Monday, January 30, 2012
Mengapa Tuhan?????
Posted by rashidaramli at 10:29 AM 0 comments
Thursday, January 12, 2012
ujian demi ujian
❤.¸ღHarus ada rasa bersyukur..Di setiap kali ujian menjelma..Itu jelasnya membuktikan ..Allah mengasihimu setiap masa..Diuji tahap keimanan.. Sedangkan ramai terbiar dilalaikan..Hanya yang terpilih sahaja..Antara berjuta mendapat rahmatNya..Allah rindu mendengarkan Rintihanmu berpanjangan.. Bersyukurlah dan tabahlah menghadapi segala takdir ..Terimalah dengan hati yang terbuka..Walau terseksa ada hikmahnya..❤~
Posted by rashidaramli at 9:36 AM 0 comments
Wednesday, January 11, 2012
Tuesday, January 10, 2012
tahun baru usia pun makin meningkat
Posted by rashidaramli at 10:36 AM 0 comments
Sunday, January 8, 2012
BERDAMAILAH DENGAN TAKDIR…
Posted by rashidaramli at 7:24 AM 0 comments
Tuesday, January 3, 2012
Ustaz Azhar Idrus & Zizan Raja Lawak - Jadi Menantu UAI (1/1/2012)
Posted by rashidaramli at 5:22 PM 0 comments
Monday, January 2, 2012
Shahir feat. Sham Kamikaze - Aku Yang Berdosa (Lagu Baru 2012)
Posted by rashidaramli at 4:41 PM 0 comments
Azam patut seimbang usaha cari reda Ilahi
KITA sekali lagi diberi peluang melangkah kaki ke tahun baru Masihi 2012. Sama ada sedar atau tidak, kedatangan tahun baru menandakan usia meningkat dan kita kian menghampiri saat kematian.
Sudah menjadi tradisi, apabila tiba tahun baru, kita menyambutnya dengan semangat baru, diari baru dan segalanya baru. Sebenarnya dalam Islam tiada istilah tahun baru atau lama kerana kita sentiasa dituntut taat kepada Allah setiap masa, dari awal tahun hingga akhir tahun, daripada umur baligh hingga ke liang lahad.
Setahun berlalu pasti melakarkan catatan penting yang boleh dijadikan iktibar. Jika tahun lalu, banyak kepincangan dalam hidup kita secara disengajakan atau tidak, maka tahun ini kita berazam tidak mengulangi kepincangan sama.
Jika tahun lalu kita menempa kejayaan, maka tahun ini biar kita mencipta kejayaan lebih baik kerana seseorang Muslim sentiasa mengarahkan diri ke arah lebih baik, seperti kata Saidina Umar: “Celakalah bagi Muslim yang hari ini lebih buruk daripada semalam dan esok lebih buruk daripada hari ini.”
Sesuatu yang lumrah, tahun baru sering dikaitkan dengan soalan, apakah azam dan cita-cita tahun baru? Golongan artis pasti memasang azam lebih cemerlang dalam lagunya dan menghasilkan filem atau album lebih meletup.
Ahli perniagaan pula bercita-cita mengembangkan perniagaan agar mendapat keuntungan berlipat ganda, manakala ahli sukan menggandakan lagi usaha menempa nama negara di mata dunia.
Amat jarang kita dengar, orang menyuarakan cita-cita menjadi hamba Allah lebih bertakwa, lebih pemurah, lebih patuh atau taat kepada hukum Allah dan lebih menghayati ajaran Islam secara syumul.
Tidak salah menanam azam tetapi biar seimbang dalam usaha mencari kecemerlangan dunia dan akhirat. Selain itu, usaha bersungguh-sungguh perlu disusuli supaya azam menjadi realiti. Firman Allah SWT dalam Surah ali-Imran, ayat 159 yang bermaksud: “Maka apabila engkau berazam, bertawakallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah mengasihi orang yang bertawakal kepada-Nya.”
Perkara lain yang perlu diberi perhatian serius ialah pengisian sambutan tahun baru. Kita bimbang dan sedih apabila melihat sambutan tahun baru sering dicemari dengan upacara penuh unsur maksiat yang jelas menyalahi hukum dan menyimpang daripada adat dan budaya Melayu.
Ada pihak menganjurkan sambutan dengan acara nyanyian yang melalaikan, minum arak dan pergaulan bebas.
Penganjuran seumpama ini membuka satu lagi ruang bagi mengundang kemurkaan Allah SWT. Maka sudah muda-mudi yang dahagakan hiburan akan terpikat dengan program ini. Maka terlena dan hanyutlah mereka sehingga ada yang tenggelam dalam maksiat.
Sepatutnya tahun baru disambut penuh rasa syukur kepada Allah dengan berdoa atau menganjurkan majlis ilmu yang boleh membina minda untuk lebih mendekatkan diri kepada Allah SWT. Marilah kita jadikan tahun baru ini titik tolak untuk memperelokkan akhlak dengan mencontohi peribadi Rasulullah SAW
Diharapkan juga tahun baru ini menjadi tahun kegembiraan. Dalam mengimpikan hasrat ini, usaha dan tekad perlu selari kerana kejayaan tidak datang bergolek. Begitu juga dengan kebaikan, tanpa azam dan pegangan kukuh pada nilai murni, ia tidak akan dapat dicapai.
Penulis ialah guru Pendidikan Islam di Sekolah Kebangsaan Satak, Raub, Pahang
Posted by rashidaramli at 1:06 PM 0 comments
Ceramah Ustaz Azhar Idrus feat Zizan sempena Kempen Anti Zina (Ambang ta...
Posted by rashidaramli at 1:23 AM 0 comments
untuk peringatan diri sendiri jugak:::
lucu ya....
~✿..duit RM50 kelihatan begitu besar bila dibawa ke kotak derma masjid, tapi begitu kecil bila dibawa ke StarHill, MegaMall dan seangkatan dengannya...
~✿..30 minit terasa begitu lama untuk berzikir, tetapi begitu pendek untuk menonton drama2 di televisyen...
~✿..betapa lamanya 2 jam berada di masjid, tetapi betapa cepatnya 2 jam ketika menonton wayang di panggung.
~✿..susah sungguh merangkai kata untuk dipanjatkan doa ketika solat, tapi betapa mudahnya cari bahan bersembang bila bertemu kawan-kawan.
~✿..betapa seruan dan teriakan yang berpanjangan waktu perlawanan bola sepak, tapi betapa bosannya bila imam solat terawikh bulan Ramadhan lama dan panjang.
~✿..~susah sangat baca al-Quran 1 juzuk saja, tapi majalah hiburan dan novel best seller 100 halaman pun habis ditelaah.
~✿..orang berebut duduk depan untuk menonton bola dan konsert, tapi berebut saf paling belakang bila solat Jumaat supaya boleh cepat keluar.
~Adakah hidup kita sekadar untuk bergembira. Sekadar renungan untuk mereka yang sudi mengambil iktibar. ~
Posted by rashidaramli at 1:15 AM 0 comments
Sunday, January 1, 2012
go genting part 2
Posted by rashidaramli at 6:18 PM 0 comments