CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

About Me

My Photo
rashidaramli
*¨`*•. (¯`v´¯) (¯`v´¯) .•*¨`*•✿ ♥ . . ♥ ✿ •*¨`*•.¸(¯`vاﷲِ ℯ¸.•*´¨`*•.اﷲِ¸ℒℴνℯ•♪ღ♪ اﷲِ Ambil waktu untuk berfikir,itu adalah sumber kekuatan.Ambillah waktu untuk beriman,itu adalah rahsia dari masa muda yg abadi.Ambillah waktu untuk berdoa,itu adalah sumber ketenangan.Ambillah waktu untuk belajar,itu adalah sumber kebijaksanaan.Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai,itu adalah hak istimewaan ...yang diberi Allah.Ambillah waktu untuk bersahabat,itu adalah jln menuju kebahagiaan,Ambillah waktu untuk bertaqwa,itu adalah muzik yang menggegarkan hati.Ambillah waktu untuk memberi,itu dapat membuat hidup terasa beerti,ambillah waktu untuk bekerja,itu adalah nilai keberhasilan.Ambillah waktu untuk beramal,itu adalah kunci menuju SYURGA.... *¨`*•. (¯`v´¯) (¯`v´¯) .•*¨`*•✿ ♥ . . ♥ ✿ •*¨`*•.¸(¯`vاﷲِ ℯ¸.•*´¨`*•.اﷲِ¸ℒℴνℯ•♪ღ♪
View my complete profile

Friday, December 9, 2011

Takut dan Bimbang

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, bersyukur kita kepada Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan izin~Nya dapat kita bersua lagi di ruang ini. Selawat dan salam kita ucapkan buat junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w. dan didoakan semoga teman semua di dalam keadaan sihat sejahtera.

Setiap yang bernafas pasti mati. Hidup di dunia ini sementara dan sekejap sahaja. Kalau senang pun sementara dan sekejap. Kalau susah pun sementara dan sekejap. Akhirat pula jauh lebih besar dan kekal buat selama-lamanya.

Kalau senang ertinya mendapat syurga yang merupakan kebahagiaan hakiki yang tidak dapat dibayangkan. Kalau susah pula ertinya neraka yang merupakan seksaan hakiki. Azabnya amat dahsyat yang tidak dapat dibandingkan dengan apa pun. Api neraka bukan macam api lilin. Api lilin yang paling kecil pun tidak upaya siapa pun yang menahan kepanasannya. Sedangkan seringan-ringan api neraka, berpijak atas baranya sahaja sudah mendidih otak di kepala. Kalau memahami hakikat ini janganlah memburu kesenangan yang sedikit di dunia ini, hingga sanggup menderhakai Tuhan. Dan janganlah kerana takutkan kesusahan yang sedikit di dunia ini, hingga sanggup derhaka kepada Tuhan.

Di sinilah perlunya kita rasa takut dan bimbang terhadap Tuhan yang diri kita dalam genggaman~Nya. Kita tidak tahu apa sukatan Tuhan yang bersifat maknawiyah ke atas kita. Semoga dengan kekal rasa takut dan bimbang, maka Tuhan rahmati kita hingga di hari pertemuan dengan~Nya.
  • Ada manusia yang Tuhan beri petunjuk dan pimpinan~Nya. Dia berada dalam kebenaran dan kebaikan dari awal hingga akhir hidupnya.
  • Ada manusia yang di awal hidupnya dalam kesesatan. Manakala di akhir hidupnya Tuhan beri petunjuk dan pimpinan~Nya dan berada dalam kebenaran.
  • Terdapat manusia yang di awal hidupnya dalam kebenaran tetapi di akhir hidupnya dalam kesesatan.
  • Terdapat pula manusia yang dari awal hingga akhir hidupnya dalam kesesatan.
Kita tidak tahu kategori mana yang menimpa nasib kita. Nasib kita belum diketahui. Sanggupkah kita berhadapan dengan Allah SWT di akhirat kelak dalam kesesatan. Sedangkan dunia ini ibarat mimpi saja berbanding akhirat. Sebab itu Allah SWT ulang banyak kali dalam Al Quran dengan maksud, "Dan akhirat itu lebih baik dan kekal." Lebih baik yang Allah SWT istilahkan itu tidak boleh di fahamkan maksudnya menurut bahasa. Lebih baik yang Allah SWT maksudkan itu menurut pengertian~Nya. Kalau lebih baik itu disudut sedapnya rasa makanan, kelazatan di akhirat nanti tidak dapat dibayangkan, malah rasa lazat itu kekal hingga beribu tahun. Hingga kelazatan makanan itu berlapis dan bertindih. Ini belum lagi digabungkan dengan kelazatan dari sumber yang tidak terbatas banyaknya.

Allah, Pencipta segalanya dalam diri kamu dan di sekitar kamu, memiliki kekuasaan yang tak terbatas. Allah menciptakan kita dan memerintahkan kita untuk menghormati~Nya dan berlaku baik seperti yang dituntun dalam Al Qur'an. Yang dituntut oleh Allah dari kita adalah ibadah. Puasa, solat, bersyukur kepada Allah, sabar, dan melakukan amal saleh adalah beberapa bentuk ibadah.

Tetapi sebahagian besar orang, meskipun sedar dengan tanggung jawab mereka, tidak mahu menerimanya. Kerana kesombongan mereka yang parah, mereka merasa sulit untuk tunduk kepada Allah. Mereka tidak mahu mendengarkan perkataan Allah kerana mereka menganggap diri mereka sangat penting. Kerana tidak mahu menerima bahawa Allah telah menciptakan mereka, mereka berani membangkang kepada Allah. Meskipun Allah-lah yang telah memberi mereka hati, telinga, kesihatan, dan pendeknya, segala hal di dunia ini, mereka tidak merasa bersyukur kepada~Nya untuk seluruh kurnia ini.

Tetapi orang-orang ini akan merasa sangat menyesal. Tidak bersyukur dan sombong akan membuat mereka menjalani hidup yang sukar di dunia dan penyesalan yang dalam di akhirat. Tidak bersyukur (kufur) yang mereka tunjukkan di dunia ini akan membawa mereka pada api neraka.

Setiap orang yang tidak mahu merasakan sesal di kemudian hari sehingga masuk neraka, pastilah bersyukur kepada Allah. Allah menginginkan agar kita bersyukur kepada~Nya dan berdoa serta beribadah kepada~Nya, sebagai bentuk syukur atas nikmat yang telah diberikan~Nya untuk kita. Oleh kerana itu, jika kita melihat nikmat yang sempurna dan indah di sekitar kita (yang tidak akan pernah ada dengan sendirinya), kamu harus mengingat Allah dan merasa bersyukur kepada~Nya. Janganlah menjadi orang yang tidak mampu memperhatikan dan menghargai segala nikmat yang diberikan untuk kita.

Dalam Al Qur'an, Allah memerintahkan kita untuk melakukan berbagai ibadah, selain bersyukur kepada Allah. Melakukan solat lima kali sehari, berpuasa pada bulan Ramadhan, membayar zakat, dan menunaikan haji (sekali seumur hidup) jika mampu adalah bentuk ibadah yang diwajibkan oleh Allah atas kita.

Solat lima waktu sehari-semalam dan menjaga solat tersebut sepanjang hidup kita, dalam keluarga mahupun dalam masyarakat membantu kita untuk terus mengingat kelemahan kita sebagai hamba di depan Allah. Ini adalah bentuk ibadah yang ditunaikan pada waktu-waktu tertentu. Allah memberi tahu kita dalam Al Qur'an bahawa bentuk ibadah ini membantu kita untuk menjauhi perbuatan buruk yang tidak disukai oleh Allah.

Berpuasa juga merupakan bentuk ibadah yang diperintahkan dalam Al Qur'an. Selama bulan Ramadhan, Allah mewajibkan agar kita tidak makan dan minum di siang hari. Dengan menunaikan ibadah ini, kita akan menunjukkan kesabaran untuk tidak makan dan minum dalam jangka waktu tertentu.

Membayar zakat, merupakan pemberian sebahagian harta kita kepada orang miskin dan yang memerlukan serta orang lain yang boleh menerimanya. Seperti bentuk ibadah yang lain, menunaikan zakat sangatlah penting kerana menghindari perbuatan jahat dan menunjukkan sikap rela berkorban adalah sifat yang diredhai oleh Allah. Di samping itu, membayar zakat memperbaiki hubungan sesama manusia dan menguatkan jiwa.

Wallahu'alam...

muhasabah diri itu lebih baik

Bila tibanya tahun baru, tidak kira tahun baru Islam mahupun tahun baru masihi, masing-masing antara kita sibuk untuk menetapkan azam baru dalam memperbaiki atau mempertingkatan mutu mahupun kualiti dalam kehidupan kita.
Namun kebanyakan kita selalu terlupa untuk muhasabah semula kembali azam-azam itu yang lepas.Diulanginya setiap perkara negatif yang menjauhkan kita dari mencapai azam yang di tetapkan itu.Muhasabah ini hendaklah dilakukan selepas setiap amal yang dilakukan agar hatinya tenteram bahawa dia tidak menyeleweng dari ketetapan Allah dan sentiasa mematuhi arahan dan meninggalkan larangan-Nya.
Mengikut Ibnu Qudamah:
"Pengertian muhasabah ialah melihat keadaan modal, keadaan keuntungan dan kerugian, agar dapat mengenalpasti sebarang penambahan dan pengurangan. Modalnya dalam konteks agama ialah perkara yang difardhukan, keuntungan ialah perkara sunat dan kerugiannya pula ialah maksiat."
Ibnul Qaiyim pula berkata:
"Muhasabah ialah membezakan antara apa yang diperolehinya dan apa yang perlu ditanggungnya. Setelah mengetahui yang demikian, maka dia hendaklah membawa apa yang diperolehinya dan melunaskan apa yang ditanggungnya. Dia seolah-olah seorang musafir yang tidak akan kembali."
Kepentingan bermuhasabah
Dengan bermuhasabah diri, kita dapat menilai setiap perbuatan kita, apakah ianya mencapai matlamat, menghampiri matlamat atau lebih teruk menjauhi matlamat yang kita tetapkan.
Contohnya bagi sesebuah pasukan bola sepak, bilamana berakhirnya sesuatu perlawanan (terutama bila mengalami kekalahan), pasti akan di adakan muhasabah (atau lebih di kenali sebagai post-moterm). Ini bertujuan untuk mengenal pasti segala kekurangan dan kelemahan seterusnya memperbaiki dan mempertingkatkan prestasi pasukan mereka. Maka,selebihnya lagi kita sebagai seorang muslim.
Dengan bermuhasabah juga, seseorang itu dapat mengelakkan diri daripada melakukan kesalahan yang sama untuk kali kedua,kerana orang muslim yang hebat adalah mereka yang dapat mempertingkatan kualiti diri mereka dari masa ke semasa.
Sabda Rasulullah saw :
"Orang muslim itu tidak akan di patuk ular pada lubang yang sama untuk kali kedua"
Kelebihan bermuhasabah
  1. Dapat mengenali kekurangan diri, maka dengan itu dapatlah kelemahan itu di perbaiki.
  2. Dapat bertaubat, menyesali dan meninggali setiap kesalahan yang lepas.
  3. Dapat mengenali hak Allah taala ke atas diri kita.
  4. Dapat mengelakkan diri dari mengulangi kesalahan yang lepas dan seterusnya mempertingkatkan amalan soleh.
  5. Dapat mempersiapkan diri sebelum bertemu dengan Allah di hari akhirat kelak.

Seperti yang di katakan oleh Umar al-khattab :
"Hitunglah diri kamu sebelum kamu dihitung, timbanglah amalanmu sendiri sebelum ia ditimbangkan untukmu, dan bersedialah untuk hari pembentangan amal yang besar, sesungguhnya hisab pada hari kiamat menjadi ringan bagi sesiapa yang melakukan muhasabah diri di dunia ini.
Maka, di kesempatan ini, penulis menyeru kepada diri sendiri terutamanya, dan seterusnya kepada pembaca-pembaca yang di rahmati Allah sekalian, agar kita sentiasa muhasabah diri kita dari masa ke semasa, agar dapat memperbaiki dan mempertingkatkan prestasi diri kita dan lebih-lebih lagi dalam mengerjakan amal ibadah kepada Allah. Semoga hari ini lebih baik dari hari-hari kita yang sebelum ini.

Thursday, December 8, 2011

dulu lain sekarang lain

alhamdulillah..saya rasa bahagia sekarang ni.entah kenapa saya pun tak pasti..tapi itulah janji ALLAH DIA akan bersama-sama dengan orang-orang yang sabar menghadapi ujian dari NYA..ALLAH dah makbulkan doa saya..ALLAH dah bagi ketenangan kepada saya..YA ALLAH itulah nikmat terbesar daripadaMU..bila rasa bahagia makan pun banyak dah sekarang ni..tak payah dok fikir masalah..makan punya lah banyak..g timbang berat tengok-tengok 45kg..apa tipu ke alat penimbang ni.tapi 2 3kali timbang memang sah berat ni betol.sejak 10 tahun yang lepas tak pernah berat saya capai sampai tahap tu..paling berat pun 41kg..kalau turun pun 2kg je..tahun lepas masa saya dalam masalah berat saya sampai 33kg je..tinggal tulang seingat saya masa tu.dah setahun berlalu dicampur ditolak kira-kira 12kg berat saya naik dalam tempoh setahun..syukur alhamdulillah..nak merasa jugak jadi gemuk ni..hehehe..ni lah gambar masa remaja dulu time kurus dulu dengan sekarang ni..ada beza la skit..skit je la..tapi syukur^_______^

ni gambar masa umur 22 @ 23 kalau x silap..muka slim je time tu





ni pulak yg sekarang..dagu dah jadi dua..huhuhu





Sunday, December 4, 2011

lawatan ke kilang vantage


hari jumaat lepas saya sempat join PUSPANITA untuk lawatan ke kilang vantage yg terletak di Petaling Jaya..comel je pinggan mangkuk rekaan vantage.harga pun comel gak..emm..paling murah pun dalam RM 50.00..tu piring je sebiji..fuhh..mahal..kalau beli nak berlagak boleh la kot..beli simpan dalam almari.terbeliak mata saya tengok design2 vantage.bukan setakat peralatan dapur je vantage buat..kain langsir pun ada.memang cantik lah..kain satu meter dah beratus-ratus..buat ape lah mahal2 ni ye..dunia je tu.kalau mati tak bawak tu semua..ape-ape pun memang best g kat tempat ni..ktorang bukan main lagi posing kat tingkat atas ruang pameran yang dihias macam rumah..tak boleh buat rumah macam ni pun ambik gambar pun jadilah..


















Thursday, November 24, 2011

Hati yang tersentuh




Entah kenapa hari ini tiba-tiba terasa mahu bercakap soal hati. Orang kata cerita hati adalah subjektif. mungkin. tapi perkara yang subjektif itulah yang orang suka kan? Ini juga kisah mengenai dugaan hati. Manusia memang selalu kalah dengan dugaan, tidak kira besar atau kecilnya bentuk dugaan itu . ehh...dugaan juga perkara yang subjektif kan?..patutlah saya pun suka..hehe.
Manusia cepat lupa bila segala-galanya ada di depan mata. cepat lupa diri.cepat lupa asal-usul. bila lupa asal-usul, lupa diri mula lah terjadi macam-macam, perangai pun pelik-pelik, hati yang dulu kuat juga mula goyang.
Kalau dulu, susah-senang dihadapi bersama, tidak kiralah betapa berat pun dugaan dan betapa hebatnya rintangan , kerana hati masih kuat, perasaan masih kukuh, semuanya sanggup diharungi. Tapi bila saja nama dijulang, wang-ringgit dalam genggaman, hati mula goyah.
kalau dulu ada dua keping hati bersatu mesra kini tidak lagi, hati yang satu lagi itu ditinggal dan tidak dipedulikan, bila nama sudah dijulang, dia lupa dan dia tinggalkan sekeping hati itu, sebab dia sudah mula melihat ada berkeping-keping lagi hati yang mudah untuk dicapai. hati yang lebih gebu untuk digenggam dan lebih lembut untuk dijamah.
Itulah manusia yang lupa diri. hati manusia yang mudah goyang, kalah pada godaan wang ringgit dan nama yang dijulang.Mungkin kerana dia lupa, sekeping hati yang merah kerana cintanya itu pernah mengharungi pahit-getir bersama kini sedang berdarah dan menangis juga kerana cintanya yang goyah.
Kepada hati yang melukai itu, ingatlah kisah gembira bersama hati gebu itu tidak selamanya berwarna-warni indah seperti pelangi, satu hari akan pudar juga warna ceria itu. Kepada hati yang dilukai itu, berhentilah dan jangan biarkan hati itu terus menangis, esok-lusa, cepat atau lambat, pasti ada hati baru yang lagi ranum mahu datang mengisi dan mengubati.
* Ceroten diatas BUKAN lah coretan saya tetapi seorang insan bernama Mida di blognya - http://didamumin.blogspot.com/

Sebenarnya saya agak tersentuh dengan entry kak Mida ni. dan banyak lagi entry-entry lain yang saya baca kebelakangan ni. sekarang ni lebih kepada mood nak baca entri orang dari nak buat entry sendiri. nak tinggalkan komen macam malu plak. hehe.

SAHABAT MAYA SHIDA

slideshow

My Journey Slideshow: Rashida’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to 2 cities Putrajaya and Bangi was created by TripAdvisor. See another Malaysia slideshow. Create a free slideshow with music from your travel photos.

muka buku shida

kisah aku

get this widget here

kata-kata hikmah

Carilah hikmah dalam setiap ketentuan tuhan,supaya timbul rasa kesabaran dan kesyukuran...stiap yang payah itu pasti ada kesenangan,stiap kesabaran itu pasti ada ganjaran...jika sesuatu itu di takdirkan untuk kita,tiada siapa boleh beri halangan,namun jika sesuatu itu bukan di takdirkan untuk kita,pasti xkan kita dapat walaupun sudah dalam genggaman....berharap lah pada ALLAH kerana DIA MAHA KEKAL....

firman ALLAH

Katakanlah (wahai Muhammad):Wahai hamba-hambaku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat),janganlah kamu berputus asa dengan rahmat Allah,kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa. Sesungguhnya Dialah jua yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani (Al-Zumar;53)

twitter

SEHARI SEPOTONG AYAT

.