CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

About Me

My Photo
rashidaramli
*¨`*•. (¯`v´¯) (¯`v´¯) .•*¨`*•✿ ♥ . . ♥ ✿ •*¨`*•.¸(¯`vاﷲِ ℯ¸.•*´¨`*•.اﷲِ¸ℒℴνℯ•♪ღ♪ اﷲِ Ambil waktu untuk berfikir,itu adalah sumber kekuatan.Ambillah waktu untuk beriman,itu adalah rahsia dari masa muda yg abadi.Ambillah waktu untuk berdoa,itu adalah sumber ketenangan.Ambillah waktu untuk belajar,itu adalah sumber kebijaksanaan.Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai,itu adalah hak istimewaan ...yang diberi Allah.Ambillah waktu untuk bersahabat,itu adalah jln menuju kebahagiaan,Ambillah waktu untuk bertaqwa,itu adalah muzik yang menggegarkan hati.Ambillah waktu untuk memberi,itu dapat membuat hidup terasa beerti,ambillah waktu untuk bekerja,itu adalah nilai keberhasilan.Ambillah waktu untuk beramal,itu adalah kunci menuju SYURGA.... *¨`*•. (¯`v´¯) (¯`v´¯) .•*¨`*•✿ ♥ . . ♥ ✿ •*¨`*•.¸(¯`vاﷲِ ℯ¸.•*´¨`*•.اﷲِ¸ℒℴνℯ•♪ღ♪
View my complete profile

Monday, August 8, 2011

sujud sebelum musnah

Di atas hamparan sejadah seusai solat Subuh. Aku duduk diam. Memikirkan sesuatu. Lantas, Allah halakan aku pada satu perkara.
"Jika alam dunia ibarat kandungan seorang wanita maka alam akhirat seperti alam dunia ini. Dunia ini adalah ibarat sebuah lubang kecil yang menghubungkan antara alam ruh dengan alam akhirat. Alam dunia diapit oleh dua alam yang memiliki dimensi yang besar sekali yaitu alam ruh dan alam akhirat. Alam ruh adalah alam dimana kita pernah tinggal dan berjanji dan mengakui bahwa Allah S.W.T adalah tuhan semesta alam. Setelah kita dihadirkan oleh Allah S.W.T ke alam dunia, maka kebanyakan manusia lupa akan janjinya. Dunia adalah tempat persinggahan sementara yang sangat singkat waktunya. Dahulu Rasulullah S.A.W sering menasihatkan kepada para sahabatnya agar para sahabat senantiasa takut dan menangis akan kedahsyatan alam akhirat."
Memikirkan ayat 'Dunia ini adalah ibarat sebuah lubang kecil', Allah membuatkan aku berfikir daripada sekecil-kecil zarah molekul-molekul hinggalah sebesar alam ini sehingga galaksi, bimasakti. Sesungguhnya Allah Maha Meliputi, Maha Besar. Jika kita lihat tempat kita berada sekarang sudah cukup besar. SANGAT BESAR. Bayangkanlah melihat pemandangan di bumi sahaja, kita melihat dimensi yang sangat besar tetapi hakikatnya:-
"Dunia ini adalah ibarat sebuah lubang kecil. Walau sebesar mana pun dunia ini, sebenarnya ia hanyalah lubang kecil di akhirat"
Peringatan ini jelas dan nyata bahawa adanya hari kiamat. Namun, iman dan taqwalah yang akan membukakan hati untuk menerima, hadam dan laksanakan apa yang patut. Terlalu banyak dalam diceritakan dalam Al-Quran bagaimana orang kafir itu menafikan peringatan Rasulullah S.A.W yang membawa ajaran agama Islam, agama yang lurus dan benar. Satu-satunya agama yang lurus dan benar.
Namun orang kafir masih degil dan sombong untuk menyembah Allah yang hanya satu-satunya Tuhan di dunia. Sesungguhnya tiada Tuhan melainkan Allah, dan hanya Allah lah yang layak disembah.
Sampai bila kau mahu leka dengan dunia? Sampai bila kau mahu menafikan perintah Allah dan mengabaikannya? Sampai bila kau mahu bergelumang dengan dosa? Sampai bila? Tidakkah kau terfikir yang kau akan mati suatu hari nanti? Bukankah telah jelas dan nyata Allah perintahkan kita taat pada-Nya dan meninggalkan larangan-Nya?Namun mengapa kau masih menafikan?
Islam itu mudah namun jangan pernah kau ambil mudah. Renunglah duniaini akan hancur suatu hari nanti, tatkala itu, pintu taubat sudah pun tertutup dan ketika itulah baru kau menyesali,
"Kalaulah aku ikut perintah-Nya di dunia dahulu, pasti aku tak menyesal pada ketika ini"
Sedangkan, ketika itu, semuanya sudah terlambat. Apa lagi yang boleh kau lakukan? Tiada. Tiada apa-apa melainkan menunggu azab dari-Nya. Sudah terlalu banyak nikmat yang Allah berikan padamu walaupun kau Islam yang kafir. Hanya Islam pada nama. Dia telahpun menunaikan hak kau, namun sudahkah kau menunaikan hak-Nya dengan taat pada-Nya? Jika belum, hari ini masih belum terlambat untuk kau kembali ke pangkal jalan.
Hari ini masih belum terlambat untuk kau bertaubat. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun. Takkan pernah ada istilah 'terlambat' melainkan berlaku hari Kiamat. Tatkala itu, pintu taubat sudah pun tertutup rapat untuk kau menjelajahinya kerana masa sudah diberikan semaksimanya namun kau yang tidak gunakan sebaiknya. Kita patut bersiap untuk Akhirat kelak."
Jangan kau manjakan dirimu dengan nafsu. Beruntunglah bagi orang yang menjadi tuan pada jasadnya. Jangan kau lupa, Kau itu ruh bukannya jasad. Nama dan jasad itu hanyalah sebagai perantara untuk Kau melaksanakan apa yang diperintahkan oleh-Nya kerana kau yang ada dalam jasadmu itulah (ruh) yang akan menjawab soalan dalam kubur, kau itulah yang akan merasakan azab seksaan.
Seperti mana, kau yang akan rasa sakit saat jasad dilukakan. Jika tanganmu dicubit, bukan jasad yang merasakan, tetapi ruh yang merasakan kesakitan dan jasadlah yang menjadi perantara untuk kau merasa sakit ibarat ketika kau tidur, matamu terbuka, namun oleh sebab ruhmu tiada ketika itu, kau tidak akan dapat memandang. Bukan mata yang memandang tetapi jasad dan mata hanyalah perantara untuk kau dapat memandang.
Kembalilah. Kembalilah ke pangkal jalan. Jangan kau ikutkan perasaan, jangan kau terlalu ikutkan nafsu. Jadilah tuan pada nafsumu bukan sebaliknya.
"Jangan direnung perjuangan yang perit, pahit dan sukar tetapi renungilah kenikmatan kedamaian yang kau akan capai di Akhirat setelah kau bersusah payah untuknya. Janji Allah itu pasti, sesungguhnya Allah tidak memungkiri janji"
Seperti kau bersiap untuk berbuka puasa, pastinya ada segala makanan dan minuman yang terhidang di depan mata. Tatkala azan berkumandang, kau akan rasa senang dan gembira kerana dapat berbuka dengan hidangan yang enak dan sedap-sedap. Seperti itu jugalah kau harus persiapkan diri untuk Akhirat kelak. Jika sekarang kau berjuang, pasti kau akan rasa senang dan gembira di Akhirat kelak. Jadikanlah Ramadhan kali ini ibarat Ramadhan yang terakhir bagimu dan berjuanglah untuk dunia berehat, Akhirat.

0 comments:

SAHABAT MAYA SHIDA

slideshow

My Journey Slideshow: Rashida’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to 2 cities Putrajaya and Bangi was created by TripAdvisor. See another Malaysia slideshow. Create a free slideshow with music from your travel photos.

muka buku shida

kisah aku

get this widget here

kata-kata hikmah

Carilah hikmah dalam setiap ketentuan tuhan,supaya timbul rasa kesabaran dan kesyukuran...stiap yang payah itu pasti ada kesenangan,stiap kesabaran itu pasti ada ganjaran...jika sesuatu itu di takdirkan untuk kita,tiada siapa boleh beri halangan,namun jika sesuatu itu bukan di takdirkan untuk kita,pasti xkan kita dapat walaupun sudah dalam genggaman....berharap lah pada ALLAH kerana DIA MAHA KEKAL....

firman ALLAH

Katakanlah (wahai Muhammad):Wahai hamba-hambaku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat),janganlah kamu berputus asa dengan rahmat Allah,kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa. Sesungguhnya Dialah jua yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani (Al-Zumar;53)

twitter

SEHARI SEPOTONG AYAT

.