CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

About Me

My Photo
rashidaramli
*¨`*•. (¯`v´¯) (¯`v´¯) .•*¨`*•✿ ♥ . . ♥ ✿ •*¨`*•.¸(¯`vاﷲِ ℯ¸.•*´¨`*•.اﷲِ¸ℒℴνℯ•♪ღ♪ اﷲِ Ambil waktu untuk berfikir,itu adalah sumber kekuatan.Ambillah waktu untuk beriman,itu adalah rahsia dari masa muda yg abadi.Ambillah waktu untuk berdoa,itu adalah sumber ketenangan.Ambillah waktu untuk belajar,itu adalah sumber kebijaksanaan.Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai,itu adalah hak istimewaan ...yang diberi Allah.Ambillah waktu untuk bersahabat,itu adalah jln menuju kebahagiaan,Ambillah waktu untuk bertaqwa,itu adalah muzik yang menggegarkan hati.Ambillah waktu untuk memberi,itu dapat membuat hidup terasa beerti,ambillah waktu untuk bekerja,itu adalah nilai keberhasilan.Ambillah waktu untuk beramal,itu adalah kunci menuju SYURGA.... *¨`*•. (¯`v´¯) (¯`v´¯) .•*¨`*•✿ ♥ . . ♥ ✿ •*¨`*•.¸(¯`vاﷲِ ℯ¸.•*´¨`*•.اﷲِ¸ℒℴνℯ•♪ღ♪
View my complete profile

Sunday, July 31, 2011

RUPA KIAMAT-BACALAH..

*Pesanan : Belajarlah menghabiskan pembacaan sehingga titik akhir. Itu ciri manusia berguna.

Gambaran Hari Kiamat

Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri

Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya “Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?” Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya “Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa.” Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut “Ajbuz Zanbi” yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.

Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka.

Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.

Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:

1- Pemimpin yang adil.
2- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.
3- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.
4- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
5- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata “Aku takut pada Allah”.
6- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).
7- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.

Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara “pergilah berjumpa dengan para Nabi”.

Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.

Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.

Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga ‘Arasy itu tiba dibumi.

‘Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.

Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari ‘Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.

Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & ‘Atid / Kiraman Katibin.

Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.

Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.

Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.

Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.

Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta’ala dengan Maha Bijaksana.

Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.

Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :

1- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.
2- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.
3- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.
(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)

Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.

Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.

Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.

Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.

(Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.)

Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW: ? Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. ? Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :

Sedekah/amal jariahnya.
Doa anak²nya yang soleh.
Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.
sumber daripada : Amar Mohd Sufian

ARTIKEL DARI: ohaduhai.com

DIPERSILAKAN KEPADA YANG NAK BERKONGSI
JAZAKALLAH :)



selamat berpuasa

Assalammualaikum..slmt menaiki penerbangan RAMADHAN AIRLINES !! pesawat anda bnombor 1432H akan berlepas dgn ketinggian 30/30 hari ke ats permukaan haus & lapar. Para penumpang di WAJIB kan untuk memasang niat puasa & menegakkan kerusi anda yg bernama Solat dan hidangan Al-Quran setiap masa. Saya selaku pilot yg bertugas mengucapkan Selamat Menunaikan Ibadah Puasa. Penerbangan anda akan berlepas setelah masuk maghrib hari ini..harap bersabar..

Saturday, July 30, 2011

10 Wasiat Imam Syafie

SEBELUM Imam Syafie pulang ke rahmatullah, beliau sempat berwasiat kepada para muridnya dan umat Islam seluruhnya. Berikut ialah kandungan wasiat tersebut: 

"Barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat maka hendaklah ia mengamalkan sepuluh perkara." 

PERTAMA: HAK KEPADA DIRI.
Iaitu: Mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.

KEDUA: HAK KEPADA MALAIKAT MAUT
Iaitu: Mengqadhakan kewajipan-kewajipan yang tertinggal, mendapatkan kemaafan dari orang yang kita zalimi, membuat persediaan untuk mati dan merasa cinta kepada Allah.

KETIGA : HAK KEPADA KUBUR Iaitu : Membuang tabiat suka menabur fitnah, membuang tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat Tahajjud dan membantu orang yang dizalimi.

KEEMPAT: HAK KEPADA MUNKAR DAN NAKIR 

Iaitu : Tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati.

KELIMA : HAK KEPADA MIZAN
(NERACA TIMBANGAN AMAL PADA HARI KIAMAT) 

Iaitu : Menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menanggung kesusahan.

KEENAM : HAK KEPADA SIRAT
(TITIAN YANG MERENTANGI NERAKA PADA HARI AKHIRAT) 

Iaitu : Membuang tabiat suka mengumpat, bersikap warak, suka membantu orang beriman dan suka berjemaah.

KETUJUH : HAK KEPADA MALIK (PENJAGA NERAKA) 
Iaitu : Menangis lantaran takutkan Allah SWT, berbuat baik kepada ibu bapa, bersedekah secara terang-terangan serta sembunyi dan memperelok akhlak.

KELAPAN : HAK KEPADA RIDHWAN (MALAIKAT PENJAGA SYURGA)

Iaitu : Berasa redha dengan Qadha' Allah, bersabar menerima bala, bersyukur ke atas nikmat Allah dan bertaubat dari melakukan maksiat.

KESEMBILAN : HAK KEPADA NABI S.A.W 
Iaitu : Berselawat ke atas baginda, berpegang dengan syariat, bergantung kepada as-Sunnah (Hadith), menyayangi para sahabat, dan bersaing dalam mencari keredhaan Allah.

KESEPULUH : HAK KEPADA ALLAH SWT 
Iaitu : Mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.

Sampaikan kepada semua mereka yang kita kenali agar ilmu ini tersebar dan kita dapat bersama-sama mengamalkannya.

" Ya Allah... berilah petunjuk kepada kami agar kami sentiasa berada lurus di jalan Mu...Amin.." .

-----------------
hijrahku mendokong impian, pulangku membawa kejayaan...salam ukhwah buat semua

Friday, July 29, 2011

FADHILAT RAMADHAN

Bulan Ramadhan merupakan bulan yang mempunyai banyak kelebihan. Kedatangannya selepas dua bulan yang juga tidak kurang keistimewaannya iaitu Rejab dan Sya'ban. Bagi tujuan menyuburkan rasa tanggungjawab dan rasa ingin menambahkan ibadat kepada Allah sepanjang Ramadhan ini, di sini dibawa beberapa hadis yang menceritakan mengenai kelebihannya.

1. Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan.
(Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi)

2. Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud: Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu.
(Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi)

3. Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : Sesiapa yang mendirikannya (puasa) dengan penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya segala dosanya yang telah lalu.
(Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e,Malik,Ahmad dan Baihaqi)

4. Daripada Abu Hurairah telah berkata: Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud: Sembahyang yang difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan bulan kepada bulan(iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa antara keduanya melainkan tiga golongan : Syirik kepada Allah, meninggalkan sunnah dan perjanjian (dilanggar). Telah berkata Abu Hurairah : Maka aku tahu perkara itu akan berlaku, maka aku bertanya: Wahai Rasulullah! adapun syirik dengan Allah telah kami tahu, maka apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah? Baginda S.A.W bersabda : Adapun perjanjian maka engkau membuat perjanjian dengan seorang lain dengan sumpah kemudian engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya dengan pedang engkau, manakala meninggal sunnah maka keluar daripada jamaah(Islam).
( Hadis riwayat Ahmad, Al-Hakim, dan Baihaqi)

5. Daripada Abi Soleh Az-zayyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata: Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Setiap amalan anak Adam (melainkan puasa) baginya  maka ia untukKu dan Aku akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri (bercumbu dengan isterinya) pada hari itu dan tidak meninggikan suara.Sekiranya dia dihina atau diserang maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri nabi Muhammad ditanganNya maka perubahan bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya.
(Hadis riwayat Imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Habban dan Baihaqi)


selamat menyambut bulan ramadhan sahabat2 saya semua..semoga ramadhan kali ini dapat ditempuhi dengan keimanan dan keikhlasan..insyaALLAH..barakallahu fikk

dosaku pada abah

salam ukhwah fillah..semoga hidup kita sentiasa di bawah rahmatNYA..

seharian suntuk berada di BAngi amat memenatkan..ditugaskan sebagai urusetia kpd pertandingan KIK peringkat kementerian dan agensi2..amat memenatkan..Alhamdulillah majlis selama 3 hari berjalan lancar walaupun ada sedikit kecacatan..kerna yang baik itu dari  ALLAH SWT..kepada yang menang diucapkan tahniah dan kepada yg kalah jangan putus asa untuk menyertainya pada tahun depan.adat pertandingan ada kalah ada menang..balik opis buka fb dan terus baca wall kat teratak ukhwah..dan terbaca satu artikel

Doa malaikat Jibril menjelang Ramadhan, "Ya Allah tolong abaikan puasa umat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan kerana dia tidak melakukan hal2 yg berikut.."

◘Tidak memohon maaf terlebih dahulu kpd kedua org tuanya (jika masih ada)

◘Tidak bermaafan terlebih dahulu antara suami isteri

◘Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya

Maka Rasulullah SAW pun mengatakan Amin sebyk 3 kali.

bila baca je artikel tersebut saya terus call abah..sambil menangis saya u memohon ampun dan maaf pada abah..abah bertanya" kenapa nii????..saya menjawab.abah..dosa saya pada abah x dgr apa yang abah larang, pakai seluar jeans..baju ketat dan macam2 lagi..abah cakap abah sentiasa maafkan dosa saya dan anak2 dia yang lain..apalagi laju je air mata ni turun saat kata2 maaf keluar dari abah..teringat akan dosa2 saya pada abah..abah cakap dia sentiasa doakan anak2 nya jauh dari bala dan azab..moga ALLAH makbulkan doa abah..saya pun doakan abah sentiasa sihat dan dipanjangkan umur..xlama lg umur abah dah nak mencecah 63tahun.. abah..insyaallah jika dipanjangkan umur kita berjumpa pada hari raya nanti..tggu kepulangan saya..rindu pada Abah..


Wednesday, July 27, 2011

Bismillah.

saya tak faham biarpun saya cuba fikir hingga kedua kening saya bertemu. saya masih tak faham kenapa  apabila kejahatan itu sering kali dibalas dengan kejahatan.
ya, saya tahu untuk score A++ dalam matematik mungkin satu benda yang sukar kerana sudah hampir 4 tahun saya tidak menyentuh subjek matematik. tapi saya rasa setakat asas matemaik tu, masih lagi dalam genggaman memori saya. jika kejahatan di darab dengan kejahatan maka yang ada hanya kejahatan kuasa dua.
kenapa kejahatan itu tak didarab dengan kebaikkan ye? sebab nanti jawapan nya ialah kejahatan-kebaikan. dan sebab kebaikan dan kejahatan tidak boleh berlaku pada linear masa yang sama ke? ye la mana ada orang lakukan kebaikkan pada masa yang sama lakukan kejahatan. betul tak? saya pn tak dapat bagi contoh macam mana orang itu boleh buat kebaikkan dan kejahatan sekali gus.
nak dikatakan kalau wanita ini melacur diri kerana nak tampung perbelanjaan kuliah. 1.melacur itu dosa (kejahatan) 2. sambung belajar (kebaikkan). . jadinya, amat mustahil la untuk kejahatan berada paralel dengan kebaikkan. kan? sebab itu saya tak dapat cari contoh dimana seorang itu dalam melakukan kejahatan melakukan kebaikkan juga.
tapi situasi itu adalah berbeza dengan yang saya ingin keutarakan. mengapa bila seseorang itu melakukan kejahatan kepada kita, kita sering kali terlatah untuk membalas dengan perbuatan yang sama dilakukan orang itu. sebab sakit sama dirasa, kejahatan sama dibalas. barulah adil. (adil la sangat. dari sudut mana adil itu pun saya tak nampak)
kenapa dalam situasi tersebut kejahatan tidak dibalas dengan kebaikkan? bila seseorang itu memperlakukan kita dengan buruk, kita berbaik sangka dan memaafkan. itu lebih senang kan? daripada nk fikir dan plan macam mana nk balas dendam. habis masa dan tenaga + dapat dosa je..
seorang ustazah saya pernah pesan pada saya (ustazah ni ajar kat Intec. afwan ustazah lupa nama ustazah). ustazah kata, kalau kejahatan dibalas dengan kejahatan sampai bila-bila pun dunia takkan aman. betul juga. sebab sampai sekarang pun bila perang dibalas dengan perang. nak2 pula bila perang pemikiran dibalas dengan perang pemikiran juga. bila dunia barat lancarkan hub-hub hiburan, Malaysia juga nak lancarkan. bila dunia barat mengagunggkan dunia hiburan, malaysia juga mula memantabkan lagi dunia hiburan. makin seksi makin intim. Astaghfirullah.
sebab itu la saya tak faham. kenapa terjadi seperti itu.
salah ke : kejahatan x kebaikkan = kebaikkn
kejahatan = 1 dan kebaikkan = 0
apapa nilai yg didarab dengan kosong menghasilkan kosong kan. (heh matematik saya tak la teruk sangat tau)
besar mana nilai kejahatan itu, jika dibalas dengan kebaikkan insyaAllah melahirkan kebaikkan. saya rase equation itu sangat lah perfect. sebab al-Quran pun mengiakan nya.
Balaslah perbuatan buruk mereka dengan yg lebih baik. Kami lebih mengetahui apa yang mereka sifatkan.” (Q.S. Al-Mu’minun [23]: 96)
“dan tidak samalah kebaikkan dengan kejahatan. tolaklah (kejahatan itu) dengan cara yang lebih baik, sehingga orang yang ada rasa permusuhan antara kamu dan dia akan seperti teman yang setia” (Q.S Fussilat 41 : 34) <– sangat sweet tau ayat nih.
marilah kita sama-sama cuba equation ni. kejahatan dibalas dengan kebaikkan. formula terbaik dari quran hasil ilmu Allah yang lagi teramat perfect.
walaupun hingga sekarang saya masih lagi tak faham kenapa kejahatan itu ada yg membalasnya dengan kejahatan juga, atleast saya ada bukti kenapa kejahatan perlu dibalas dengan kebaikkan. =).saya kadang2 terfikir buat baik sangat macam kena buli plok..huhuhu..shida shida..apa nk jadi ni

Tuesday, July 26, 2011

aku menulis

assalamualaikum sahabat2 sy semua..salam ukhwah fillah..semoga kita semua di bawah lindungan rahmat ALLAH.semoga hari ini lebih baik dr semalam.syukur kita masih diberi nyawa untuk bernafas..satu nikmat yang tak ternilai yang maha luas seluas langit ciptaan ALLAH..moga ALLAH panjangkan umur kita sehingga bulan ramadhan ini yang tinggal 6 hari sahaja lagi.insyaALLAH..

sejak beberapa hari ni saya sibuk dengan kerja..xsempat nk ber'fb' atau nk berblog..lagipun fb dan blogger dah kena blocked kt opis.x sempat nak menulis nak bertanya khabar sahabat2 saya.x sempat nak baca info2 yang berguna kat fb dan blogger2 yang lain.
hari ni saya nak cerita suasana dan situasi kat opis..disebabkan kami KPPK, Jabatan Audit Negara dan Jabatan Imigresen berada di dalam bangunan yang sama, kami terpaksa berkongsi dewan untuk mengadakan majlis2 rasmi. sekarang ni Jabatan Imigresen menyewa dewan dengan KPPK selama 3 bulan untuk program pemutihan PATI..saya tak tahu mcm mana prosuder untuk program tersebut tetapi yang pasti bangunan kami dah macam tempat pelarian warga asing..pagi2 sampai opis penuh dgan mat2 bangla indon dan mcm2 bangsa dgn mcm2 ragam manusia..saya naik takut sebab kumpulan mereka tersangat ramai..hari2 penuh depan bangunan KPPK.baru saya tahu ramai warga asing yang mencari rezeki di sini..rasa simpati pun ada.dlm hati saya berkata mereka sanggup berhijrah sanggup tinggalkan keluarga semata-mata untuk mencari rezeki.kalau saya jadi mereka saya tak sanggup berada di negara orang tinggalkan keluarga..tapi mereka sanggup korbankan semuanya.sedangkan kita yang berada di sini malas berusaha untuk mencari rezeki.mereka boleh hidup boleh makan dengan mencari sesuap nasi di sini..tapi rakyat kita ada yang masih meminta derma dengan cara menipu untuk mendapatkan duit..syukur negara kita masih boleh hidup dalam keadaan aman, dapat makan dan menikmati kurniaan ALLAH dengan mudah..ALHAMDULILLAH.
cukuplah saya berceloteh untuk hari ini..xde idea..ngantok sudah..

sabar itu indah

Renungilah firman ALLAH Taala:
Ertinya:
Maka bersabarlah kamu dengan sabar yang baik.:
Al-Ma'arij-5

Ada ketikanya kamu tertanya-tanya di dalam hatimu,
apakah keindahan yang terdapat di dalam sifat sabar itu?
Ia adalah keindahan jiwa yang tenang dan reda kepada
ALLAH...yang meyakini bahawa ia tidak memiliki sedikitpun
kekuatan...kerana segala sesuatunya berada di tangan
ALLAH...DIA pemilik segala sesuatu dan selainnya adalah
milikNya. Makhluk tidak mampu menolak dengan apa yang
telah ditentukan ALLAH.Dengan itu hati menjadi sabar,
tenang tanpa berkeluh kesah,bersedih apatah lagi bersu-
sah hati.

Bersabar atas kejadian yang menimpa itu indah
Sabar bermanfaat bagi kaum yang ditimpa kepedihan
Sabar sebagai sandaran ketika ditimpa musibah
Bila kamu ditimpa kesusahan sepanjang waktu

Manusia yang sabar akan dipenuhi keperluannya
Dia menuju pintu kebahagian
Kebaikan ada dalam kesabaran
Kesabaran pasti membuahkan hasil pahala

Monday, July 25, 2011

hidayah ALLAH

 

Hidayah itu Milik Mutlak Allah SWT..

Suara hidayah itu sudah acap kali datang menjengah telinga dan menyapa hati kita, namun kesan yang ditinggalkan, hanya kita dan Allah jua yang mengetahuinya. Bukan hati tak pernah berkata ‘aku ingin berubah’, tapi hakikatnya, kita masih lemah, masih terus kalah dengan godaan dan dorongan nafsu yang memperdaya. Nafsu, terus-terusan membisik dan menggodam pelusuk hati.

"Nantilah, kalau dah taubat sekarang, susah nak buat benda-benda yang syok tu lagi.."

"Kejaplah, sikit je lagi nih. Berhenti sekarang tergantunglah pulak!"

"Sat, sat. Muda lagi ni, insyaAllah, banyak lagi masa nak insaf dan bertaubat.."

"Alah… relak lah, belum sampai seru lagi tu…Allah belum nak buka pintu hati aku lagi nih!"

Dan kita terus kalah dengan seribu satu alasan yang dibisikkan syaitan dan nafsu. Dalam sedar bahwa syaitan itu adalah musuh kita yang nyata itu pun, kita masih gagal bangkit dari belenggu keseronokan menangguh taubat, menangguhkan dari bersegera melakukan kebaikan, meninggalkan yang maksiat maupun yang lagha… Sebabnya???

Kita sebenarnya belum benar-benar mau berubah, belum sanggup meninggalkan yang tidak-tidak itu.

Kita yang belum bersedia bertukar haluan, lalu kita cari dan kita cipta alasan demi alasan bagi memurnikan ketidakupayaan kita untuk berubah.

Ada yang sampai menyalahkan orang lain, malah, lebih malang lagi, ada yang sampai menyalahkan Allah sendiri kerana tidak membuka hatinya untuk berubah.

Astagfirullah, Subhanallah. Layakkah kita menyalahkan Allah, sedangkan berbagai ayat (tanda) telah Allah beri kepada kita, berbagai suara telah Allah ‘bisikkan’ juga kepada kita, hanya kita yang tidak mengendahkannya, memejam mata dan memekakkan telinga. Buat-buat tak nampak, buat-buat tak dengar.

Bila terdetik dalam hati keinginan untuk berubah kepada yang lebih baik, itulah tandanya Allah mahu memberi kita hidayah-Nya, asal saja kita sambut ia dengan cara yang selayaknya. Apa cara yang selayaknya? Pening juga kita nak memikirkannya, kan? Tapikan Allah dah tunjukkan cara-cara tu dengan kitab-Nya melalui Rasul-Nya?

Kalau nak berubah, ayuh! tinggalkan yang tidak-tidak itu, bersegera melakukan yang baik-baik, moga-moga terhapus keburukan lalu dan diganti dengan kebaikan kini. Mulakan dengan yang itu dulu, lawan nafsu dan syaitan itu dengan memaksa diri, dengan bermujahadah melawan dan meninggalkan mana-mana yang tak soleh serta terlebih lagha. Dan dalam masa yang sama, perbanyakkan yang soleh lagi baik. Banyakkan sedekah dengan niat yang betul, banyakkan yang sunat disamping memantapkan yang fardhu.

Lalu apa lagi? Yang pasti, doa terus pada Allah, mohon diberi kekuatan melawan nafsu dan syaitan, kerana dari Allah jualah kekuatan itu, dan kita sangat perlu meminta dariNya. Sebagai hamba yang serba lemah, mohonlah pada ‘Tuan’ kita yang serba Agong. Jangan kita menyombong diri dan menyangka sekali kita berupaya meninggalkan kejahatan, kita akan terus dapat meninggalkannya dengan kudrat kita sendiri. Doa tetap perlu diteruskan, hatta berdoa untuk terus dalam keadaan berdoa hingga akhir hayat itulah yang sepatutnya dilakukan. ‘Perbanyakkan doa’, bagi ana maksudnya terus mohon pada Allah supaya kita tetap terus kuat berdoa dan memohon pada Allah. Sesungguhnya kita teramat lemah, segalanya memerlukan pada Allah SWT.

Macam ada konflik pulak di sini. Tajuk tulisan kata HIDAYAH MILIK MUTLAK ALLAH, tapi kita kena buat pulak? Tak ke kalau dah hidayah tu milik Allah, berdoa saja lah sampai Allah beri ‘hidayah’ tu, baru kita boleh berubah….
Macamana tu?

Sebenar-benarnya di sini, tiada sebarang konflik kalau kita mengerti satu perkara, bahawa ALLAH SWT ITU MAHA TAHU, berbanding kita hamba-Nya yang serba tidak tahu. Maka yang tak tahu ni, kena buat cara orang tak tau apa yang akan berlaku dimasa hadapan. Yang kita tahu janji Allah, siapa yang berusaha, dia pasti akan mendapatkannya. Dan kita juga tahu bahwa kita kena berusaha, kemudian berdoa dan bertawakkal kepadaNya. Allah yang Maha Tahu itu tahu sejauh mana kita berusaha, sejauh mana kesungguhan kita untuk berusaha , seikhlas mana kita benar-benar mahu berubah. Maka dengan ILMU-Nya itulah, Dia menetapkan segalanya untuk kita, kerana Dia Yang Maha Tahu. Oleh kerana itulah, segalanya milik Allah jua. Kerana Dia Maha Tahu.

Renungi firman Allah swt dalam Sura Ar Ra’d : 27-28;

“Dan Dia memberi petunjuk ke jalan agamaNya kepada sesiapa yang merujuk kepada-Nya, iaitu orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah. Ketahuilah, dengan zikrullah, hati akan menjadi tenang.”

Wallahu’alam.

Blog : Dalam Menggapai Redha Illahi

tanda-tanda dicintai rabbul jalil

1) Terjaga dari pesona dunia
Allah tidak akan membiarkan orang yang dicintaiNya terpesona dengan dunia dan dunia menguasainya. Jika selama 24 jam dlm sehari, seseorang banyak mengingati Allah, maka itu tandanya Allah mencintainya.

2) Taat beragama
Walaupun seseorang baru melangkah satu langkah menyambut ketaatan kepada Allah dengan menjalankan ajaran agama, maka yang demikian adalah petanda Allah mencintainya.
Nabi SAW bersabda, "Sesungguhnya Allah memberi dunia kepada orang yang mencintai dunia dan juga kepada orang yang tidak mencintainya, tetapi Dia memberi agama hanya kepada orang yang Dia cintai. Barangsiapa diberi agama oleh Allah, maka Dia telah mencintainya."
Jadi, jika seseorang mula tergerak untuk mempelajari dan mengamalkan ajaran agama, maka itu petanda bahawa ia dicintai Allah.




















3) Mendalami agama
Ini juga dapat diperoleh secara bertahap seperti ketaatan beragama. Pada mulanya ia mungkin tidak memahami Islam sedikit pun, kemudian sedikit demi sedikit mula mempelajari Al-Quran dan dasar2 agama, lalu meningkat mempelajari agama secara mendalam, dan akhirnya dikenali sebagai ahli agama.

4) Sikap lemah lembut
Apabila ia dianugerahi sifat lemah lembut sehingga menjadi hamba yang penyantun, maka sebenarnya ia dicintai oleh Allah. Sebaliknya, orang yang tidak mampu mengawal dirinya, walaupun hanya kerana persoalan yang kecil sahaja, ini akan membuatkan ia jauh dari dicintai Allah.





















5) Diberi kemudahan melakukan ketaatan
Allah akan mudahkan jalan2 kebaikan bagi orang2 yang dicintaiNya.

6) Diberi kesulitan melakukan kemaksiatan

Allah akan menutup kesempatan dan jalan2 kepada kemaksiatan bagi orang2 yang dicintaiNya.




















7) Husnul khatimah

Akhir hayat orang yang dicintai Allah akan ditutup dengan pengakhiran yang baik. Ada sebahagian orang yang semasa hidupnya nampak taat pada ajaran agama, akan tetapi ketika meninggal dunia, amal perbuatannya adalah menentang Allah. Kerana itu, sepatutnya setiap orang perlu bimbang akan kematiaannya saat sedang dalam kemaksiatan. Sebaliknya, amal-amal ketaatan hendaklah sentiasa dijaga agar husnul khatimah menjadi penutup usia. ameen.

Sunday, July 24, 2011

UJIAN HIDUP Imam Muda Memecah Tradisi with lyric


Ya Allah...terima kasih atas segala nikmat dan rahmat ujian yang Kau anugerahkan...tanpa ujianMu tiada mungkin ku merasai manisnya iman indahnya hidup bersamaMu...

Saturday, July 23, 2011

11 jenis manusia didoa malaikat

PERCAYA kepada malaikat adalah antara rukun iman. Ada malaikat yang ditugaskan berdoa kepada makhluk manusia dan sudah tentu seseorang yang didoakan malaikat mendapat keistimewaan.
Dalam hidup, kita sangat memerlukan bantuan rohani dalam menghadapi ujian yang kian mencabar. Bantuan dan sokongan malaikat sangat diperlukan. Ketika kita menghadapi masalah, kerumitan, keperluan dan bimbingan, bukan saja kita perlukan kekuatan doa dari lidah, tetapi juga sokongan malaikat. Antara orang yang mendapat doa malaikat ialah:
1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
“Sesiapa yang tidur dalam keadaan suci, malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa: “Ya Allah, ampunilah hamba-Mu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci.”

2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat. Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:
“Tidaklah salah seorang antara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali kalangan malaikat akan mendoakannya: ‘Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia.’”
3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
“Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat ke atas (orang) yang berada pada saf depan.”

4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah:Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
“Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat selalu berselawat kepada orang yang menyambung saf.”

5. Kalangan malaikat mengucapkan ‘amin’ ketika seorang imam selesai membaca Al-Fatihah. Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:
“Jika seorang imam membaca…(ayat terakhir al-Fatihah sehingga selesai), ucapkanlah oleh kamu ‘aamiin’ kerana sesiapa yang ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, dia akan diampuni dosanya yang lalu.”

6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
“Kalangan malaikat akan selalu berselawat kepada satu antara kalian selama ia ada di dalam tempat solat, di mana ia melakukan solat.”

7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah. Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:
“Kalangan malaikat berkumpul pada saat solat Subuh lalu malaikat (yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga Subuh) naik (ke langit) dan malaikat pada siang hari tetap tinggal. “Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu solat Asar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga solat Asar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal lalu Allah bertanya kepada mereka: “Bagaimana kalian meninggalkan hamba-Ku?” Mereka menjawab: ‘Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan solat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan solat, ampunilah mereka pada hari kiamat.’ “

8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
“Doa seorang Muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, malaikat itu berkata ‘aamiin dan engkau pun mendapatkan apa yang ia dapatkan.’”

9. Orang yang membelanjakan harta (infak). Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
“Tidak satu hari pun di mana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali dua malaikat turun kepadanya, satu antara kedua-duanya berkata: ‘Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfak…’”

10. Orang yang sedang makan sahur. Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:
“Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat kepada orang yang sedang makan sahur.”

11. Orang yang sedang melawat orang sakit. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
“Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70,000 malaikat untuknya yang akan berselawat kepadanya di waktu siang hingga petang dan di waktu malam hingga Subuh.”


Friday, July 22, 2011

Jangan bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita!


Apabila kita asyik duduk termenung memikirkan nasib diri di sini, merenung jauh mereka di sana hidup penuh keseronokan dan kegembiraan, namun masih tak sedarkah kita tentang hakikat erti kebahagiaan yang sebenar?

Taubat Sekali, Esok Dosa Lagi | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Taubat Sekali, Esok Dosa Lagi | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Thursday, July 21, 2011

sambungan kekasih agung sedang cemburu

Di Mana Tingkat Cinta Kita?

            Prof. Dr. Syeikh Abdullah Nasih Ulwan di dalam bukunya Islam dan Cinta meletakkan tiga tingkat cinta berdasarkan Surah al-Taubah, ayat 24, iaitu:

1)Cinta agung- cinta kepada Allah, Rasul dan jihad di jalan-Nya.
2)Cinta pertengahan-cinta kepada ayah, anak, saudara, isteri, tempat tinggal, perniagaan dan lain-lain.
3)Cinta rendah- melebihkan cinta pertengahan daripada cinta agung.


           Cinta rendah mendapat ugutan Allah SWT, “Tunggulah, hingga Allah datangkan peringatannya.”
          Di mana letaknya kedudukan cinta pak we dan mak  we? Hmm, tidak masuk senarai pun.
Perhatikan baik-baik, kedudukan cinta rendah, iaitu melebihkan cinta pertengahan daripada cinta agung mendapat ugutan Allah. Padahal apa  yang dilebihkan itu masih lagi cinta kepada yang halal. Itupun sudah mengundang murka Allah. Bagaimana pula jika kita meletakkan cinta kepada yang belum  halal lebih daripada cinta kepada Allah SWT? 
Tidak hairanlah Saidina Abu Bakar amat risau melihat kecintaan anaknya, Abdullah kepada isterinya, Atikah secara berlebih-lebihan. Cinta suami isteri itu adalah cinta yang halal. Namun, apabila Abdullah lebih asyikkan Atikah daripada menyahut panggilan azan di masjid, Abu Bakar meminta puteranya menceraikan Atikah. Atikah itu adalah wanita  yang solehah. Itupun, cinta tulusnya masih mengundang  fitnah. Apapun, ketulusan hati kedua-dua pasangan itu dengan kembali melebihkan cinta Allah berbanding cinta  makhluk menyebabkan Abu Bakar meminta Abdullah merujuk kembali Atikah.
Oh  diri, di mana kedudukan cintamu sekarang ini? Astarghfirullah!

Bila Kita Tak Kisah

            Apabila kita tak ambil kisah tentang kecemburuan Allah SWT, terus mengagungkan makhluk lebih daripada-Nya, bimbang cinta Kekasih Agung akan meninggalkan kita. Teringatkan makhluk itu lumrah namun melebihkan ingatan kepada makhluk berbanding kepada Allah, itu yang mengundang  fitnah.
Azab Allah yang amat berat di dunia ialah apabila Dia memisahkan kita daripada jalan-jalan menuju hidayah, menuju ke syurga. Apabila Allah SWT memisahkan kita daripada kebaikan-kebaikan, maka apa ertinya hidup ini lagi?
         Lebih menakutkan apabila Allah menghilangkan ‘rasa’ yang boleh menyelamatkan hidup kita. Ketika itu, kita biasanya hilang pertimbangan yang wajar dalam mengambil sesuatu keputusan bijak.
Pernah dilaporkan di dalam akhbar bagaimana seorang gadis dengan mudahnya ditipu tanpa sebarang rasa. Gadis itu menunggu abangnya di perhentian bas. Tiba-tiba, sebuah teksi berhenti dan seorang pemuda keluar daripada tempat duduk belakang. Dia meluru kepada gadis itu dan mencaci-maki dirinya,
“Memang sah, kamulah yang curi handphone saya,” tuduhnya. Gadis itu membela diri sambil terpaksa bertebal muka dan menahan malu terhadap orang sekeliling ketika itu,
“Hey, saya tak tahu apa-apa.”
“Kalau kamu rasa kamu betul, mari kita selesaikan di balai polis.”
Gadis itu tanpa curiga terus mengikut lelaki itu menaiki teksi. Teksi membawanya ke sebuah hotel. Akhirnya, dia dirogol di situ.
Kenapa begitu mudah dia ditipu oleh lelaki jahat itu?
Syariatullah, Allah mahukan kita cinta kepada-Nya dan mencintai makhluk hanya  kerana-Nya. Allah mahukan kita tidak melebihkan sesuatu melebihi-Nya. Itu yang Allah mahukan dan itulah target hidup  yang kita perjuangkan.
Sunnatullah, hukum alam pula menyaksikan manusia mudah lalai, mudah alpa, lupa dan lena. Lantaran itulah kita perlu sentiasa menghiasi diri  dengan taubat, bermujahadah setiap  masa sehingga tiba saat bertemu dengan-Nya. Sama-samalah kita mencontohi sensitifnya Rasulullah para sahabat menjaga cinta mereka. Hinggakan ada sahabat yang berasakan dirinya munafiq saat berada jauh dari Rasul tatkala leka bergurau senda dengan keluarga, padahal para sahabat bukanlah ahli dosa. Kita pula bagaimana?  Pernahkah kita  berasa hati kita sensitif  dalam memelihara iman kepada-Nya?

Bagaimana Mereka Menguruskan Cinta

            Ya, ketertarikanmu pada si dia itu lumrah. Fitrah yang Allah hadirkan. Setiap fitrah ada peraturannya. Fitrah makanpun ada peraturan, inikan pula fitrah cinta?
Oleh itu, wajarkah anda mencipta langkah seterusnya tanpa membelek sedikitpun peraturan yang telah Allah tetapkan?
            Sanggupkah dirimu mencipta sebuah kenangan cinta tanpa peraturan? Penuh maksiat hati. Menjalar pula pada maksiat perbuatan.
Remajaku sayang,
Bukan dirimu sahaja yang mengalami rasa cinta malah semua orang tak kan terkecuali termasuk para rasul, sahabat dan orang-orang soleh. Bezanya, bagaimana mereka menguruskan perasaan itu? Bagaimana pula kita menguruskannya?
            Ibnul Qayyim menukil indah di dalam bukunya Raudhatul Muhibbin tentang kisah Saidatina Fatimah Az-Zahra pada malam pertama. Fatimah, puteri Rasulullah si pengantin baru berkata kepada suaminya, Saidina Ali, “Kanda, dulu sebelum kita nikah, dinda teringin sangat nak jadi isteri seseorang. Dinda amat menganguminya.”
            Dengan penuh cemburu, Saidina Ali berkata, “Habis tu, dinda menyesal nikah dengan kanda?”
            Si isteri menjawab nakal dengan senyuman menghias bibir, “ Tak kandaku sayang, kerana orang itu adalah kanda.”
            Kisah ini menjadi salah satu bukti jelas pada kita bahawa puteri Rasulullah sendiri pernah memendam perasaan cinta kepada Saidina Ali. Mengagumi, merindui dan memasang impian hidup bersamanya.
            Namun, adakah si gadis beriman itu berani menghantar surat tanpa pengetahuan wali? Bersms melalui burung merpati? Mengatur ‘dating’ di belakang pohon kurma? Membonceng unta kekasihnya?
            Begitu juga Saidina Ali, adakah dia melalaikan Fatimah dengan janji-janji kosong sebelum menikah? Adakah dia meminta-minta sesuatu daripada Fatimah dengan ayat ‘power’,
“Sayang tak percayakan abang?”
“Kalau sayang mana buktinya?”
Adakah dia meredah hak wali dengan terus mengorat gadis idamannya? Adakah dia terburu-buru merebut cinta Fatimah yang turut diimpikan oleh Saidina Abu Bakar dan Umar dengan membawanya lari? Adakah dia meminang Fatimah ketika tidak membina kualiti diri?
            Kita pula bagaimana menguruskan perasaan fitrah kita pada si dia? Adakah dengan jalan yang menghampiri fitnah atau dengan jalan yang menghampiri barakah?

SAHABAT MAYA SHIDA

slideshow

My Journey Slideshow: Rashida’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to 2 cities Putrajaya and Bangi was created by TripAdvisor. See another Malaysia slideshow. Create a free slideshow with music from your travel photos.

muka buku shida

kisah aku

get this widget here

kata-kata hikmah

Carilah hikmah dalam setiap ketentuan tuhan,supaya timbul rasa kesabaran dan kesyukuran...stiap yang payah itu pasti ada kesenangan,stiap kesabaran itu pasti ada ganjaran...jika sesuatu itu di takdirkan untuk kita,tiada siapa boleh beri halangan,namun jika sesuatu itu bukan di takdirkan untuk kita,pasti xkan kita dapat walaupun sudah dalam genggaman....berharap lah pada ALLAH kerana DIA MAHA KEKAL....

firman ALLAH

Katakanlah (wahai Muhammad):Wahai hamba-hambaku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat),janganlah kamu berputus asa dengan rahmat Allah,kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa. Sesungguhnya Dialah jua yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani (Al-Zumar;53)

twitter

SEHARI SEPOTONG AYAT

.