CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

About Me

My Photo
rashidaramli
*¨`*•. (¯`v´¯) (¯`v´¯) .•*¨`*•✿ ♥ . . ♥ ✿ •*¨`*•.¸(¯`vاﷲِ ℯ¸.•*´¨`*•.اﷲِ¸ℒℴνℯ•♪ღ♪ اﷲِ Ambil waktu untuk berfikir,itu adalah sumber kekuatan.Ambillah waktu untuk beriman,itu adalah rahsia dari masa muda yg abadi.Ambillah waktu untuk berdoa,itu adalah sumber ketenangan.Ambillah waktu untuk belajar,itu adalah sumber kebijaksanaan.Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai,itu adalah hak istimewaan ...yang diberi Allah.Ambillah waktu untuk bersahabat,itu adalah jln menuju kebahagiaan,Ambillah waktu untuk bertaqwa,itu adalah muzik yang menggegarkan hati.Ambillah waktu untuk memberi,itu dapat membuat hidup terasa beerti,ambillah waktu untuk bekerja,itu adalah nilai keberhasilan.Ambillah waktu untuk beramal,itu adalah kunci menuju SYURGA.... *¨`*•. (¯`v´¯) (¯`v´¯) .•*¨`*•✿ ♥ . . ♥ ✿ •*¨`*•.¸(¯`vاﷲِ ℯ¸.•*´¨`*•.اﷲِ¸ℒℴνℯ•♪ღ♪
View my complete profile

Friday, July 1, 2011

indahnya sabar

Pada suatu hari, burung – burung berkicauan, ada yang bekerja, ada yang bergembira, indahnya pemandangan yang dilatari bendang sawah padi yang menghijau. Mendamaikan mata yang melihat dan menyejukkan hati yang menikmatinya. SubhanAllah. Meskipun begitu, Usop masih termenung keseorangan di tepi parit ditemani kesedihan dan kekesalan sambil matanya terarah kepada Pak Jabit yang sedang memancing.

“Termenung ape tu usop?!”, Pak Jabit menegurnya.

“takde pape lah Pak Jabit, tengah melayan hati yang lara je ni”

“laaa tengah sedih ke? knapa? Ce cite ce cite” soal pak jabit sambil tersengih melihat gelagat Usop.

“panjang citenya Pak Jabit.. saya cuba pendekkan ye. saya sebenarnya benar-benar terguris dengan sikap Hussien. Hussien telah memburuk-burukkan diri saya kat orang kampung meskipun saya selalu bersangka dan berbuat baik kat dia. Pernah dulu, orang kampung ada yang memburuk-burukkan nama Hussien tetapi saya sebagai seorang kawan menafikan tohmahan-tohmahan itu.. tapi sekarang.. hm..sabor jelah”, balas Usop menceritakan hal yang membuatkan hatinya kecewa.

Pak Jabit terus mendekati Usop sambil membawa beberapa ikan yang berjaya ditawannya..

“Usop, tersenyumlah ! meskipun dalam senyuman itu mungkin tersimpan kelukaan hati,tersorok kesakitan jiwa. Kesenangan, kebahagiaan, kegembiraan, kesedihan, kekecewaan dan kedukacitaan adalah sesuatu yang biasa dialami manusia. Apabila memperolehi sesuatu yang menggembirakan daripada keenakan dunia maka manusia akan berasa senang dan gembira. Sebaliknya ketika mendapat sesuatu yang tidak diingini maka manusia merasa sedih dan kecewa. Kamu tak perlu terkejut ketika menghadiahkan sebatang pena kepada seseorang, lalu ia memakai pena itu untuk menulis cemuhan kepada kamu dan kamu juga tidak perlu terkejut dengan apa yang terjadi ini. Inilah sikap manusia. Jangan bersedih, sesungguhnya Allah sentiasa bersama kita. Berharaplah pada redha Allah semata-mata. Nescaya usop mesti tak kecewa. Sebab apa? Sebab Allah tidak pernah menyia-nyiakan segala kebaikan yang kita buat walaupun seberat zarah sepertimana firmanNya dalam surah Az Zalzalah ayat 7 & 8,maka barangsiapa mengerjakan kebajikan seberat zarah, nescaya dia akan melihat(balasan)nya, dan barangsiapa mengerjakan kejahatan seberat zarah, niscaya dia akan melihat(balasan)nya. Malah jika kita ikhlas berbuat kebaikan semata-mata keranaNya diganjarkan pahala kepada kita. Baik kan Allah?”

Usop mengangguk tanda setuju..

“Tak macam manusia. Kadang-kadang macam situasi usop ni. Macam melepaskan anjing yang tersepit je kan. tapi apepun usop, tak perlulah bersedih mengenangkan peristiwa yang sudah lalu, pandanglah kehadapan, usirkanlah kesedihan. Allah Yang Menciptakan Segala-galanya pun di tohmah berbagai-bagai tohmahan oleh manusia tidak berakal yang ingkar kepadaNya dan Nabi Muhammad SAW yang mulia itupun ada yang membenci serta mengejinya, Inikan pula kita yang hanyalah hambaNya yang biasa, yang pasti penuh kekhilafan. Anggap saja lah segala apa yang dikatakan Hussien itu satu kritikan yang membina. Anggap saja ini teguran dari Allah. Jangan bersedih , kerana kesedihan kamu terhadap musibah ini akan melahirkankan berbagai musibah lainnya. Ketika kamu sedih dengan perkara ini, bukankah kesedihan itu hanya akan menambah kedukaan kamu itu? Bersabarlah walaupun hatimu disakiti. Maafkan jelah si Hussien tu. Janganlah biarkan kegundahan yang disebabkan pandangan manusia kepada kita terus menyedihkan kita tapi hakikat yang patut kita sedar pandangan Allah kepada kita lah yang perlu dan sangat kita gundahkan. InsyaAllah bilamana Allah redha pada kita, hati pasti lebih bahagia kan.”

“terima kasih Pak Jabit ! alhamdulillah tenang hati saya dengar nasihat Pak Jabit ni. Tak macam doktor pencen, macam ustaz ada la Pak Jabit ni. huhu”

“sama-sama.. bukan ustaz lah. Alhamdulillah apa yang Pak Jabit balajar dari ustaz-ustaz, Pak Jabit kongsikanlah kat kamu. Ini pun Pak Jabit masih seorang doktor lagi lah ni. “Doktor hati” yang sedang merawat kamu. Merawat hati yang kecewa dek tingkah laku manusia hingga lupa ganjaran yang ada di sisi Allah itu lebih baik dan membahagiakan.. Kamu pun, cubalah rajin-rajinkan sikit blajar jugak agama. Ini tak. Asyik-asyik english education je... ok?”

“baiklah Pak Jabit, insyaAllah akan saya usahakan”

“hmm.... tapi kan usop..” ,Pak Jabit melontarkan satu persoalan.

“Tapi apa? Ce cite ce cite..”,soal Usop penuh penasaran

“ hmm. Pak jabit terfikir. Yelah. terkadang rasanya sikap Hussien tu ada juga dalam diri ni. Usop hamba Allah, Pak Jabit juga hamba Allah dan semua insan tidak kira siapapun, sehebat mana dia, setinggi mana dia, tetap hamba Allah. Kita diberi pelbagai kenikmatan, diberi oksigen untuk bernafas, diberi tubuh badan yang sihat, di anugerahi akal, senang cerita semua nikmat Allah bagi kat kita. Tapi kebanyakannya dosa, keingkaran dan kelalaian kepada dunia pula yang banyak kita balas kepada Allah. Selepas tu, kita kata pula kita hendak dan sangat menginginkan syurgaNya.. Ya Allah bila renung balik... Pak Jabit malulah pada Allah.. Malu semalunya..”

“hmm betul tu Pak Jabit. Insaf pula rasanya... Ya Allah berapa banyak jelah amalan kebaikan yang telah saya lakukan ini diredhai Allah..”

“sama-samalah kita muhasabah diri kita, yang baik kita tambah, yang tak baik kita tolak. Sambil Pak Jabit menasihat kamu ni, Pak Jabit pun mengingatkan diri Pak Jabit sendiri yang penuh dengan kekhilafan. Moga Allah redha... dah jom balik, dah nak maghrib ni. pasni siap-siap pergi berjemaah magrib kat masjid jom” ajak Pak Jabit.

“InsyaAllah. Baiklah Pak Jabit.. thanks bebenor lah ye”, sambut Usop sambil tersenyum simpul.








1 comments:

rashidaramli said...

biar org wak jahat kt kita jgn kita wak jht kt org

SAHABAT MAYA SHIDA

slideshow

My Journey Slideshow: Rashida’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to 2 cities Putrajaya and Bangi was created by TripAdvisor. See another Malaysia slideshow. Create a free slideshow with music from your travel photos.

muka buku shida

kisah aku

get this widget here

kata-kata hikmah

Carilah hikmah dalam setiap ketentuan tuhan,supaya timbul rasa kesabaran dan kesyukuran...stiap yang payah itu pasti ada kesenangan,stiap kesabaran itu pasti ada ganjaran...jika sesuatu itu di takdirkan untuk kita,tiada siapa boleh beri halangan,namun jika sesuatu itu bukan di takdirkan untuk kita,pasti xkan kita dapat walaupun sudah dalam genggaman....berharap lah pada ALLAH kerana DIA MAHA KEKAL....

firman ALLAH

Katakanlah (wahai Muhammad):Wahai hamba-hambaku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat),janganlah kamu berputus asa dengan rahmat Allah,kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa. Sesungguhnya Dialah jua yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani (Al-Zumar;53)

twitter

SEHARI SEPOTONG AYAT

.