bekerja dan malamnya untuk kita berehat..
Hidup untuk diuji satu ungkapan yang jarang kita dengar..hidup untuk mati semua orang tahu..hakikatnya memang kita hidup untuk diuji.kaya,miskin,sihat,sakit semua itu adalah ujian..yang membezakan kita adalah cara bagaimana kita menghadapi ujian tersebut.Di sini tahap keimanan kita akan diuji..sama ada kita terima dgn redha atau sebaliknya..
hmmm..ye saya adalah seorang penasihat terbaik kpd semua orang namun kadang-kadang saya juga mempersoalkan ujian yang melanda diri saya..Allahuakbar..siapa saya nak mempersoalkan itu semua..saya hanya hamba ALLAH..saya cuba menasihati diri saya dan juga sahabat-sahabat supaya ingat dengan kata-kata ini "mungkin itu teguran dari ALLAH"..supaya kita tidak terus lalai dan alpa dgn nikmat dunia sehingga kita melupakan ALLAH..teguran melalui ujian buat kita sedar dan tahu bahawa kita adalah milik ALLAH..
bila teguran itu menyapa cuba muhasabah diri dan cari mana silapnya kita..terutama hubungan kita dgn ALLAH..mungkin kita tak jaga solat atau mungkin kita banyak melakukan maksiat kepadanya.
selagi ada ruang dan waktu yg ALLAH bg untuk bertaubat gunalah kesempatan itu sebelum kita menutup mata..teguran itu bukan ALLAH benci kita itu tandanya ALLAH masih sayang kan kita..
wallahuallam..
yang buruk dari kesilapan diri saya sendiri dan yang baik itu dtg dr ALLAH..

Assalamualaikum

Friday, April 19, 2013

KHASIAT BERWUDUK SEBELUM TIDUR

Rasulullah SAW bersabda: “Barangsiapa tidur dimalam hari dalam keadaan suci (berwudhu‘) maka Malaikat akan tetap mengikuti, lalu ketika ia bangun nescaya Malaikat itu akan berucap’ Ya Allah ampunilah hamba mu si fulan, kerana ia tidur di malam hari dalam keadaan selalu suci , “(HR Ibnu Hibban dari Ibnu Umar ra).
Berwuduk mempunyai manfaat yang sangat besar. Bahkan ulama fikih menjelaskan hikmah wudhu sebagai sebahagian dari usaha untuk memelihara kebersihan fizikal dan rohani.
Sudah tentu setiap perintah Allah SWT itu mempunyai hikmah kebaikan disebaliknya. Dalam sekali aktiviti berwudhu, lima pancaindera terkena semua tanpa terkecuali disapu oleh air wudhu. Mata, hidung, telinga & seluruh kulit tubuh. Ini betul-betul luar biasa!.
Muhammad Kamil Abd Al-Shomad, memetik sumber dari Al-I’jaz Al-Ilmiy fi Al-Islam wa Al-Sunnah AlNabawiyah, menjelaskan bahawa manfaat semua hal yang diperintahkan dalam wudhu sangatlah besar bagi tubuh manusia. Mulai dari membasuh tangan dan menyela-nyela jari, berkumur-kumur, memasukkan air ke dalam lubang hidung, membasuh muka, membasuh kedua tangan sampai siku, mengusap kepala, membasuh telinga, hingga membasuh kaki hingga mata kaki.
Lalu, bagaimana jika berwudhu dilakukan sebelum tidur? Nah, para pakar kesihatan di dunia sentiasa menganjurkan agar kita mencuci kaki mulut dan muka sebelum tidur. Bahkan, sejumlah pakar kecantikan menghasilkan alat kecantikan agar dapat menjaga kesihatan kulit muka.
Di samping itu tentunya anjuran untuk berwudhu juga mengandungi nilai ibadah yang tinggi. Jika seseorang berada dalam keadaan suci, bererti dia dekat dengan Allah. Kerana Allah akan dekat dan cinta kepada orang-orang yang berada dalam keadaan suci.
Khasiat berwuduk sebelum tidur
Pertama, menenangkan otot-otot sebelum berehat. Mungkin tidak terlalu banyak penjelasan. Boleh dibuktikan dalam ilmu perubatan bahawa percikan air wudhu itu merupakan suatu kaedah atau cara mengendurkan otot-otot yang kaku dalam beraktiviti. Kesan positifnya jika seseorang itu telah melakukan wudhu, maka fikiran kita akan terasa tenang. Badan tidak akan terasa letih.
Kedua, mencerahkan kulit wajah. Wudhu dapat mencerahkan kulit wajah kerana prestasi wuduk ini menghilangkan kotoran dalam kulit. Kotoran-kotoran yang melekat pada kulit wajah kita akan sentiasa hilang dan tentunya wajah kita menjadi cerah dan bersih.
Ketiga, didoakan malaikat. Malaikat akan sentiasa berdoa memohon perlindungan kepada umat muslim yang sentiasa berwudhu sebelum tidur. Malaikat adalah makhluk yang sentiasa berzikir kepada Allah. Nescaya doanya akan sentiasa dikabulkan oleh Allah. Oleh kerana itu, sentiasa lah berwudhu.

SAHABAT MAYA SHIDA

slideshow

My Journey Slideshow: Rashida’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to 2 cities Putrajaya and Bangi was created by TripAdvisor. See another Malaysia slideshow. Create a free slideshow with music from your travel photos.

muka buku shida

kisah aku

get this widget here

kata-kata hikmah

Carilah hikmah dalam setiap ketentuan tuhan,supaya timbul rasa kesabaran dan kesyukuran...stiap yang payah itu pasti ada kesenangan,stiap kesabaran itu pasti ada ganjaran...jika sesuatu itu di takdirkan untuk kita,tiada siapa boleh beri halangan,namun jika sesuatu itu bukan di takdirkan untuk kita,pasti xkan kita dapat walaupun sudah dalam genggaman....berharap lah pada ALLAH kerana DIA MAHA KEKAL....

firman ALLAH

Katakanlah (wahai Muhammad):Wahai hamba-hambaku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat),janganlah kamu berputus asa dengan rahmat Allah,kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa. Sesungguhnya Dialah jua yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani (Al-Zumar;53)

twitter

SEHARI SEPOTONG AYAT

.