CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

About Me

My Photo
rashidaramli
*¨`*•. (¯`v´¯) (¯`v´¯) .•*¨`*•✿ ♥ . . ♥ ✿ •*¨`*•.¸(¯`vاﷲِ ℯ¸.•*´¨`*•.اﷲِ¸ℒℴνℯ•♪ღ♪ اﷲِ Ambil waktu untuk berfikir,itu adalah sumber kekuatan.Ambillah waktu untuk beriman,itu adalah rahsia dari masa muda yg abadi.Ambillah waktu untuk berdoa,itu adalah sumber ketenangan.Ambillah waktu untuk belajar,itu adalah sumber kebijaksanaan.Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai,itu adalah hak istimewaan ...yang diberi Allah.Ambillah waktu untuk bersahabat,itu adalah jln menuju kebahagiaan,Ambillah waktu untuk bertaqwa,itu adalah muzik yang menggegarkan hati.Ambillah waktu untuk memberi,itu dapat membuat hidup terasa beerti,ambillah waktu untuk bekerja,itu adalah nilai keberhasilan.Ambillah waktu untuk beramal,itu adalah kunci menuju SYURGA.... *¨`*•. (¯`v´¯) (¯`v´¯) .•*¨`*•✿ ♥ . . ♥ ✿ •*¨`*•.¸(¯`vاﷲِ ℯ¸.•*´¨`*•.اﷲِ¸ℒℴνℯ•♪ღ♪
View my complete profile

Friday, September 9, 2011

khutbah jumaat 9 september 2011

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

TETAMU ALLAH PADA HARI JUMAAT
(9 SEPTEMBER / 11 SYAWAL 1432H)

Sidang Jumaat Yang di Rahmati Allah,
Saya berpesan kepada tuan-tuan dan diri saya sendiri marilah sama-sama kita bertakwa kepada Allah SWT dengan memperkukuhkan pengabadian diri kita kepada-Nya dengan melaksanakan segala perintah dan meninggalkan segala larangan-Nya. Kita baru sahaja meninggalkan bulan Ramadhan yang telah mendidik diri kita menjadi orang-orang yang bertaqwa. Mudah-mudahan pada bulan yang penuh kebahagian ini menjadikan kita insan yang berjaya di dunia dan akhirat. Tajuk mimbar Jumaat pada hari ini ialah: TETAMU ALLAH PADA HARI JUMAAT .
Sidang Jumaat Yang di Rahmati Allah,
Hari Jumaat adalah penghulu segala hari atau disebut juga sayyidul aiyyam kerana mempunyai kemuliaan dan keistimewaannya di sisi Allah SWT. Bagi umat Islam hari tersebut adalah yang amat berharga dan hari untuk beramal ibadat bagi merebut kelebihan penghulu segala hari. Berdasarkan penjelasan hadith-hadith, hari Jumaat adalah hari pertama kemunculan matahari di dunia, pada hari Jumaatlah Allah SWT telah mencipta  Nabi Adam AS, hari Kiamat akan berlaku dan Allah SWT mengizinkan ahli syurga untuk memasuki syurga. Manakala para malaikat pula menamakan hari Jumaat itu sebagai hari penambahan disebabkan banyaknya pintu-pintu rahmat dibuka di mana Allah SWT akan melimpahkan kurnia-Nya dan menabur segala kebaikan-Nya.
Hakikatnya menjadi tetamu Allah SWT pada penghulu segala hari adalah saat  yang istimewa kerana memberi peluang kepada sidang Jumaat untuk menilai prestasi tahap ketakwaan, membersihkan segala dosa yang dibuat secara sedar atau tidak dalam seminggu ini. Kita perlu sedar dan insaf bahawa walaupun pada zahirnya penampilan diri kelihatan cemerlang tetapi dari segi batin orang-orang yang melakukan perbuatan berdosa seperti rasuah, menzalimi manusia, menganiayai manusia, memfitnah manusia, minum arak, berzina dan sebagainya bagaikan berada di tempat yang kotor dan diselaputi dengan najis. Malah apa yang menakutkan kita ialah meninggal dunia dalam keadaan berdosa, tidak sempat bertaubat dan mati dalam keadaan kufur.
Oleh itu wahai sidang Jumaat sekalian insaflah dan sedarlah bahawa untuk keluar dari tempat yang bernajis atau kotor itu, maka salah satu caranya ialah kita mesti meninggalkan, menjauhi tempat yang bernajis dan mestilah mencari tempat yang suci iaitu sentiasa menjadi tetamu Allah SWT khususnya di masjid serta berdamping atau bersahabat dengan orang-orang soleh. Kemuncak ibadat bagi tetamu Allah di masjid ialah mendengar dua khutbah dan solat fardhu Jumaat. Firman Allah dalam surah al-Jumaah ayat 9:
Maksudnya: Wahai orang yang beriman! Apabila diserukan azan untuk mengerjakan sembahyang pada hari Jumaat, maka segeralah kamu (ke masjid) untuk mengingati Allah dan tinggalkanlah berjual-beli; yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui ”.

Sidang Jummat Yang di Rahmati Allah
Perjumpaan tetamu Allah setiap minggu di atas rumah Allah mampu membaiki keimanan dan meningkatkan persaudaraan sesama muslim dan perpaduan ummah. Dalam peluang inilah umat Islam berkesempatan membincangkan isu-isu yang dihadapi dalam mencari kata sepakat. Oleh kerana besar pengaruh perjumpaan tetamu Allah ini, maka sesiapa yang meninggalkan solat Jumaat tiga kali berturut-turut tanpa uzur yang dibenarkan syarak maka mereka ini dikira sebagai orang yang lalai. Rasulullah SAW bersabda:
Maksudnya: “ Sesiapa yang meninggalkan Jumaat tiga kali berturut-turut tanpa uzur, Allah akan menutup mata hatinya.(Riwayat al-Nasa’ie)
Apa yang dimaksudkan uzur syarak  ialah seperti hujan lebat, sakit, menjaga orang sakit, ancaman keselamatan dan uzur-uzur yang lain. Menurut Imam al-Ghazali dalam kitab  Ihya Ulumudin: pada malam dan siang hari Jumaat ada sesaat yang mulia di mana segala permohonan doa akan dimakbulkan. Saat yang mulia itu dirahsiakan. Siapa meninggal dunia pada hari Jumaat atau malam Jumaat, maka Allah mencatat untuknya pahala orang syahid dan menjaganya dari azab kubur. Manakala amalan-amalan sunat pada hari Jumaat seperti bangun pada malamnya untuk melakukan qiamulail, sujud syukur, berzikir, beriktikaf dan membaca al-Quran seperti surah al-kahfi, Yaasin, Sajjadah dan al-Mulk sebagaimana hadith Rasulullah SAW:
Bermaksud: Barangsiapa yang membaca surah al-kahfi pada hari Jumaat nascaya Allah akan menerangi cahaya yang akan menerangi dirinya antara dua Jumaat”.(Riwayat al-Bukhari)

Pada pagi Jumaat disunatkan bagi kita membersihkan diri dengan melakukan mandi sunat, bersiwak, memakai pakaian yang baru dan wangian. Kita juga digalakkan memperbanyakkan selawat ke atas junjungan kita Nabi Muhammad SAW pada sepanjang hari tersebut. Kita hendaklah bersegera ke masjid atau sekurang-kurangnya sebelum tergelincir matahari atau sebelum masuk waktu zohor. Di sunatkan kita berjalan kaki ke masjid dan setiap langkah itu dikira sebagai penghapus dosa. Mereka yang datang paling awal ke masjid akan mendapat pahala yang besar digambarkan seperti mendapat seekor unta. Ketika memasuki masjid hendaklah melakukan sembahyang dua rakaat walaupun ketika itu Imam sedang berkhutbah. Di waktu Imam berkhutbah hendaklah kita memasang telinga  mendengar segala yang disampaikan dan mematuhi nasihat yang diberikan oleh khatib. Hadith Rasulullah SAW:
Bermaksud: Barangsiapa  yang  berwuduk dengan sempurna kemudian ia pergi ke masjid menunaikan solat Jumaat dalam keadaan diam dan memberi  perhatian sepenuhnya terhadap khutbah yang di sampaikan, maka di ampunkan dosanya pada hari tersebut dan antara Jumaat yang akan datang”.(Riwayat Muslim)

Hari Jumaat adalah hari yang penuh keberkatan. Bagi mengambil peluang keemasan ini, maka mimbar menyeru sidang Jumaat sekalian, marilah kita menjadikan dan membudayakan bersama keluarga dan anak-anak kita dengan memuliakan hari Jumaat sebagai penghulu segala hari, mudah-mudahan dengan cara ini ianya mampu memperkukuhkan institusi keluarga dan memantapkan keimanan anak-anak kita. Ini adalah amalan para nabi, wali-wali dan orang soleh. Bagaimanapun, berdasarkan pemerhatian mimbar, oleh kerana kesibukan urusan dunia dan pengaruh sosial, kadangkala menyebabkan kita lupa tentang kemuliaan hari Jumaat. Malah apa yang menyedihkan kita ialah terdapat di kalangan umat Islam menjalankan pula aktiviti pada malam dan hari Jumaat yang menyemarakkan lagi gejala sosial.
Mengakhiri khutbah pada minggu ini, mimbar menyeru sidang jemaah dan seluruh umat Islam sekalian marilah sama-sama kita meningkatkan ketakwaan kita dengan mengamalkan segala suruhan Allah SWT dan meninggalkan segala larangan-Nya. Ingatlah bahawa kematian akan datang bila-bila masa, tiada siapa pun yang dapat meramalkan berapa lama tempuh hidup seseorang. Orang muda tidak boleh yakin bahawa dia akan hidup lama kerana semua orang tahu kematian itu tidak bertarikh, bayi dalam kandungan pun menemui ajal sebelum dilahirkan dan kesihatan yang dikawal rapi pun tidak akan memanjangkan usia seseorang. Oleh kerana ajal  itu datang tanpa memberi tahu terlebih dahulu, maka sepatutnya menjadi pengajaran kepada kita agar sentiasa bermuhasabah tentang kehidupan ini.  Rebutlah peluang untuk membersihkan diri dan bertaubat pada penghulu segala hari dengan menyiapkan diri dengan pakaian dan hati yang bersih sebagai persedian menjadi tetamu Allah pada hari Jumaat yang mulia ini. Marilah sama-sama kita merenung firman Allah SWT dalam surah al-Jumaah ayat 10:
Bermaksud:Kemudian setelah selesai sembahyang, maka bertebaranlah kamu di muka bumi, dan carilah apa yang kamu hajati dari limpah kurnia Allah, serta ingatkanlah akan Allah banyak-banyak (dalam segala keadaan), supaya kamu berjaya di dunia dan di akhirat.”.(Surah al-Jumaat ayat 10)

ayat 6

0 comments:

SAHABAT MAYA SHIDA

slideshow

My Journey Slideshow: Rashida’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to 2 cities Putrajaya and Bangi was created by TripAdvisor. See another Malaysia slideshow. Create a free slideshow with music from your travel photos.

muka buku shida

kisah aku

get this widget here

kata-kata hikmah

Carilah hikmah dalam setiap ketentuan tuhan,supaya timbul rasa kesabaran dan kesyukuran...stiap yang payah itu pasti ada kesenangan,stiap kesabaran itu pasti ada ganjaran...jika sesuatu itu di takdirkan untuk kita,tiada siapa boleh beri halangan,namun jika sesuatu itu bukan di takdirkan untuk kita,pasti xkan kita dapat walaupun sudah dalam genggaman....berharap lah pada ALLAH kerana DIA MAHA KEKAL....

firman ALLAH

Katakanlah (wahai Muhammad):Wahai hamba-hambaku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat),janganlah kamu berputus asa dengan rahmat Allah,kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa. Sesungguhnya Dialah jua yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani (Al-Zumar;53)

twitter

SEHARI SEPOTONG AYAT

.