wahai diri..ketika rasa bersalah singgah di dalam hati pada kali pertama kau berdosa,ketahuilah itu adalah 'peringatan' yang ALLAH bekalkan secara tabii untuk menjaga fitrah insani.itu petanda yang hatimu masih hidup.Penyesalan itu kan syarat taubat?.Maka susulilah dengan syarat kedua dan ketiga (jika dosa itu dengan Allah).jika dosa itu dengan manusia,tambahlah lagi dengan syarat keempat,memohon dengan kadar segera.tidak mengapa jika kau terlanjur berdosa lagi selepas itu.bertambahlah kembali.hatimu akan hidup lagi.selagi ada rasa bersalah,selagi itulah ada saranan untuk kembali kepada ALLAH.jangan putus asa oleh taubat yang patah,kerana kasih sayang Allahakan menumbuhkan taubat kali kedua,ketiga dan seterusnya.
wahai diri..biarlah dirimu jatuh bangun, merangkak tegak,dalam taubat demi taubat yang tidak menjadi berbanding larian dosa yang maju dan laju tanpa henti-henti..lebih baik terbentur, daripada patah.lebih baik hatimu selalu terdera oleh rasa berdosa sepanjang hayat, daripada tertipu oleh nikmatnya yang menyebabkan seksa selamanya di akhirat.
wahai diri..ingatlah..sekalipun kau terhijab daripada mengecapi nikmat ketaatan,tapi jangan sampai kau tertipu oleh nikmat kejahatan.berhati-hatilah menjaga hati.tidak mengapa kau selalu menangis kerana dosa tetapi jangan sampai kau tersenyum kerananya!ingatlah selalu,kejahatan yang menyebabkan kau menangis, lebih baik daripada kebaikan yang menimbulkan rasa takbur.
dan sepanjang sejarah,sentiasa ada teladan..teladan kebaikan yang malar sepanjang zaman..
nota saya: kejahatan yang menyebabkan engkau menangis lebih baik daripada kebaikan yang engkau takbur
0 comments:
Post a Comment