CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

About Me

My Photo
rashidaramli
*¨`*•. (¯`v´¯) (¯`v´¯) .•*¨`*•✿ ♥ . . ♥ ✿ •*¨`*•.¸(¯`vاﷲِ ℯ¸.•*´¨`*•.اﷲِ¸ℒℴνℯ•♪ღ♪ اﷲِ Ambil waktu untuk berfikir,itu adalah sumber kekuatan.Ambillah waktu untuk beriman,itu adalah rahsia dari masa muda yg abadi.Ambillah waktu untuk berdoa,itu adalah sumber ketenangan.Ambillah waktu untuk belajar,itu adalah sumber kebijaksanaan.Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai,itu adalah hak istimewaan ...yang diberi Allah.Ambillah waktu untuk bersahabat,itu adalah jln menuju kebahagiaan,Ambillah waktu untuk bertaqwa,itu adalah muzik yang menggegarkan hati.Ambillah waktu untuk memberi,itu dapat membuat hidup terasa beerti,ambillah waktu untuk bekerja,itu adalah nilai keberhasilan.Ambillah waktu untuk beramal,itu adalah kunci menuju SYURGA.... *¨`*•. (¯`v´¯) (¯`v´¯) .•*¨`*•✿ ♥ . . ♥ ✿ •*¨`*•.¸(¯`vاﷲِ ℯ¸.•*´¨`*•.اﷲِ¸ℒℴνℯ•♪ღ♪
View my complete profile

Wednesday, July 20, 2011

KEKASIH AGUNG SEDANG CEMBURU

Anda Buat Dia Cemburu?





Anda sedang asyik bersms dengan seseorang yang bukan mahram tanpa  urusan penting?
 Anda sedang ternanti-nanti panggilan tanpa keperluan dari si dia?
Anda sedang menunggu saat-saat dapat bertembung dengannya dan saling menikmati pandangan?
Anda sedang memilih minyak wangi paling harum untuk keluar ‘dating’?
Err, jika jawapannya ya, anda sedang membuatkan Kekasih Agung anda sangat cemburu.
Berkata Ibnul Qayyim al-Jauziyah, “Allah SWT cemburu terhadap hati hamba-Nya yang mengabaikan cinta, harap dan takut kepada-Nya, dan ada sesuatu yang lain di hatinya selain Dia.”
Kata-kata ulama muktabar ini ada asasnya daripada sabda Rasul SAW. Daripada Mughirah RA katanya: Saad bin Ubadah mengatakan :
“Demi Allah, aku lebih cemburu  daripadanya (Saad bin Ubadah yang takut isterinya berzina). Dan Allah lebih cemburu daripadaku. Kerana itu dilarang-Nya mengerjakan perbuatan keji, baik yang terang atau pun yang tersembunyi. Dan tiada seorang pun yang suka memberi maaf lebih daripada Allah, dan kerana itu diutus-Nya orang-orang yang akan memberikan berita gembira dan orang-orang yang memberikan peringatan. Tiada seorang pun yang suka menerima pujian lebih daripada Allah, dan kerana itu (untuk orang memuji-Nya) dijanjikannya syurga.” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Cemburu Allah Tanda Besarnya Cinta

Kecemburuan Allah langsung tidak menunjukkan kerendahan atau Dia perlukan kita. Maha suci Dia daripada sebarang sifat kekurangan. Cemburu Allah adalah tanda besarnya cinta Yang Maha Pengasih dan Penyayang terhadap hamba-Nya.
Dia tak memerlukan kita. Dia tak luak dengan kelalaian kita. Tak terjejas tanpa cinta kita.
Tapi kita?
Keperluan kita kepada cinta-Nya lebih penting daripada kita memerlukan makanan, minuman atau oksigen. Mencintai Allah adalah fitrah hidup kita semua.
Dia faham kalau  kita mempunyai rasa cinta sesama mahkluk malah Dialah yang menganugerahkan perasaan cinta itu. Ianya membelai  setiap hati tanpa ada siapapun  yang terkecuali. Namun, Dia cemburukan hati kita yang meletakkan cinta lain lebih agungdaripada-Nya kerana Dia sayangkan kita. Dia tak mahu kita menempah jalan sengsara. Dia menawarkan cinta yang tak pernah mengenal kecewa. Inilah hakikat keagungan cinta.
Firman Allah SWT, “Dan di antara manusia ada yang mengambil tandingan-tandingan selain Allah, mereka mencintainya sebagaimana mencintai Allah. Adapun orang-orang beriman lebih besar kecintaannya kepada Allah.” (Al-Baqarah: 165).
“Mereka mencintainya sebagaimana atau sama  dengan mereka mencintai Allah,” Inilah yang dimaksudkan  meletakkan cinta lain lebih agung daripada-Nya kerana lebihmemberi perhatian, fokus dan kesediaan berkorban kepada makhluk, bukan kepada Allah. 
Namun, jika mencintai makhluk  kerana Allah, bukan bersama Allah, ia adalah perkara fitrah yang boleh  menghantar kepada redha Allah jua. Patutlah, Ibnul Qayyim al-Jauziyah telah mengkategorikan cinta kepada 3 jenis:1.Cinta kepada Allah.2.Cinta kerana Allah.3.Cinta bersama Allah.
Cinta-Nya cinta utama.
Cinta-Nya mebuatkan semua masalah besar terasa kecil kerana kita ada Allah yang Maha Besar untuk menyelesaikannya.
Cinta-Nya membuatkan kita berasa kuat dan yakin diri kerana percaya ada Raja yang mempunyai kerajaan langit dan bumi bersama kita.
Cinta-Nya membuatkan hidup kita mulia kerana merasakan diri kita hanya hamba-Nya, tidak boleh diperhambakan oleh sesama manusia.


di manakah kedudukan cinta di antara makwe dan pakwe????tunggu dan baca pada entry berikutnya..

0 comments:

SAHABAT MAYA SHIDA

slideshow

My Journey Slideshow: Rashida’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to 2 cities Putrajaya and Bangi was created by TripAdvisor. See another Malaysia slideshow. Create a free slideshow with music from your travel photos.

muka buku shida

kisah aku

get this widget here

kata-kata hikmah

Carilah hikmah dalam setiap ketentuan tuhan,supaya timbul rasa kesabaran dan kesyukuran...stiap yang payah itu pasti ada kesenangan,stiap kesabaran itu pasti ada ganjaran...jika sesuatu itu di takdirkan untuk kita,tiada siapa boleh beri halangan,namun jika sesuatu itu bukan di takdirkan untuk kita,pasti xkan kita dapat walaupun sudah dalam genggaman....berharap lah pada ALLAH kerana DIA MAHA KEKAL....

firman ALLAH

Katakanlah (wahai Muhammad):Wahai hamba-hambaku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat),janganlah kamu berputus asa dengan rahmat Allah,kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa. Sesungguhnya Dialah jua yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani (Al-Zumar;53)

twitter

SEHARI SEPOTONG AYAT

.