CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

About Me

My Photo
rashidaramli
*¨`*•. (¯`v´¯) (¯`v´¯) .•*¨`*•✿ ♥ . . ♥ ✿ •*¨`*•.¸(¯`vاﷲِ ℯ¸.•*´¨`*•.اﷲِ¸ℒℴνℯ•♪ღ♪ اﷲِ Ambil waktu untuk berfikir,itu adalah sumber kekuatan.Ambillah waktu untuk beriman,itu adalah rahsia dari masa muda yg abadi.Ambillah waktu untuk berdoa,itu adalah sumber ketenangan.Ambillah waktu untuk belajar,itu adalah sumber kebijaksanaan.Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai,itu adalah hak istimewaan ...yang diberi Allah.Ambillah waktu untuk bersahabat,itu adalah jln menuju kebahagiaan,Ambillah waktu untuk bertaqwa,itu adalah muzik yang menggegarkan hati.Ambillah waktu untuk memberi,itu dapat membuat hidup terasa beerti,ambillah waktu untuk bekerja,itu adalah nilai keberhasilan.Ambillah waktu untuk beramal,itu adalah kunci menuju SYURGA.... *¨`*•. (¯`v´¯) (¯`v´¯) .•*¨`*•✿ ♥ . . ♥ ✿ •*¨`*•.¸(¯`vاﷲِ ℯ¸.•*´¨`*•.اﷲِ¸ℒℴνℯ•♪ღ♪
View my complete profile

Friday, September 23, 2011

khutbah jumaat 23 september 2011

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,
Pada hari Jumaat yang diberkati ini, saya berpesan kepada diri saya dan sidang jemaah sekalian, marilah kita sama-sama bertakwa kepada Allah SWT dengan bersungguh-sungguh melaksanakan segala suruhan-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kita menikmati kesejahteraan dan keberkatan hidup serta berbahagia di dunia dan di akhirat. Mimbar yang mulia ini akan membincangkan tajuk: Memperkasa Akidah Umat Islam”.
Muslimin Yang Dirahmati Allah,
Agama Islam datang ketika penyekutuan kepada Allah SWT melanda seluruh penjuru alam. Ajaran Islam membawa sinar yang melenyapkan segala penyelewengan fahaman bangsa Arab di zaman Jahiliah. Namun, jika diperhatikan pada masa ini sinar Islam seakan tenggelam apabila akidah umat Islam semakin lemah. Ramai di kalangan umat Islam yang mengaku sebagai orang Islam, namun realiti kehidupan mereka langsung tidak mencerminkan keperibadian seorang Islam. Benarlah sebagaimana yang digambarkan oleh Rasulullah SAW ketika mana ditanya oleh para sahabat tentang keadaan umat Islam di akhir zaman akan dikerumuni seperti makanan dikerumuni oleh pelahap-pelahap. Lalu ada sahabat bertanya “ Bagaimanakah keadaan umat Islam pada waktu itu?” Baginda menjawab: “ Umat Islam ramai tetapi ibarat buih yang berada di lautan. Rapuhnya akidah mereka terhadap Allah SWT. Persoalan besar timbul kenapa perkara ini berlaku kepada umat Islam?. Berdasarkan kepada pemerhatian mimbar antara perkara yang  menyebabkan berlakunya ialah sifat umat Islam sendiri yang terlalu cintakan dunia dan takutkan kematian serta kelemahan iman mereka dan kemiskinan kehidupan. Mimbar percaya kesan daripada kemiskinan ini boleh membawa kualiti hidup yang lemah, mudah terjebak dalam kegiatan sosial dan boleh membawa kekufuran. Sabda Rasulullah SAW:

Maksudnya: Hampir sahaja kemiskinan itu membawa kepada kekufuran.”(Riwayat Abu Naim)

Asas segala akidah ialah beriman kepada Allah SWT iaitu kepercayaan kepada keesaan-Nya dan kepercayaan diatas kebenaran risalah Nabi Muhammad SAW. Islam amat mengambil berat dan menyeru kepada mentauhidkan Allah SWT secara ilmu dan amal serta menjelaskan perkara-perkara yang membawa kepada syirik samada secara i’tiqad atau tingkahlaku. Islamlah agama yang diiktiraf di sisi Allah SWT, iaitu agama yang menjamin umat Islam kepada kebahagiaan di dunia dan di akhirat. Firman Allah SWT dalam surah Ali- Imran ayat 19:
Bermaksud: Sesungguhnya agama (yang benar dan diredhai) di sisi Allah ialah Islam. Dan orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberikan Kitab itu tidak berselisih kecuali setelah sampai kepada mereka pengetahuan kerana hasad dengki di kalangan mereka. Dan (ingatlah), sesiapa yang kufur ingkar akan ayat-ayat Allah, maka sesungguhnya Allah amat segera hitungan hisab-Nya. ”

Dan firman-Nya lagi dalam surah Ali Imran ayat 85:

Bermaksud: Dan sesiapa yang mencari agama selain agama Islam, maka tidak akan diterima daripadanya, dan ia pada hari Akhirat kelak dari orang yang rugi

Muslimin Yang Dirahmati Allah,
Dalam era kemajuan dan globalisasi masa kini telah mendedahkan umat Islam kepada pelbagai bentuk cabaran yang menguji kekuatan akidah umat Islam. Pelbagai fahaman, ideologi moden seperti kapitalisme, materialisme, humanisme dan unsur-unsur negatif yang mempengaruhi umat Islam telah melanda dengan mudahnya. Kita juga dikejutkan dengan fahaman liberalisme, plurarisme serta komunisme yang diperkatakan semula pada hari ini. Kita juga digemparkan dengan isu murtad dan cubaan memurtadkan umat Islam. Kita dihimpit dengan budaya songsang seperti black metal, budaya punk, gejala gay, seks bebas, sukan judi dan sebagainya. Kepincangan  hidup berkeluarga juga menyelubungi umat Islam, ada anak-anak kita yang sanggup menghina kedua ibu-bapa bahkan lebih malang lagi sanggup menderhaka kepada mereka. Berdasarkan pemerhatian mimbar, gejala ini berlaku disebabkan oleh beberapa perkara antaranya kepincangan dan lemahnya keimanan anggota keluarga terutamanya ibu-bapa sebagai ketua keluarga sedangkan ibu bapalah yang paling utama dalam mendidik anak-anak kepada penghayatan ajaran dan akidah Islam.
            Mutakhir ini juga kita sering mendengar berita penyelewengan akidah umat Islam yang melanda masyarakat. Pelbagai kumpulan ajaran sesat telah wujud dengan tujuan menjauhkan umat Islam dari mengamalkan ajaran al-Quran dan al-Sunnah. Kelemahan akidah turut mendedahkan mereka kepada pelbagai amalan khurafat seperti bertenung nasib, sihir, ilmu guna-guna dan sebagainya. Semua gejala keruntuhan akidah ini sebenarnya telah menjatuhkan kemuliaan dan darjat manusia. Akibat yang lebih buruk ialah azab siksa yang pedih di akhirat yang menanti golongan yang ingkar. Firman Allah SWT dalam surah al-Maidah ayat 72:
Bermaksud: Sesungguhnya telah kafirlah orang yang berkata: Bahawasanya Allah ialah Al-Masih Ibni Maryam. Padahal al-Masih sendiri berkata: Wahai Bani Israil!. Sembahlah Allah, Tuhanku dan Tuhan kamu, bahawasanya sesiapa yang mempersekutukan Allah, maka sesungguhnya Allah haramkan kepadanya Syurga, dan tempat kembalinya ialah neraka; dan tiadalah seorang penolong pun bagi orang yang berlaku zalim
           
Muslimin Yang Dirahmati Allah,
Sebagai umat Islam kita perlu sedar dan bangkit mempertahankan akidah Islam kerana ia adalah asas kekuatan dalam menghadapi musuh-musuh Islam yang mahu menghancurkan Islam dan umatnya. Dalam hal ini, umat Islam memerlukan penghayatan Islam secara menyeluruh melalui pelaksanaan ibadat umum dan khusus. Mimbar ingin mengingatkan bahawa tubuh badan kita diibaratkan seperti botol kosong. Jika kita tidak memenuhi botol itu dengan amal soleh maka botol tersebut akan dipenuhi nafsu syaitan yang akan menguasai diri kita dan mendorong kita melupai ketetapan Allah SWT. Pengaruh syaitan dalam diri manusia inilah menyebabkan manusia mengalami penyakit rohani keruntuhan akhlak serta akidah.
Di samping itu, umat Islam perlulah juga membina kekuatan dari sudut ilmu, teknologi, politik dan sebagainya. Kita juga mestilah sentiasa mengikuti perkembangan semasa agar maklumat yang diperolehi adalah benar dan tepat. Sebagai Ibu bapa kita juga hendaklah berperanan dalam mendidik anak-anak dengan ajaran Islam yang sebenar agar menjadi generasi yang diredhai oleh Allah SWT dan berusaha menjauhi keluarga dari neraka Allah SWT. Firman Allah SWT dalam surah al-Tahrim ayat 6:
Bermaksud: Wahai orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu api Neraka yang bahan bakarannya manusia dan batu; Penjaganya malaikat-malaikat yang keras kasar; tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkan-Nya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan. ”         



Muslimin Yang Dirahmati Allah,
Mengambil kesempatan, bersempena dengan Kongres Majlis Agama Islam Negeri seluruh Malaysia yang kali pertama diadakan pada 26 hingga 27 September 2011 di dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Kuala Lumpur, yang akan dirasmikan oleh Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong. Mimbar menyeru sidang jumaat dan seluruh umat Islam sekalian, marilah sama-sama kita mendokong segala usaha demi memperkasa kedudukan umat Islam samada dari segi perpaduan, ekonomi dan akidah. Kongres ini menjadi wadah interaksi dan perkongsian pintar antara Majlis Agama Islam Negeri dalam membangun dan mengurus tadbir sosio ekonomi umat serta membincangkan peranan yang perlu dilaksanakan oleh Majlis Agama Islam. Marilah sama-sama kita meletakkan perhambaan kita kepada Allah SWT dalam segenap kehidupan dengan mengembalikan diri kita kepada Allah SWT dan menjaga akidah kita daripada terpesong jauh dari landasan yang digariskan oleh Allah SWT. Mengakhiri khutbah pada minggu ini marilah sama-sama kita merenung firman Allah SWT dalam surah al-Nisa’ ayat 136:

Bermaksud: Wahai orang yang beriman! Tetapkanlah iman kamu kepada Allah dan Rasul-Nya, dan kepada Kitab yang diturunkan kepada Rasul-Nya, dan Kitab-kitab Suci yang diturunkan sebelumnya. Dan sesiapa yang kufur kepada Allah, dan Malaikat-Malaikat-Nya, dan Kitab-kitab-Nya, dan Rasul-rasul-Nya dan juga Hari Akhirat, maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang sejauh-jauhnya.


0 comments:

SAHABAT MAYA SHIDA

slideshow

My Journey Slideshow: Rashida’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to 2 cities Putrajaya and Bangi was created by TripAdvisor. See another Malaysia slideshow. Create a free slideshow with music from your travel photos.

muka buku shida

kisah aku

get this widget here

kata-kata hikmah

Carilah hikmah dalam setiap ketentuan tuhan,supaya timbul rasa kesabaran dan kesyukuran...stiap yang payah itu pasti ada kesenangan,stiap kesabaran itu pasti ada ganjaran...jika sesuatu itu di takdirkan untuk kita,tiada siapa boleh beri halangan,namun jika sesuatu itu bukan di takdirkan untuk kita,pasti xkan kita dapat walaupun sudah dalam genggaman....berharap lah pada ALLAH kerana DIA MAHA KEKAL....

firman ALLAH

Katakanlah (wahai Muhammad):Wahai hamba-hambaku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat),janganlah kamu berputus asa dengan rahmat Allah,kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa. Sesungguhnya Dialah jua yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani (Al-Zumar;53)

twitter

SEHARI SEPOTONG AYAT

.