Islam mengajar manusia supaya memohon dan meminta hanya kepada Allah S.W.T. Jangan meletakkan harapan sesama manusia kerana manusia adalah sesama makhluk, tiada bezanya antara yang minta pertolongan dan yang dipinta pertolongan. Sebab itulah di dalam Al-Quran Allah S.W.T mendidik manusia melalui firman-Nya yang bermaksud:
“Engkaulah yang aku sembah dan hanya Engkaulah tempat aku memohon.”
~Surah Al-Fatihah ayat 5~
Demikian Allah S.W.T. mengasuh hamba-Nya supaya menumpukan keimanan hanya kepada-Nya, jauhi segala sifat syirik kerana Tuhan itu Maha Esa tidak boleh disekutukan dengan makhluk. Hanya agama Islam yang mengajar bagaimana seharusnya beribadah kepada Allah S.W.T. Dia yang wajib disembah dengan ibadah khususiah, bagi melahirkan sifat taat yang sepenuhnya. Ketaatan itu sama ada dengan melakukan suruhan-Nya, mahu pun meninggalkan segala larangan-Nya. Islam mengajar tentang sifat ubudiyah terhadap Allah S.W.T. kerana Allah yang menciptakan manusia dan alam semesta ini serta pelbagai prasarana. Manusia jenis makhluk yang perlu bernafas, untuk itu Tuhan ciptakan udara. Apabila manusia dahaga mereka perlukan minuman, maka Allah S.W.T sediakan air yang diturunkan dari langit dan juga air yang mengalir dari tanah tinggi melalui sungai-sungai dan bertakung di tasik dan danau. Dengan air itu juga Allah S.W.T menumbuhkan tumbuh-tumbuhan. Apabila lapar maka Allah S.W.T tumbuhkan pepohon yang menghasilkan buah-buahan. Manusia perlu melihat dan menikmati keindahan alam maya, lalu Allah S.W.T datangkan matahari yang memancarkan cahaya, tanpa cahaya sudah pasti pancaindera tidak akan berfungsi.
Allah S.W.T yang mencipta kesemua itu tanpa diminta, agar segala ciptaan Allah S.W.T itu akan memudahkan tugas manusia untuk berbakti kepada-Nya. Dengan kesedaran itu akan menjadi asas bagi manusia bersyukur terhadap segala ciptaan dan nikmat-Nya.
Oleh itu sebagai anak Adam, kita sepatutnya sedar dari mana kita datang dan kepada siapa kita dikembalikan. Firman Allah S.W.T yang bermaksud :
“Oleh itu akuilah kesucian Allah (dengan mengucapkan Subhanallah) Tuhan yang memiliki dan menguasai tiap-tiap sesuatu dan kepada-Nyalah kamu semua dikembalikan.”
–Surah Yaasin ayat 83-
Sekian, buat renungan kita bersama.

Ketidakmampuan itu adalah mala petaka, kesabaran adalah keberanian,
zuhud adalah kekayaan, pengendalian adalah perisai (terhadap dosa)
dan sahabat baik dalam penyerahan kepada Allah SWT
~Saiyyidina Ali~

0 comments:
Post a Comment