Bismillah.
saya tak faham biarpun saya cuba fikir hingga kedua kening saya bertemu. saya masih tak faham kenapa apabila kejahatan itu sering kali dibalas dengan kejahatan.
ya, saya tahu untuk score A++ dalam matematik mungkin satu benda yang sukar kerana sudah hampir 4 tahun saya tidak menyentuh subjek matematik. tapi saya rasa setakat asas matemaik tu, masih lagi dalam genggaman memori saya. jika kejahatan di darab dengan kejahatan maka yang ada hanya kejahatan kuasa dua.
kenapa kejahatan itu tak didarab dengan kebaikkan ye? sebab nanti jawapan nya ialah kejahatan-kebaikan. dan sebab kebaikan dan kejahatan tidak boleh berlaku pada linear masa yang sama ke? ye la mana ada orang lakukan kebaikkan pada masa yang sama lakukan kejahatan. betul tak? saya pn tak dapat bagi contoh macam mana orang itu boleh buat kebaikkan dan kejahatan sekali gus.
nak dikatakan kalau wanita ini melacur diri kerana nak tampung perbelanjaan kuliah. 1.melacur itu dosa (kejahatan) 2. sambung belajar (kebaikkan). . jadinya, amat mustahil la untuk kejahatan berada paralel dengan kebaikkan. kan? sebab itu saya tak dapat cari contoh dimana seorang itu dalam melakukan kejahatan melakukan kebaikkan juga.
tapi situasi itu adalah berbeza dengan yang saya ingin keutarakan. mengapa bila seseorang itu melakukan kejahatan kepada kita, kita sering kali terlatah untuk membalas dengan perbuatan yang sama dilakukan orang itu. sebab sakit sama dirasa, kejahatan sama dibalas. barulah adil. (adil la sangat. dari sudut mana adil itu pun saya tak nampak)
kenapa dalam situasi tersebut kejahatan tidak dibalas dengan kebaikkan? bila seseorang itu memperlakukan kita dengan buruk, kita berbaik sangka dan memaafkan. itu lebih senang kan? daripada nk fikir dan plan macam mana nk balas dendam. habis masa dan tenaga + dapat dosa je..
seorang ustazah saya pernah pesan pada saya (ustazah ni ajar kat Intec. afwan ustazah lupa nama ustazah). ustazah kata, kalau kejahatan dibalas dengan kejahatan sampai bila-bila pun dunia takkan aman. betul juga. sebab sampai sekarang pun bila perang dibalas dengan perang. nak2 pula bila perang pemikiran dibalas dengan perang pemikiran juga. bila dunia barat lancarkan hub-hub hiburan, Malaysia juga nak lancarkan. bila dunia barat mengagunggkan dunia hiburan, malaysia juga mula memantabkan lagi dunia hiburan. makin seksi makin intim. Astaghfirullah.
sebab itu la saya tak faham. kenapa terjadi seperti itu.
salah ke : kejahatan x kebaikkan = kebaikkn
kejahatan = 1 dan kebaikkan = 0
apapa nilai yg didarab dengan kosong menghasilkan kosong kan. (heh matematik saya tak la teruk sangat tau)
besar mana nilai kejahatan itu, jika dibalas dengan kebaikkan insyaAllah melahirkan kebaikkan. saya rase equation itu sangat lah perfect. sebab al-Quran pun mengiakan nya.
Balaslah perbuatan buruk mereka dengan yg lebih baik. Kami lebih mengetahui apa yang mereka sifatkan.” (Q.S. Al-Mu’minun [23]: 96)
“dan tidak samalah kebaikkan dengan kejahatan. tolaklah (kejahatan itu) dengan cara yang lebih baik, sehingga orang yang ada rasa permusuhan antara kamu dan dia akan seperti teman yang setia” (Q.S Fussilat 41 : 34) <– sangat sweet tau ayat nih.
marilah kita sama-sama cuba equation ni. kejahatan dibalas dengan kebaikkan. formula terbaik dari quran hasil ilmu Allah yang lagi teramat perfect.
walaupun hingga sekarang saya masih lagi tak faham kenapa kejahatan itu ada yg membalasnya dengan kejahatan juga, atleast saya ada bukti kenapa kejahatan perlu dibalas dengan kebaikkan. =).saya kadang2 terfikir buat baik sangat macam kena buli plok..huhuhu..shida shida..apa nk jadi ni
0 comments:
Post a Comment