CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

About Me

My Photo
rashidaramli
*¨`*•. (¯`v´¯) (¯`v´¯) .•*¨`*•✿ ♥ . . ♥ ✿ •*¨`*•.¸(¯`vاﷲِ ℯ¸.•*´¨`*•.اﷲِ¸ℒℴνℯ•♪ღ♪ اﷲِ Ambil waktu untuk berfikir,itu adalah sumber kekuatan.Ambillah waktu untuk beriman,itu adalah rahsia dari masa muda yg abadi.Ambillah waktu untuk berdoa,itu adalah sumber ketenangan.Ambillah waktu untuk belajar,itu adalah sumber kebijaksanaan.Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai,itu adalah hak istimewaan ...yang diberi Allah.Ambillah waktu untuk bersahabat,itu adalah jln menuju kebahagiaan,Ambillah waktu untuk bertaqwa,itu adalah muzik yang menggegarkan hati.Ambillah waktu untuk memberi,itu dapat membuat hidup terasa beerti,ambillah waktu untuk bekerja,itu adalah nilai keberhasilan.Ambillah waktu untuk beramal,itu adalah kunci menuju SYURGA.... *¨`*•. (¯`v´¯) (¯`v´¯) .•*¨`*•✿ ♥ . . ♥ ✿ •*¨`*•.¸(¯`vاﷲِ ℯ¸.•*´¨`*•.اﷲِ¸ℒℴνℯ•♪ღ♪
View my complete profile

Wednesday, February 29, 2012

Ujian Bukan Sekadar Menguji

Selalu orang cakap hidup bagaikan roda. Tak selalunya kita di atas. Mungkin esok lusa kita di bawah. Tapi adakah itu alasan untuk kita terus mengalah?
Cuba fikirkan kembali ketika kita masih muda, mungkin semasa kita kanak-kanak? Bukankah hidup ini mudah dan seronok bagi kita? Semuanya adalah mungkin, boleh saja dilakukan jika ada kemahuan.
Tapi dalam kita membesar, perkara-perkara yang dahulunya mudah belaka telah menjadi susah lagi menyusahkan. Kenapa ya?

Mungkinkah kita telah dewasa dan mengetahui bahawa betapa susahnya untuk merealisasikan sesebuah perkara?

Ujian untuk Menguji.
Ujian dan dugaan yang menimpa, bukanlah sesuatu yang dapat kita ketahui sebelumnya ianya berlaku.
Allah taala menguji hambaNya dengan ujian yang hambaNya boleh terima. Maka sabar dan senyumlah. Lain orang lain ujiannya.

Allah taala takkan menguji hambaNya jika hambaNya itu tidak mampu. Maka jika kita terpilih untuk melalui ujian itu tempuhlah dengan penuh redha dan tawaduk.


"Sangat mengagumkan kepada seorang mukmin, sebab segala keadaannya untuk ia sangat baik, dan tidak mungkin terjadi demikian kecuali bagi seorang mukmin: jika mendapat nikmat ia bersyukur, maka syukur itu sangat baik baginya dan bila menderita kesusahan ia bersabar, maka sabar itu lebih baik baginya." (Hadis riwayat Muslim)
Setiap perkara yang berlaku, baik buruk mahupun baik, ada hikmahnya. Andai kita gagal dalam ujian ini, mungkin ada hikmahnya. Allah ada perancangan yang lebih baik untuk kita, lebih baik daripada perancangan manusia untuk diri sendiri.
Namun, kita hidup dengan manusia. Terarah dengan jangkaan, harapan dan sangkaan manusia. Sedar atau tidak, kita terpaksa memenuhi semua tuntutan itu. Sehingga kita mungkin lupa yang kehendak Allah jauh melangkau segalanya.
Sesungguhnya, jalan menuju syurga itu adalah dengan kesabaran. Sebab itu, Nabi telah bersabda : "Manusia yang paling berat ujiannya adalah para nabi, kemudian yang terbaik sesudah mereka, kemudian yang terbaik sesudah mereka. Seseorang diuji sesuai kadar agamanya. Jika agamanya kuat, ujiannya berat. Jika agamanya lemah, dia diuji sekadar agamanya. Ujian terus mendera hamba sampai membiarkannya berjalan di muka bumi tanpa menyandang sedikit pun dosa."
Ya Allah, bila membacanya entah mengapa hati rasa berbunga-bunga. Para sahabat sahabiah dulu, mereka sangat risau bila diri diuji. Mungkin ada yang mahu diuji dan ada yang takut bila diuji.
Namun dengan segenggam kepercayaan bahawa Allah tidak akan menguji hamba-Nya sesuatu yang hamba-Nya tidak mampu pikul. Dan ya, kehidupan sememangnya mengajar erti redha, sabar, tawakal, berharap pergantungan sepenuhnya kepada Allah dan bermacam-macam lagi.

Banyak saja cara Allah nak didik kita. Nak tarbiyyah kita. Semoga Allah akan terus mendidik kita ketika iman masih menebal. Mudahan perasaan cinta kita kepada sang Khaliq akan semakin bertambah.

Monday, February 27, 2012

Ramlah Ram ft Sleeq- Sesaat Kau Datang ~lirik~


macam kena dgn jiwa je..lirik yg menarik..layannnnn

Surat Dari Perindu Ilahi

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani,
Masa saya mula menulis . Hati saya tenang, jiwa saya selesa. Berbanding dengan jiwa saya sebelum ini. Jiwa saya yang meracau-racau, yang hari-hari meminta pada matahari supaya terus membakar diri saya supaya hilang dari muka bumi ini, yang berjalan-jalan tanpa arah di bandaraya Kuala Lumpur dan memanjat tangga-tangga bangunan lama untuk ke rooftop yang saya anggap merupakan tempat paling indah di dunia.
Dulu, saya suka pada warna kelabu, kerana saya mahukan suram pada kelabu itu. Saya sukakan langit yang mendung, kerana saya tahu jiwa saya mendung, dan saya suka pada sesuatu yang lusuh , kerana saya mahu satu dunia tahu betapa lusuh dan buruknya diri dan jiwa saya.
Tapi itulah realitinya. Itulah saya yang hilang , Yang sengaja mahu menjauhkan diri pada Tuhan yang satu, yang jatuh dan mahu terus jatuh.
Tak bersyukur kan??

Namun apa yang pasti, saya kini, menangis pada Ilahi dan tersenyum pada mentari.
Kerana apa yang saya cari selama ini, yang tak pernah saya jumpa di tepi-tepi jalan atau di lorong-lorong kecil akhirnya saya ketemu. Saya ketemu.
Dengan nama Tuhan pemilik seluruh alam, tiada apa yang pernah membuatkan saya tidur sebegini nyenyak, dengan mimpi bermain di taman indah bersama sang kancil melainkan setelah saya kembali kepada Tuhan yang maha penyayang, Allah s.w.t.
Alhamdulillah, Allah itu maha pemurah, diberinya saya berlimpah-limpah keindahan selepas saya redha hati bersujud sepenuh padanya. Dan menangis melihat kecantikan semua ciptaannya.
Saya kini sepenuhnya berserah diri pada Allah yang maha-esa.
"Aku bersumpah bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan Nabi Muhammad s.a.w itu pesuruh Allah"
Ameen

Wednesday, February 8, 2012

BENARKAH TUHAN TIDAK ADIL???

Seseorang mengeluh kepada ustaz,:"Dimanakah keadilan Tuhan? telah lama aku meminta dan memohon kepadaNYA namun DIA tidak pernah kabulkan permintaanku. Aku solat,puasa,bersedekah,berbuat baik dengan ibubapa dan semua orang,pendek kata semua hal-hal yang baik telah aku lakukan, padahal temanku yang ibadahnya kacau bilau,bicaranya kasar dan menyinggung perasaan orang tapi apa yang dimintanya Tuhan makbulkan dengan cepat. OH..TUHAN TIDAK ADIL!!!"

Ustaz itu pun bertanya kepada orang itu,: "Pernah engkau didatangi pengemis?
Orang itu pun menjawab,"Sudah tentu..."

Ustaz itu pun menerangkan kepadanya" Bayangkan pengemis itu datang dengan penampilan buruk,berbau busuk dan nyanyianya pulak memekakkan telinga. Apa yang engkau akan lakukan?

Orang itu pun menjawab," Akan aku segerakan berinya wang agar pengemis itu cepat-cepat berlalu dariku."

Ustaz itu pun bertanya lagi, "Jika pengemis itu wangi,penampilannya baik dan menyanyi dengan suara yang merdu, apa yang engkau akan lakukan?

Lelaki itu pun berkata," Sudah tentu aku akan mendengar nyanyiannya sampai habis lagu yang dia nyanyikan itu dan akan aku minta dia mengulangi nyanyiannya lagi,"....sambil tertawa orang itu.

Ustaz itu pun senyum lalu berkata:

Jika begitu....sudah tentu Tuhan juga akan bersikap begitu kepada kita hambaNya.
Jika ada manusia yang berakhlak buruk dan dibenciNYA berdoa dan memohon kepadaNYA, mungkin DIA firmankan kepada para malaikat..:"Cepat berikan apa yang dia minta, AKU muak dengan permintaanya."

Tetapi jika hamba yang soleh dan solehah yang baik-baik dalam semua hal menadah tangan, mungkin sahaja Tuhan berfirman kepada para malaikatNYA,: "TUNGGU...TUNDA DULU APA YANG DIMINTANYA, AKU MENYUKAI DOA-DOANYA, AKU MENYUKAI ESAK TANGISNYA, AKU TIDAK INGIN DIA MENJAUH DARI-KU SETELAH MENDAPAT APA YANG DI PINTANYA. AKU INGIN MENDENGAR TANGISNYA KERANA AKU MENCINTAINYA."

P/S....: Oleh itu sahabatku, SENTIASALAH kita BERSANGKA BAIK DENGAN ALLAH dalam SETIAP PERKARA.

SAHABAT MAYA SHIDA

slideshow

My Journey Slideshow: Rashida’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to 2 cities Putrajaya and Bangi was created by TripAdvisor. See another Malaysia slideshow. Create a free slideshow with music from your travel photos.

muka buku shida

kisah aku

get this widget here

kata-kata hikmah

Carilah hikmah dalam setiap ketentuan tuhan,supaya timbul rasa kesabaran dan kesyukuran...stiap yang payah itu pasti ada kesenangan,stiap kesabaran itu pasti ada ganjaran...jika sesuatu itu di takdirkan untuk kita,tiada siapa boleh beri halangan,namun jika sesuatu itu bukan di takdirkan untuk kita,pasti xkan kita dapat walaupun sudah dalam genggaman....berharap lah pada ALLAH kerana DIA MAHA KEKAL....

firman ALLAH

Katakanlah (wahai Muhammad):Wahai hamba-hambaku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat),janganlah kamu berputus asa dengan rahmat Allah,kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa. Sesungguhnya Dialah jua yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani (Al-Zumar;53)

twitter

SEHARI SEPOTONG AYAT

.