Apa yang menjadikan jiwa kita begitu sempit, begitu lemah dan kecewa berdepan dengan ujian kehidupan?
Apa yang menjadikan jiwa kita sering terperangkap dalam keputusasaan atau terkurung dalam penyesalan?
Ya, apa yang kita lihat begitu penting dan besar dalam kehidupan kita sehingga kita sandarkan jiwa, hati dan perasaan kita padanya, yang menyebabkan jiwa kita begitu menderita apabila kehilangannya ?
Inilah persoalan-persoalan yang perlu kita carikan jawapannya jika kita ingin benar-benar menjadi manusia yang berbahagia dalam hidup ini.
Bayangkan jika jawapannya ialah DUNIA. Tentunya kita akan sering terkecewa kerana dunia itu bukan hanya milik kita. Kata Ibnu Qayyim Al Jauziyah; dunia itu umpama wanita curang. Ketika didepan kita ia berjanji setia mengaku cintanya untuk kita namun dibelakang, ia milik siapa saja yang mampu mengembirakannya.
Bayangkan jika jawapan bagi semua persoalan itu adalah NAFSU kita. Tentunya kita akan sentiasa menderita kerana nafsu kita itu tidak akan pernah menemui kepuasan. Kerana nafsu itu, jika diberikan satu gunung daripada emas maka ia akan bertanya mana gunung yang kedua. Jika diberikan ia dua gunung daripada emas maka ia akan bertanya, mana gunung yang ketiga dan seterusnya.
Tetapi jika jawapannya ialah Allah, maka kitalah yang paling berbahagia, kitalah yang paling lapang dadanya dan paling tenang hatinya kerana kita akan dapati Allah sentiasa dekat dan mendengar segala doa dan keluhan hati kita kita. Bahkan Allah mengatur kehidupan kita dengan sifat RAHMAN dan RAHIMNYA. Dan Allah jua lah yang Maha Bijaksana dalam mengatur segala ketentuanNya. Maka tentunya jiwa kita akan sentiasa lapang dan penuh pengharapan.
♥::♥ Engkaulah Segalanya..♥::♥
Biar kulakarkan
Segala keindahan alam-Mu
Menakjubi halus dan tertibnya ciptaan-Mu
Namun Engkaulah
Segala yang terindah
Dalam hati sanubariku..
Biarku coretkan
Bait-bait puisi memuji keindahan-Mu
Merungkai segala keagungan dan kesempurnaan-Mu
Namun Engkaulah yang Termulia
Dari segala yang mampu kuungkapkan..
Biarku tangisi
Segala jerih payah perjalananku
Atau silau dan pedihnya mataku
memandang dunia dan kehidupan
Namun Engkaulah yang Maha Lembut
Mengatur kehidupanku dengan Rahmat-Mu..
Ya Robbi
Dalam setiap keluhan dan senduan
Dalam setiap titisan air mata penyesalan
Dalam setiap duka dan kesedihan
Engkaulah sandaran jiwaku
Engkaulah sasaran dalam doaku
Kerana Engkaulah segalanya dalam hati ku..
Friday, October 14, 2011
ENGKAULAH SEGALANYA
Posted by rashidaramli at 7:30 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
SAHABAT MAYA SHIDA
slideshow
My Journey Slideshow: Rashida’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to 2 cities Putrajaya and Bangi was created by TripAdvisor. See another Malaysia slideshow. Create a free slideshow with music from your travel photos.
muka buku shida
kisah aku
kata-kata hikmah
Carilah hikmah dalam setiap ketentuan tuhan,supaya timbul rasa kesabaran dan kesyukuran...stiap yang payah itu pasti ada kesenangan,stiap kesabaran itu pasti ada ganjaran...jika sesuatu itu di takdirkan untuk kita,tiada siapa boleh beri halangan,namun jika sesuatu itu bukan di takdirkan untuk kita,pasti xkan kita dapat walaupun sudah dalam genggaman....berharap lah pada ALLAH kerana DIA MAHA KEKAL....
firman ALLAH
Katakanlah (wahai Muhammad):Wahai hamba-hambaku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat),janganlah kamu berputus asa dengan rahmat Allah,kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa. Sesungguhnya Dialah jua yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani (Al-Zumar;53)
0 comments:
Post a Comment