CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

About Me

My Photo
rashidaramli
*¨`*•. (¯`v´¯) (¯`v´¯) .•*¨`*•✿ ♥ . . ♥ ✿ •*¨`*•.¸(¯`vاﷲِ ℯ¸.•*´¨`*•.اﷲِ¸ℒℴνℯ•♪ღ♪ اﷲِ Ambil waktu untuk berfikir,itu adalah sumber kekuatan.Ambillah waktu untuk beriman,itu adalah rahsia dari masa muda yg abadi.Ambillah waktu untuk berdoa,itu adalah sumber ketenangan.Ambillah waktu untuk belajar,itu adalah sumber kebijaksanaan.Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai,itu adalah hak istimewaan ...yang diberi Allah.Ambillah waktu untuk bersahabat,itu adalah jln menuju kebahagiaan,Ambillah waktu untuk bertaqwa,itu adalah muzik yang menggegarkan hati.Ambillah waktu untuk memberi,itu dapat membuat hidup terasa beerti,ambillah waktu untuk bekerja,itu adalah nilai keberhasilan.Ambillah waktu untuk beramal,itu adalah kunci menuju SYURGA.... *¨`*•. (¯`v´¯) (¯`v´¯) .•*¨`*•✿ ♥ . . ♥ ✿ •*¨`*•.¸(¯`vاﷲِ ℯ¸.•*´¨`*•.اﷲِ¸ℒℴνℯ•♪ღ♪
View my complete profile

Friday, September 30, 2011

khutbah jumaat 30 september

Sidang Jumaat Yang Di Muliakan,
Pada hari Jumaat yang berkat dan di dalam masjid yang mulia ini, saya berpesan kepada diri saya dan kepada sidang Jumaat yang menjadi tetamu Allah sekalian marilah sama-sama kita meningkatkan ketakwaan kita kepada Allah SWT  dengan bersungguh-sungguh melaksanakan segala perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kita menjadi umat yang terbaik, umat contoh dan memperolehi kebahagian di dunia dan di akhirat. Sempena dengan sambutan ulangtahun penubuhan Badan Pencegah Rasuah Malaysia (BPR) ke-44 yang disambut pada 1 Oktober 2011 ini , mimbar Jumaat pada hari akan memperkatakan mengenai tajuk: KEWAJIPAN MENJAUHI AMALAN RASUAH ”.
Sidang Jumaat Yang Di Rahmati Allah,
Rasuah menjadi penyakit dan jenayah yang telah menular dalam kehidupan masyarakat manusia di semua tempat. Tidak ada negara yang boleh mendakwa dirinya bebas dari rasuah, cuma yang boleh dibezakan pada tempoh satu-satu masa hanyalah dari segi tahap keseriusan jenayah rasuah yang berlaku. Rasuah dalam perspektif hukum Islam adalah haram berdasarkan dalil yang qat’ie iaitu al-Qur’an, as-Sunnah dan ijmak ulamak. Firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 188:
Maksudnya:Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang-orang lain) di antara kamu dengan jalan salah, dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian dari harta manusia dengan berbuat dosa, pada hal kamu mengetahui (salahnya) .

Di negara kita, agensi yang dipertanggungjawabkan untuk mengendalikan kes jenayah rasuah terletak di bahu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Sepanjang siasatan yang dijalankan SPRM tidak membezakan antara satu pihak dengan pihak yang lain dalam melaksanakan tugas-tugasnya. Setiap kesalahan rasuah, penyelewengan atau penyalahgunaan kuasa, SPRM akan mengambil tindakan undang-undang ke atas mereka tanpa mengira pangkat atau taraf kedudukan seseorang itu. Kesalahan rasuah tidak mengira golongan perasuah, kesalahan rasuah bukan terletak kepada kecil atau besar saiz atau amaun transaksi yang terlibat. Ingatlah kesalahan rasuah adalah terletak pada perbuatannya, samada seseorang itu pemberi, penerima atau menjadi orang tengah kepada perbuatan rasuah tersebut. Sabda Rasulullah SAW:
Mafhumnya: Pemberi rasuah dan penerima rasuah akan masuk ke dalam api neraka. ”(Riwayat at-Thobarani).

             Mimbar ingin mengingatkan kepada sidang jemaah dan umat Islam sekalian bahawa jika keadaan amalan jenayah rasuah ini terus meningkat, maka amat dikhuatiri akan mengancam kestabilan politik, ekonomi dan keselamatan negara. Namun, Persoalan besar timbul ialah mengapa amalan jenayah rasuah berlaku?. Berdasarkan pemerhatian, antara faktor utama menyebabkan berlaku rasuah ialah bernafsu besar atau sifat tamak haloba, sikap mahu hidup mewah, memburu kekayaan dengan cepat, tidak bersyukur serta terikut-ikut dengan rakan-rakan sekerja. Seseorang yang didorong oleh perasaan tamak haloba dan mementingkan diri sendiri amat cekap dan berani melanggar batasan-batasan yang telah digariskan oleh Islam pada hal perbuatan itu hanyalah boleh menyusahkan diri sendiri dan mengakibatkan punca pendapatan tidak halal. Ingatlah bahawa setiap darah daging kita daripada hasil yang haram, maka api neraka adalah tempatnya sebagaimana sabda Rasulullah SAW:Mafhumnya: Pemberi rasuah dan penerima rasuah akan masuk ke dalam api neraka. ”(Riwayat at-Thobarani).

             Mimbar ingin mengingatkan kepada sidang jemaah dan umat Islam sekalian bahawa jika keadaan amalan jenayah rasuah ini terus meningkat, maka amat dikhuatiri akan mengancam kestabilan politik, ekonomi dan keselamatan negara. Namun, Persoalan besar timbul ialah mengapa amalan jenayah rasuah berlaku?. Berdasarkan pemerhatian, antara faktor utama menyebabkan berlaku rasuah ialah bernafsu besar atau sifat tamak haloba, sikap mahu hidup mewah, memburu kekayaan dengan cepat, tidak bersyukur serta terikut-ikut dengan rakan-rakan sekerja. Seseorang yang didorong oleh perasaan tamak haloba dan mementingkan diri sendiri amat cekap dan berani melanggar batasan-batasan yang telah digariskan oleh Islam pada hal perbuatan itu hanyalah boleh menyusahkan diri sendiri dan mengakibatkan punca pendapatan tidak halal. Ingatlah bahawa setiap darah daging kita daripada hasil yang haram, maka api neraka adalah tempatnya sebagaimana sabda Rasulullah SAW:
Mafhumnya: Setiap daging yang tumbuh hasil dari makanan yang haram itu maka api neraka adalah lebih utama untuknya ”. (Riwayat al-Tarmizi)

Satu perkara lagi yang mendorong berlakunya gejala rasuah ialah kurangnya penghayatan kepada  sifat ihsan. Sifat ihsan bermaksud kita melaksanakan sesuatu perkara  untuk  mengabdikan diri kepada Allah SWT dengan perasaan yakin  seolah-olah kita dilihat dan dipantau oleh Allah SWT. Sabda Rasullullah SAW ketika di tanya oleh Jibril tentang ihsan:
Maksudnya: Apakah  ihsan itu?, sesungguhnya kamu menyembah Allah seolah-olah kamu melihat-Nya, tetapi jika kamu tidak melihat-Nya, maka sesungguhnya Dia melihat kamu”. ( Riwayat al-Bukhari)

Berdasarkan pengertian sebenar sifat ihsan ini, akan melahirkan mereka yang bertanggungjawab dan beristiqamah  dalam melakukan tugasannya, samada ketika berhadapan dengan orang ramai atau di tempat yang sunyi, ketika bersama dengan majikan ataupun ketika ketiadaan majikan. Seseorang akan takut melakukan perbuatan keji, tercela seperti melakukan kerosakan, penipuan, rasuah, mencuri tulang, ponteng kerja,  dan perbuatan negatif yang lain.
Sedar ataupun tidak bahawa mereka yang terlibat dengan jenayah ini sebenarnya mengakibatkan beberapa kesan buruk seperti pembahagian kekayaan negara tertumpu kepada orang tertentu sahaja, meningkatkan kadar inflasi dan berleluasa kezaliman dalam masyarakat. Dengan demikian golongan yang paling malang dan rugi ialah golongan yang berpenat lelah mencari rezeki halal menggunakan tulang empat kerat seperti para petani, nelayan, penoreh getah, penarik beca dan kumpulan dhaif yang lain yang tidak mengerti apa-apa tentang pengurusan harta negara. Ingatlah semua wang kekayaan yang didapati dengan cara haram adalah wang dan harta yang tidak berkat. Kekayaan secara haram hakikatnya tidak membawa kesenangan dan kebahagian dalam hidup, tetapi akan membawa kesengasaraan dan kecelakaan di dunia dan akhirat. Jiwa manusia pada asalnya adalah sesuatu yang suci. Tetapi harta yang  diperolehi secara tidak halal tidak mungkin dapat memberi ketenangan pada jiwa kita.
Sidang Jumaat Yang Dihormati Sekalian,
Satu lagi kesan buruk daripada jenayah rasuah ialah tertolaknya ibadah solat dan doa kerana mengguna sumber yang haram. Alangkah ruginya kita disebabkan perbuatan ini ibadah dan doa kita menjadi sia-sia justeru menjauhkan kita daripada mendapat rahmat Allah SWT. Mimbar amat bimbang jika kita tidak segera membenteras penyakit ini nescaya akan terdedah dengan pelbagai malapetaka dan bencana dalam kehidupan.  Firman Allah SWT dalam surah Ali Imran ayat 112:
Maksudnya: “ Mereka ditimpa kehinaan di mana sahaja mereka berada, kecuali dengan adanya sebab dari Allah dan adanya sebab dari manusia. Dan mereka kembali mendapat kemurkaan dari Allah, dan mereka ditimpa kemiskinan. Yang demikian itu, disebabkan mereka ingkar akan ayat-ayat Allah, dan mereka membunuh Nabi-nabi dengan tiada alasan yang benar. Semuanya itu disebabkan mereka derhaka dan melampaui batas.


Sidang Jumaat Yang Dihormati Sekalian,
Seiring dengan sambutan Hari Ulang Tahun penubuhan Suruhanjaya pencegahan rasuah Malaysia (SPRM), maka mimbar ini menyeru semua pihak bersama-sama berusaha antuk memerangi jenayah rasuah dalam negara kita secara serius demi melahirkan urus tadbir yang baik dalam perkhidmatan kerajaan mahupun swasta. Ini selaras tuntutan syarak dan hasrat kerajaan untuk meningkatkan keberkesanan sistem penyampaian dalam perkhidmatan.  Mimbar juga mengambil kesempatan pada hari ini, menyeru sidang jumaat dan umat Islam sekalian untuk sama-sama kita membina jati diri dan kekuatan ummah sebagaimana yang diperintahkan oleh Allah SWT dan Rasul-Nya.  Mengakhiri khutbah hari ini, marilah sama-sama kita menghayati amanah yang sedang dipikul di atas bahu kita dengan penuh rasa tanggungjawab. Semoga dengan itu iman kita terus bertambah dalam matlamat memakmurkan bumi Allah dengan benih-benih kebaikan. Marilah sama-sama kita merenung firman Allah SWT dalam surah Ali Imran ayat 104:
Maksudnya: Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru kepada kebajikan dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik serta melarang daripada segala yang salah. Dan mereka yang demikian ialah orang yang berjaya   



0 comments:

SAHABAT MAYA SHIDA

slideshow

My Journey Slideshow: Rashida’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to 2 cities Putrajaya and Bangi was created by TripAdvisor. See another Malaysia slideshow. Create a free slideshow with music from your travel photos.

muka buku shida

kisah aku

get this widget here

kata-kata hikmah

Carilah hikmah dalam setiap ketentuan tuhan,supaya timbul rasa kesabaran dan kesyukuran...stiap yang payah itu pasti ada kesenangan,stiap kesabaran itu pasti ada ganjaran...jika sesuatu itu di takdirkan untuk kita,tiada siapa boleh beri halangan,namun jika sesuatu itu bukan di takdirkan untuk kita,pasti xkan kita dapat walaupun sudah dalam genggaman....berharap lah pada ALLAH kerana DIA MAHA KEKAL....

firman ALLAH

Katakanlah (wahai Muhammad):Wahai hamba-hambaku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat),janganlah kamu berputus asa dengan rahmat Allah,kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa. Sesungguhnya Dialah jua yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani (Al-Zumar;53)

twitter

SEHARI SEPOTONG AYAT

.