Aku membesar di dalam keluarga yang kuat pegangan agamanya..Aku dididik dengan kasih sayang dan ilmu-ilmu agama yang diberikan juga mencukupi.Hidup aku mula berubah bila aku masuk tingkatan 3 di mana aku terjebak dengan rakan-rakan sekelas.Cara berpakaian juga mula berubah.Aku merupakan anak kelima dari enam adik beradik..Aku tidak mempunyai kakak.sebab tu aku kasar sedikit orangnya..Tapi aku ni jenis pendiam.Mudah mengikut kawan-kawan.Aku belajar sampai dapat menggenggam ijazah..Tapi perangai aku macam dulu juga.Tak berubah.solat pun on off.Masa aku rajin aku solat la.bila nak exam aku buat la sembahyang sunat.Lepas tu solat yang wajib pun aku dah tak buat.
Dugaan yang paling besar dalam hidup aku terjadi pada tahun 2010 di mana orang yang aku sayang rupa-rupanya curang dengan aku.Dia sendiri mengaku dia ada orang lain.Selama tujuh tahun pada waktu itu aku bersama dengan dia.susah senang bersama.Aku menangis dan menangis.Tidak pernah menyangka semua ini boleh terjadi.Hidup aku dah mula berubah.Aku dekatkan diri pada ALLAH.Memohon pada ALLAH moga aku diberi kekuatan.Selepas itu hubungan kami baik semula apabila kami bertunang pada hari raya tahun lepas.Namun ujian dan dugaan datang lagi sehingga lah hubungan aku dan dia hanya mampu bertahan selama enam bulan.Dari situ hidup aku mula merubah.Aku mula mendekatkan diri pada ALLAH.Aku mula mengenal ALLAH.Aku fikir itulah ketentuan ALLAH.Itulah ketentuan ALLAH.Tiada siapa yang dapat menghalangnya.
Jika sesuatu itu di takdirkan untuk kita,tiada siapa boleh beri halangan,namun jika sesuatu itu bukan di takdirkan untuk kita,pasti xkan kita dapat walaupun sudah dalam genggaman....berharap lah pada ALLAH kerana DIA MAHA KEKAL....
Ujian demi ujian dugaan demi dugaan..sebab aku susah untuk lupakan dia.aku tahu dia bukan jodohku.tapi mengapa hati ini susah sangat untuk lupakan dia.Pada ALLAH aku meminta kekuatan.Kadang-kadang aku putus asa untuk meminta pada ALLAH.Pada teman-teman aku luahkan perasaan.Pada mak dan abah aku minta pendapat.Dalam tempoh yang sama aku menerima banyak lagi ujian.Diuji dengan sakit, diuji dengan kesempitan wang,diuji dengan pelbagai masalah.Aku buntu.Aku merintih.Mengapa ALLAH.Mengapa aku meminta dan berdoa tapi semakin banyak aku dibelenggu dengan masalah dan ujian..
kadang-kadang kita berdoa untuk kuat..tapi banyak pula dugaan yang datang..kadang-kadang kita minta cerdik, tapi, masalah pula yang bertandang..kadang-kadang kita minta kebahagiaan. tetapi, huru hara pula menjelang..dugaan menjadikan mental kita kuat, masalah menjadikan kita berfikir, huru hara menjadikan kita tabah.SUBHANALLAH! betapa hebatnya ALLAH! semua aturannya ada hikmah tersembunyi.
Kurniaan ALLAH yang tak terhingga pada aku adalah sahabat.aku dikurniakan sahabat yang banyak menasihati aku tentang ALLAH.Di situ aku terfikir..ALLAH ambik orang yang aku sayang tapi dia anugerahkan seorang sahabat yang cukup bermakna untuk aku.Alhamdulillah.aku mula belajar tentang kehidupan dari dia.kehidupan ini bukan untuk bersedih.
Alhamdulillah..semakin hari semakin aku banyak mendekatkan diri pada ALLAH.Pada bulan Ramadhan lepas adalah bulan yang cukup bermakna untuk aku.Setiap malam aku berbicara dan merintih pada DIA yang satu.Disitu kutemui ketenangan.Bila termenung sendirian aku mencari hikmah disebalik ujian yang bertimpa-timpa ini.Rupa-rupanya ALLAH nak bagi aku peluang untuk aku bertaubat.Banyak dosa-dosa aku pada ALLAH.Dan aku yakin itulah hidayah ALLAH.Aku menangis sebab ALLAH masih sayangkan aku.Di beri peluang untuk aku bernafas, dipilih untuk menerima hidayahNYA,masih diberi peluang untuk bertaubat.Akan ku gunakan kesempatan yang ada ini untuk mencari cintaMU YA ALLAH..Dosaku menggunung tinggi namun rahmatMU melangit luas..
untuk sahabat
bacalah kata-kata ini..kata-kata ini yang telah membuka pintu hati saya..
wahai sahabat..
mengapa kita sering mempersoalkan apa yang ditentukan oleh ALLAH.
Ayuh sahabat..renung-renungkan apa yang dikatakan di dalam ayat-ayat ini.
aku pernah gagal dan kecewa..
sedangkan aku juga solat seperti orang lain..
tapi mengapa mereka boleh berjaya.
dapat apa yang mereka mahu..
sedangkan aku tak dapat apa yang aku nak..
wahai sahabat..
ALLAH tidak pernah berjanji bahawa hidup ini mudah..
ALLAH hanya berjanji akan menemani kita disepanjang kehidupan ini
kehidupan ini satu pengembaraan..
yang ada permulaan dan pengakhirannya..
yang ada ujian dan cabarannya..
kita perlu mengubah kehidupan kita.
sebab itu mereka yang tidak solat boleh berjaya
sebab mereka berusaha mengubah kehidupan mereka..
kuasa ALLAH takkan berkurang kalau kita tak sujud pada DIA..
sebab ALLAH MAHA BERKUASA..
kuasa ditanganNYA..
kini aku mengerti..
tentang persoalan ku ini..
aku tak tahu siapa yang menjawabnya..
tapi aku yakin itulah hidayah ALLAH..
ALHAMDULILLAH..Syukur YA ALLAH atas hidayahMU..
0 comments:
Post a Comment